Telah
aku khabarkan berita percutian aku kepada pihak pengurusan lebih
awal. Sebenarnya, aku dah bising sejak tahun lepas. HARUSLAH! Kalau
tidak, cuti tak diluluskan. Merana aku dibuatnya dan mereka yang
lain, bergembira? Mana boleh? Ini tidak adil. Hahahaha. Berdrama
pulak! Maaf. Inilah bahananya kelas asas lakon terlebih (bak kata
Fatimah Sri). Masa encik Namron dan kak Abby mengajar dulu, tak nak
serius. Sekarang? Haish.
Hari
yang dinanti tiba juga. Destinasi kali ini, Sabah. Merentas laut
China Selatan seluas 531.1 kilometer persegi yang memisahkan
semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Sebelum itu, hampir
seminggu juga aku termenung. Macam-macam yang aku fikirkan.
Macam-macam filem pulak yang aku tonton. Ditambah pula, macam-macam
mimpi yang mengganggu. Sakit betul. Sangat sakit. Apa-apa pun, aku
serahkan segala-galanya kepada Allah. Dia Maha Kuasa. Ok. Tamat sesi
melalut.
Sebelum
aku teruskan, perlukah setiap perincian aku nyatakan di sini?
Barangkali, tak perlu.
Setiap
kali percutian, pasti ada pertambahan bilangan ahli keluarga. Kali
ini, Firdaus. Sudah tentu tidak ada masalah untuk Firdaus.
Sebaliknya, masalah kerana kekurangan tempat letak kereta. Oppps.
Bukan di rumah, tapi di lapangan terbang! Hampir setengah jam, 3 buah
kereta (yang dipandu aku, abang Zamri dan Firdaus) berpusing-pusing
mencari tempat kosong. Disebabkan kepala semakin buntu, waktu semakin
sempit, aku meluru terus ke kaunter.
 |
Pasangan 'honeymoon' Ayuz-Firdaus atau lebih glamer FirSha |
"Saya
nak tinggalkan kereta, bermalam di sini. Tapi tak ada tempat kosong!"
Kataku sambil cuba membuat muka comel.
"Cuba
Zon C. Situ memang khas untuk kereta yang bermalam di sini,"
jawab pakcik yang menjaga kaunter.
"Habis,
saya dah lama terpusing-pusing dalam ni. Tak kena bayar?"
Aku
buat muka keliru pula kali ini.
"Terserah
kepada mesin tu. Kalau dia telan, maknanya kena bayar.
Tapi kalau dia
muntah balik... tak payah."
Hish,
buat lawak pula. Aku pun angguk, senyum sikit dan ucap terima kasih.
Si pakcik ikut belakang aku.
"Hah,
cubalah tekan. Keluar tak?" soalnya, beria-ia.
"Eh,
dia muntahlah."
"Tak
payahlah bayar."
Aku
senyum dan laju berlari menuju ke kereta.
"Hati-hati
di tempat letak kereta ya cik. Selamat bercuti!"
Amboi,
sangat mesra pula pakcik ni. Sayangnya, aku tak ada masa. Kalau tak,
mungkin aku 'culik' gambarnya dan letak di sini supaya orang dapat
lihat pemilik wajah yang aku sedang ceritakan ini. Alhamdulillah,
sempat sampai tepat pada waktunya. Aku harus berterima kasih dan
mengucapkan tahniah kepada dua juruterbang bertugas. Bukan senang
untuk aku duduk dengan tenang setiap kali dalam penerbangan. Namun,
berbeza dengan kali ini, selesa dan tenang. Mungkin sekali disebabkan
cara pesawat yang aku naiki berlepas, sangat ālicinā. Apabila
bermula dengan baik, maka semua yang datang selepasnya lebih bagus
lagi.
 |
Muka sedih sebelum menaiki pesawat? |
Berada
dalam gumpalan awan, secara tidak langsung mendekatkan aku kepada
pencipta yang agung, Allah subhana wa taala. Awan-awan di atas ini
adalah tenunan paling sempurna. Ketinggian ini juga membuatkan aku
tidak berhenti mengingatkan Dia setiap saat. Subhanallah. Sukar
memilih kata yang tepat untuk menggambarkan setiap rasa yang menetap
dalam hati. Lebih indah apabila aku berada dengan orang paling
penting dalam hidup aku. Umi dan abah.
