Wailol... pohon berhenti jadi pemukul!
Kebelakangan ini, aku belajar untuk bercakap perkara yang penting sahaja. Apabila aku bercakap perkara yang penting, ada pula setengah golongan melabelkan aku sebagai anjing menyalak. Hmm.
Terima kasih kepada anda, saudara yang sangat yakin dirinya amat mulia di sisi Allah. Hanya kerana aku bercakap tentang satu kemusykilan, dilabelkan terang-terangan sebagai anjing. Secara tidak langsung, si dia yang melabelkan aku (kami) anjing ini enggan memberikan kebebasan untuk bersuara atau tidak boleh mempunyai daya pemikiran. Hmm. Benarkah begitu?
Rasa bangang pula apabila hak berfikir dinafikan oleh mereka yang sungguh tinggi darjatnya. Dek kerana aku rasa sangat bangang, satu cara sahaja boleh disampaikan menerusi entri ini. Yah, cerita bergambar. Aku tak mahu suapkan, cuma cukuplah sekadar yang melintas ruang Fantasi Itu Duniaku berfikir sejenak. Berfikir, hadamkan, senyum dan tak perlu cakap apa-apa kerana hak untuk bercakap sudah tiada. Ingat tu!
Satu kisah bergambar (tentang aku) yang ingin dikongsikan bersama. Terpulang kepada anda yang membaca, ingin meletakkan sendiri dialognya. Ruang ini, demokrasi!
Dan tiba-tiba...?
Wailol, boleh tak berhenti jadi pemukul!
Apa janji anda sebelum PRU?
Anda janjikan keamanan dan kebahagiaan berkekalan, bukan?
Jadi, haruskah timbulkan ISU PERKAUMAN?
Mana janji anda?
Sekali lagi...
Para wailol, pohon berhenti jadi PEMUKUL!
![]() |
Siapa yang wailol sangat tu? Nak makan peluru Chulbul? |