Kembali!
Aku kembali, apa lagi nak ditunggu! Ha ha ha |
Fantasi Itu Duniaku ditutup sementara tempoh hari ekoran gangguan teknikal. (AMBOIH)
Alhamdulillah, masalah tersebut telah berjaya ditangani. Kepada pembaca yang terpinga-pinga dan tertanya-tanya ke manakah menghilangnya Romibaiduri Zahar, saya tak menghilang. Cuma berehat sebentar. Bukan bersama Kit Kat, tetapi bersama anak-anak buah yang semakin bertambah. Insya-allah, ada kelapangan saya akan kemaskini blog ini dengan beberapa kisah dan info baru.
Oh ya, sedikit informasi. Kepada pengguna lebuhraya LATAR, ada perkembangan positif yang saya terima dari salah seorang kakitangan PLUS. Pelan untuk menyediakan susur masuk ke Kundang sudahpun dirangka. Cuma menunggu masa pembinaan sahaja. Jadi, harap bersabar ya. Biasalah, manusia memang tidak lari dari membuat kesilapan. Baik yang merangka pelan, sehinggalah yang meluluskan pelan. Masing-masing adalah manusia yang tidak terlepas membuat KESALAHAN!
Baiklah, jumpa lagi. Banyak cerita nak dikongsi. GEMBIRA YANG TIDAK TERKIRA dan semestinya kegembiraan ini adalah ganjaran dan nilai kesabaran yang dipegang setelah berbulan-bulan diuji. Allah Maha Besar! Alhamdulillah.