Sepertimana
ia berlepas, begitulah kelancarannya mencecah semula ke bumi. Pertama
kali aku berasa selamat di sepanjang penerbangan. Alhamdulillah.
Kalau tak, saat pertama berlepas pun aku dah takut. Maklumlah aku
gayat. Ketinggian bukanlah sesuatu yang aku suka. Berada di tingkat 4
pun aku dah gerun, inikan pula berada beberapa ribu kaki dari paras
laut. Tapi, macam yang pernah aku katakan, selagi ada umi, abah dan
Allah, segala ketakutan lenyap. Insya-allah.
 |
Mierza... gelagat si nakal ni dalam pesawat. Ish ish ish |
Tiba
di lapangan terbang Kota Kinabalu, masing-masing tak sabar menjamah
keindahan bumi di bawah bayu ini tetapi perlu melaporkan diri di
kaunter dulu. Dalam ramai penumpang, aku orang terakhir meninggalkan
kaunter. Kenapa? Mungkin sebab aku tak suka berebut atau memang sejak
azali aku sentiasa ketinggalan? Hahaha. Itu aku perlu jawab pada diri
sendiri. Bahana menimpa kerana ingatan seringkali berpusat dalam
āduniaā sendiri! Apa yang berlaku di sekeliling adakalanya sukar
dicernakan membuatkan tindakan semerta menjadi lambat. Betul?
 |
Abah sentiasa yang pertama! |
 |
Kenapakah Along? Gembira sangatkah atau tak sabar nak pergi Pasar Filipina? |
|
|
|
|
 |
Aku lambat di sini. Kenapakah? Haish. |
Aku
kira sesiapa juga sangat alahan apabila janji tidak ditepati! Itulah
yang terjadi apabila 6 orang dewasa dan 2 kanak-kanak terpaksa
menunggu kenderaan yang mengambil kami lambat. Terpaksa berkelah
sebelum kenderaan tiba. Kalaulah jarak Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur
dekat, dah lama aku pandu kereta sendiri. Tak perlu tunggu lama di
lapangan terbang. Sempat jugalah lampin pakai buang si Mierza
ditukar! Hahaha. Lucu bila diingatkan operasi menukar lampir Mierza
depan lapangan terbang. Awal-awal lagi dah buat kontroversi si kecik
sorang ni!
 |
Operasi menukar lampir Mierza. Hahaha. |
Hampir
setengah jam berdiri menunggu kenderaan tak kunjung tiba. Ajaibnya,
sebaik kenderaan tiba, tak ada pula yang merungut. Bagus juga kerana
kita tidak tahu kesusahan yang dihadapi orang di pihak sana dan tidak
perlulah marah berpanjangan. Mungkin ada sebab tersendiri yang
terlalu peribadi. Yang penting, kenderaan tetap sampai dan terima
kasih kepada saudara Don kerana memberikan perkhidmatan yang cukup
baik. Sepanjang berada di sini, semua berjalan lancar. Tahniah dan
terima kasih kepada pasangan penganjur Along dan abang Zamri kerana
bijak memilih agensi pelancongan. Lebih baik berbanding Langkawi
dulu! Hahaha.
 |
Double Angah! Ambik kau! Sama degil! Sama montel? Lalalala |
Sampai
sahaja di Kondominium Marina, segala lelah sepanjang penerbangan tadi
dilepaskan. Buat apa yang sempat sebab masing-masing tidak sabar mahu
berpeleseran di pekan Kota Kinabalu. Kami diberikan kebebasan untuk
bersiar-siaran sendiri tanpa dipandu pemandu pelancong yang bertugas.
Petugas yang ditugaskan menggalas tanggungjawab membawa kami
sekeluarga melancong di pekan pada hari itu, abang Zamri dan Firdaus
dengan dipandu āmastermindā Along. Jangan tak tahu, Along tahu
semua tempat menarik di sini. Itulah gunanya internet. Along dah buat
tinjauan lebih dulu. Jadi, tidak ada masalah untuk kami
berjalan-jalan dan tempat pertama yang Along tak sabar nak pergi,
Pasar Filipina.
 |
Pemandangan di luar kondominium Marina... |
 |
Wow, motor besar... teringatku kepada... |
Memang
bagus. Tahu nak ke mana tetapi arah nak dituju kabur? Hahaha. Harus
diingat, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu bukanlah tempat yang sama.
