Si Baju Biru...
Agak lewat, tapi sempat sampai ke destinasi tepat pada waktunya. Aku tak faham, apa yang dicarinya? Apa yang dilihatnya? Kenapa perlu sampai setiap batang jalan? Ada penjenayah yang terlepas ke agaknya sampai sekatan dibuat. Masuk hari ini, sudah 2 hari. Tidak, bukan aku mahu mempersoalkan tugas mereka tetapi, apa alasan yang relevan bagi mengadakan sekatan jalan. 2 tempat yang nyatanya terkenal dengan kepadatan kenderaan yang melalui jalan itu. Bertambah sesak lagi bila diadakan sekatan.
Kalau ikutkan hati yang menggelegak, mahu sahaja aku berhentikan kereta dan tanya...
"Masih cari penculik Nurin atau adik Shalini ke? Atau ada penjenayah dari penjara Sungai Buloh dah terlepas sampai ke sini?"
Malangnya, aku masih ingat umi dan abah di rumah. Aku tak mahu nanti namaku dikaitkan dengan I.S.A. Entahlah. Dalam hati yang tidak tenteram dan berulamkan sumpah seranah, aku turuti sahaja prosedur si Baju Biru. Ramai juga penunggang motosikal ditahan dan dibawa ke tepi. Aku tak mahu ambil pusing. Terus memandu tanpa menoleh.
Baru terlepas satu sekatan, aku terperangkap pada satu lagi sekatan. Jaraknya taklah sampai 10 kilometer pun. Pening betul aku dibuatnya. Dah macam tahap darurat! Aku mengumpul segala daya tahan yang bergelar kesabaran.
Ingin aku katakan sekali lagi, bukan aku mempersoalkan tugas mereka. Aku cuma hairan, apa yang relevan sangat buat sekatan jalan raya sampai dua tempat dalam jarak yang dekat. Apa dah tak ada tempat lain atau kerja lain nak buat ke?
* Naik meluat setiap kali melintas kawasan sekatan...