Tetapi, aku berani katakan di sini, Kota Kinabalu jauh lebih bagus.
Oh ya, ini bukan kata-kata orang lupa diri tetapi menghargai
keindahan dan mendahulukan hakikat ya! Jangan taksub sangat dengan
apa yang kita sudah terbiasa dan yang kita ada. Menghargai sesuatu
dan berkata yang benar adalah lebih baik dan itulah yang aku katakan
di sini, Kota Kinabalu jauh lebih baik.
Pemburuan
Pasar Filipina hampir menemui jalan buntu. Disebabkan keinginan Along
yang menggunung (lebih tinggi dari Gunung Kinabalu), akhirnya berjaya
juga kami sampai ke Pasar Filipina. Umpama budak-budak dihantar ke
kota Disneyland (kecuali Miqhail yang anti-Disney) semuanya menggila
dengan hidangan pasar ini, terutamanya aku! Tambah pula perut yang
berkeroncong (bukan kecorong seperti yang dikatakan anak jati Sabah,
si Adam AF) kami pun berhenti mengisi perut. Sangat menarik.
Ikan-ikan bakar yang saiznya boleh tahan besar tetapi harganya taklah
semahal ikan di Pelabuhan Perhentian Klang.
 |
Mierza, mengamuk tak sudah. Laparlah tu! |
Satu
yang menjadi masalah, was-was. Apabila was-was, maka haruslah
ditinggalkan bukan dimakan. Jadi untuk meyakinkan hati, umi berpesan
supaya mencari kedai makan yang tidak meragukan. Jadi kami mencari
gerai yang ada pengunjung dan pekerjanya memakai tudung. Dengan pesan
umi itu, terduduklah kami di sebuah gerai. Satu lagi perkara yang
perlu aku katakan di sini, orang-orang Kota Kinabalu sangat ramah dan
mesra. Aku sebagai pelancong pun jadi segan sebab susah nak senyum.
Apabila makanan dihidangkan, aku hanya tenung nasi putih dalam
pinggan sehinggalah ditegur pengunjung yang duduk bersebelahan dengan
aku.
 |
Nyam nyam... lazat! |
 |
Harga ikan bakar... nilailah sendiri murah atau mahal. |
āKuah-kuah
ini, dimakan dengan ikan bakar ni. Kalau nak pedas, tambah cili api
ini pula.ā
Katanya sambil tersenyum.
āSebab
itulah dia (orang kedai) beri pinggan kosong banyak untuk kuah-kuah
dicampurkan dengan ikan bakar. Tak bercampur dengan nasi putih.ā
āTerima
kasih.ā Itu saja yang aku boleh cakap. Kelu. Haish. Buat malu muka
aje!
Dia
pun senyum dan kembali berbual dengan rakan-rakan yang lain. Entah
kenapa aku boleh bertanyaā¦
āYang
hijau itu, apa?ā
āOh,
ini rumpai laut. Rasanya sedap, cubalah.ā Balasnya
bersungguh-sungguh.
Sepertimana
biasa, aku seorang sahaja yang BERANI mencuba makan rumpai laut. Wah
wah wah, sungguh sedap. Rasa macam nak beli stok sebulan bawa balik
rumah. Tapi, mustahil. Sebab, aku seorang saja yang makan. Yang lain,
pandang saja. Umi pula tanyaā¦
āSedap
ke? Kau tak rasa apa-apa bila makan rumpai tu?ā
āSedap,
tak rasa apa-apa pun. Rasa lendir macam bendi masin.ā Balasku.
Umi
pun tahu bendi adalah satu-satunya sayur yang aku tak berapa gemar.
Tapi, lain pula dengan rumpai laut ini. Sedap sangat! Hahaha. Maaf ya
cik bendi.
 |
Rumpai laut... sedap. Cubalah! |
Apa
yang ditemui di sini dan sukar di Kuala Lumpur, pengemis kanak-kanak
dan wanita. Bukan aku maksudkan tidak ada di KL tetapi di sini
terlalu ramai. Ada yang mengikut kami ke mana juga. Ayuz dan Firdaus
pesan, jangan beri apa-apa kerana kalau dah beri kepada seorang maka
yang lain-lain akan turut datang dan tidak akan beredar selagi duit
tak diberi setiap seorang dari mereka. Hmm. Mirip Indonesia dan
India. Aku patuh pesan Ayuz. Lagipun, aku tak bawa banyak duit. Cukup
sekadar beli barang dan kudapan. Kalau tak mencukupi, bila-bila masa
aku boleh mengadu ke ATM tapi aku paling malas nak ābercintaā
dengan mesin ni. Hahaha.
 |
Ada ramai lagi seperti adik ini, terus mengekori! |
Usai
mengisi perut, Along dan Ayuz meneruskan misi membeli cenderamata.
Aku bersama umi, abah dan Miqhail kembali semula ke van. Sebelum itu,
umi sempat singgah ke gerai makanan ringan. Habis diborongnya
macam-macam kudapan termasuklah keropok cincin. Kebetulan ketika itu
sudah masuk waktu maghrib. Pukul 6 tapi sudah gelap macam pukul 7! Oh
ya, aku di Sabah bukan di Kuala Lumpur. Walau dalam Malaysia
perubahan tetap ada. Atmosfera berbeza membuatkan aku keliru. Pukul 8
malam, dirasakan seperti pukul 10 malam.
 |
Along, tekun membelek mutiara di Pasar Filipina. |
Kembali
ke kondo. Aman. Lebih-lebih lagi dengan pemandangan indah berhadapan
dengan laut. Dalam gelap malam yang pekat, kelihatan lampu-lampu
kalimantang dari bot-bot kecil. Sesuatu yang sukar dinikmati di Kuala
Lumpur. Malam berlalu dengan tenang. Tenang? Sepatutnya tenang dan
boleh tidur nyenyak tetapi ia sangat jauh dengan realiti kerana
Miqhail enggan tidur. Dia tidak terjejas dengan perubahan. Semua
nyenyak dibuai mimpi tetapi si Miqhail terus berjaga sampai kira-kira
1-2 pagi? Anak buahku memang budak pintar. Pintu ditutup rapat, dia
boleh buka! Disebabkan itulah aku dan umi berjaga untuk pastikan dia
tidak bermain dan buka pintu cermin menuju ke balkoni. Sangat
merbahaya kalau dia seorang saja berjaga!
 |
Hanya mampu memandang... |
 |
Bot-bot kecil yang kelihatan di waktu malam |
Tidak
sempat tidur secukupnya, bilik kami (aku, umi dan Miqhail) dikejutkan
Ayuz yang sudah pun bersiap sedia. Amboi, pantas benar budak sorang
ni. Dia dan Firdaus, berpakaian sedondon sudah siap memulakan
pengembaraan. Satu bilik lagi (along, abang Zamri dan Mierza) masih
tidur. Bagus juga. Biarkan si penganjur tidur, kalau tidak berlaku
pelbagai drama. Namun, drama tetap berlaku hari itu apabila si
Miqhail susah dikejutkan. Disebabkan aktiviti telah ditetapkan, apa
pun terjadi, semuanya harus bersedia pada waktu ditetapkan. Miqhail
berjaya disiapkan tepat pada waktunya dan bermulalah pengembaraan
kami. Perlukah aku ceritakan bagaimana keadaan pukul 6 pagi di sini?
Cerahnya seperti pukul 7-8 pagi!
 |
Hai semua, kami siap awal. |
 |
Sekitar 6 pagi di Sabah... percaya? Percayalah! |
Sebelum
meneruskan perjalanan, pemandu kami saudara Jainin membawa kami
mengisi tangki terlebih dulu. Tangki perut! Satu lagi perkara yang
harus ditekankan di sini, bandar Kota Kinabalu bebas sampah sarap dan
sampah masyarakat sehinggakan ada saat aku terfikir, āaku di
Malaysia ke?ā Sangat bersih! Kedai makan di mana kami bersarapan
pula menyediakan makanan yang tak jauh beza dengan apa yang ada di
Kuala Lumpur. Memandangkan tunas-tunas lidah sudah terbiasa dengan
makanan semenanjung, jadi masakan di Sabah dirasakan biasa-biasa
saja. Tambah pula aku ni orang minang, makanan minang jugalah yang
TERBAIK! Hahaha.
 |
Sangat bersih dan pemandunya, sangat berdisiplin. |
Destinasi
pertama, kami dijadualkan ke Gunung Kinabalu kerana menurut Jainin,
kalau lewat puncak gunung tidak akan kelihatan. Kebetulan, pada hari
itu kaum Buddha ada upacara pembersihan kubur. Jadi, sempat jugalah
kami melihat beberapa kawasan perkuburan cina yang dipenuhi dengan
kaum keluarga yang membersihkan kubur-kubur. Banyak tempat menarik
kami tempuhi termasuklah Rumah Terbalik tetapi perjalanan harus
diteruskan ke Gunung Kinabalu dan lain-lainnya akan jadi persinggahan
selepas saja misi ke sana selesai.
Perjalanan
ke Gunung Kinabalu mengambil masa kira-kira dua jam setengah dan
sempat berhenti ke sebuah tempat perhentian yang ada deretan
kedai-kedai menjual barangan kraftangan dan cenderamata. Aku ambil
kesempatan membeli barang-barang untuk dibawa balik. Tak banyak,
tetapi cukuplah untuk rakan-rakan sekerja dan juga sahabatku,
Norayshah. Mulanya, Ayshah pesan sumpit. Puas aku cari, tapi tak
dijual. Haish, kesian Ayshah. Lain dia minta, lain pula aku beli.
Sementara aku, Along dan umi membeli, abang Zamri, abah dan
cucu-cucunya sibuk menikmati pemandangan Gunung Kinabalu yang
kelihatan jelas. Manakala si Ayuz dan Firdaus meneruskan sesi
bergambar.
 |
Samar-samar... |
 |
Masih tak kelihatan.... |
 |
Jambatan yang ditempuh, sebelum sampai ke kaki gunung |
 |
Sempat bergambar.. |
 |
Alamak, hero hindustan telah dijumpai di gunung Kinabalu bah! |
Perjalanan
diteruskan sehinggalah sampai ke kaki gunung. Subhanallah. Indah
sungguh. Kebetulan ada kumpulan pelancong lain yang sudah tiba
sebelum kami. Masing-masing tidak lepas peluang bergambar. Memahatkan
keindahan pencipta yang maha Esa. Alhamdulillah. Bersyukur. Kami
cukup bertuah dapat menyaksikan keindahan dan keanggunan puncak
Kinabalu kerana menurut Jainin, sudah beberapa hari puncaknya tidak
kelihatan kerana kabus tebal. Indah lukisan Allah yang maha berkuasa.
Cantik dan sempurna. Terasa-rasa seakan mahu disentuh, tetapi tangan
tak sampai. Nak dipanjat, apakan daya tidak berkemampuan. Cuma dapat
menikmati keindahannya itupun menerusi mata yang dipinjamkan Allah.
 |
Begitulah muka keterujaan masing-masing (psst, Along... jangan marah ha!) |
|
 |
Aku dan dia.... ? Dia sentiasa ada. Carilah! Hahaha |
 |
Aku suka sangat gambar ni...er, puncak gunung Kinabalu kat belakang tu! Lalalala |
 |
Indah sungguh... |
|
 |
Orang penting, Along dan famili |
 |
Raja dan Permaisuri hatiku, abah dan umi! Sweet couple forever! |
 |
Timpohon View... |
Tindakan
pihak pengurusan menyediakan pondok untuk pelancong dan pengunjung
yang tidak berkemampuan untuk memanjat gunung tertinggi Asia ini
sangat dihargai. Aku bersama ahli keluarga yang lain mengambil
peluang ini menghabiskan masa menikmati keindahan puncaknya
sehinggalah lenyap ditelan kabus. Di sini, kami juga dapat
berinteraksi dengan penduduk tetap gunung ini termasuklah sekumpulan
tupai yang jinak dan memakan makanan yang dihulurkan kepadanya. Leka
melihat tupai-tupai ini, ada yang sempat memakan jari abang Zamri
kerana tersalah faham. Mungkin si tupai fikir jari itu makanan
untuknya. Alahai, memancutlah darah kerana luka gigitan si tupai. Tak
mahu menjadi lebih serius kami pun bergerak meninggalkan gunung
Kinabalu dan bergerak ke destinasi seterusnya.
 |
Err, kami tak mendaki... |
|
 |
Rombongan Md Zahar ke gunung Kinabalu... eh, abah mana? |
|
 |
Haish... adik, buat apa tu? |
 |
Miqhail, meniru cara monyet? Jadi tak? |
 |
Si Tupai pantas menerkam makanan |
 |
Hei cik tupai, sedap ke gigit jari orang? |
 |
Sesungguhnya Miqhail tak mengerti sakit digigit tupai! |
 |
Subhanallah... |
 |
Kabus yang berarak, cemburu dengan mata-mata yang memandang! |
 |
Lantas, menyembunyikan keindahan ciptaan yang Esa! |
Destinasi
seterusnya, kami ke Hot Spring atau lebih dikenali sebagai Kolam Air
Panas. Kali ini, umi dan abah tak turut serta sebab dah tak larat nak
menapak. Jadi, aku mengikutlah along dan ayuz yang semestinya ada
famili masing-masing. Hahaha. Aku? Berjalan bersama duniaku.
Adakalanya terlaju, adakalanya terkaku. Yang bagusnya di sini,
sepanjang jalan menuju ke kolam-kolam air panas ini sangat bersih dan
teratur. Terserempak beberapa budak yang berjalan dan mengutip
sampah-sampah lalu membuangnya ke dalam tong. Sesuatu yang biasa
tetapi bagi aku, ia amat diluar kebiasaan kerana bukan senang nak
jumpa situasi ini di Kuala Lumpur atau lebih tepat lagi, di
semenanjung. Aku taksub dengan kebersihan Sabah. Ada masalah dengan
itu?
 |
Jambatan yang sudah tidak digunakan |
 |
Damai... |
|
 |
Bersih... |
|
|
|
|
 |
Ini dari lensa mata Firdaus... |
 |
Ini pula, dari Ayuz... |
 |
Yang paling penting! |
Kolam-kolam
di sini disusun mengikut suhu. Ada yang mampu masuk ke dalam kolam,
berendam dan tidak kurang juga yang hanya menjulurkan kaki. Hah, yang
itu kumpulan famili aku. Kebetulan ada kolam kosong, merajalela
sebentar di tempat orang. Senang mengawal orang dewasa, tetapi bukan
mudah mengawal dua tentera Miqhail dan Mierza. Nasib baik Along
bertenaga mengawal anak-anaknya, kalau tidak ada yang melecur sebab
terjun dalam kolam. Yang paling seronok? Tentulah aku. Julur kaki
sambil ingatan merewang ke negara jauh. Meninggalkan sempadan sedar.
Hahaha. Ke mana tu? Aku seorang saja yang tahu!
 |
Sesi memanaskan kaki... |
 |
Miqhail yang geram nak ikut serta... |
 |
Alahai, si comel Mierza... cari Angah ek! |
Salah
satu keunikan Sabah adalah bunga raflesia. Bukan senang untuk melihat
bunga ini mekar dan bukan semua tempat ada tumbuhnya bunga terbesar
dunia tetapi berbau kurang harum ini. Kebetulan, aku terlihat ada
papan tanda menunjukan ada dua bunga raflesia sedang mekar. Seperti
biasa Jainin membawa kami ke tempat itu yang bukan berada di bawah
pengurusan mana-mana Jabatan melainkan dijaga dan diuruskan orang
tempatan. Kami difahamkan, untuk melihat sekuntum bunga raflesia
dikenakan bayaran RM30 seorang, bersamaan 6 bungkus nasi kukus ayam
dara di Kuala Lumpur. Mulanya, ramai yang tak mahu pergi kecuali aku
yang berdegil. Biar majoriti mengatakan tidak. Apabila sampai ke
kaunter (yang dijaga orang kampung/tuan tanah) Jainin rundin harga
dan dapatlah harga RM50 untuk 7 orang dewasa! Haih, sangat bernasib
baik. Dengan harga semurah itu, tak seorang pun nak ketinggalan
melihat satu lagi keajaiban di Sabah ini.
 |
Ruang informasi |
 |
Masing-masing tak sabar dan seperti biasa aku terkebelakang bersama Mierza! |
2
bunga raflesia sedang mekar. Satu hampir busuk dan satu lagi dijaga
rapi kerana ada sesi penggambaran. Apa-apa pun, kami berpeluang
melihat dengan mata sendiri bunga yang menjadi buah mulut umat
manusia di dunia. Aku tak boleh komen tentang baunya, sebab memang
tak ada bau apa-apa pun dan aku sangat pelik bila orang melabelkan
bunga ini sebagai bunga paling busuk? Tentang saiznya, memang tak
salah. Ia sangat besar. RM50 diluangkan untuk melihat raflesia selama
tak sampai sepuluh minit. Berbaloi. Sangat berbaloi kerana ia
menambahkan lagi pengetahuan dan pengalaman. Dalam masa yang sama,
memberi sumber ekonomi kepada penduduk tempatannya. Bukankah ia
sesuatu yang bagus?
 |
Raflesia pertama, hampir layu... |
 |
Raflesia kedua, mekar tapi... |
 |
tiada haruman... |
 |
Sangat besar di dunia! Agak-agak boleh bagi kekasih tak? Hahaha. |
Seterusnya,
kami dibawa pula untuk menghayati kehebatan fauna. Inilah pengalaman
yang akan aku kenang untuk satu tempoh yang panjang. Melawat ladang
lembu. Ladang lembu yang lengkap dengan proses mengilang susu, Desa.
Kali pertama sampai ke sini, seakan berada di New Zealand. Sejuk.
Bukan sejuk seperti di Cameron atau Genting. Tetapi sejuk yang sangat
nyaman. Tetapi, baunya? Takkanlah tak tahu bau lembu macam mana! Tak
banyak masa dihabiskan di sini. Mulanya, aku fikir mahu tunggu lebih
lama untuk melihat proses memerah susu tetapi disebabkan masih banyak
tempat lagi yang harus kami kunjungi, hasrat itu dilupakan. Apa-apa
pun, tetap bersyukur kerana berpeluang menjejakkan kaki ke sini!
 |
New Zealand? |
 |
Sabah bah... tak percaya ke? |
 |
Ini lembu-lembu di Malaysia ya! |
 |
Mesin pemerah susu lembu... |
 |
Zahars Sisters dan....erk, Mierza Zamri? |
 |
Model susu Desa tak berbayar! |
 |
Hero Hong Kong tersesat di Desa Cattle? Hahaha. |
 |
Kalau ada kesempatan, cubalah susu segar ni. Memang sedap! |
Di
Desa Cattle ini, kami sempat memborong susu-susu segar yang mana
kemudiannya, hampir habis sebelum sampai ke kondo! Hahaha. Congok.
Tak pernah minum susu segar gamaknya! Berbekalkan tenaga yang
diperolehi dari susu segar tadi, kami bergerak pula ke Tamparuli.
Selama hari ini, dengar lagu jambatan Tamparuli saja. Bila dah
sampai, barulah faham betapa pentingnya jambatan ini bagi penduduk
sekitarnya sebelum adanya jalanraya. Jambatan yang halus ini menjadi
penghubung. Awalnya, aku, abah dan Ayuz hanya turun untuk melihat.
Firdaus pula seperti biasa bertugas dengan kamera DSLR untuk
menangkap gambar. Bila aku ajak Ayuz untuk menaiki jambatan,
 |
Jambatan Tamparuli |
āKau
gila? Dah jom, naik van,ā
Sebaik
menoleh, mahu saja aku gelak kuat-kuat.
āAnyah,
mana van?ā
āTadi,
ada.ā Jawabku sambil cuba menahan tawa.
āDorang
dah tinggalkan kita!ā
āApa
lagi, jomlah seberang.ā Kata abah.
Tak
ada pilihan? Hah! Betulah tu. Untunglah Along dan Miqhail tak turun
sama. Kalau tidak, bayangkan macam mana nak jaga si Miqhail di
ketinggian itu. Haish. Tak nak fikirlah. Sedangkan aku terpaksa
berpaut pada lengan abah tapi terketar-ketar juga. Sungguh kejam
abah, boleh dia tinggalkan aku dan berjalan terus. Itu pun sebab ada
budak kecil berjalan melintasi kami. Kalau tak, abah pun jalan
perlahan.
 |
Nasib baik tak zoom muka... (cuak) |
Tiba-tiba
pula aku teringat adegan filem Indiana Jones. Aduhai! Kenapalah masa
ini ada segmen Flashback? Itu belum lagi dicampur dengan jeritan Ayuz
yang macam orang hilang suami (padahal suaminya ada di sebelah).
Hahaha. Sedang aku bersungguh untuk merentasi jambatan, terlihatlah
tubuh seseorang yang kurus dari kejauhan berdiri di hujung jambatan.
Eh, abang Zamri? Bila masa dia berjalan melepasi kami? Dengan adanya
abang Zamri di situ, barulah aku tahu yang van sudah selamat sampai
ke seberang. Eleh, berlagak pula dia berdiri dengan kamera DSLR.
Marilah ke tengah, baru syok! Jadi dengan ini secara tidak langsung
aku boleh dilabelkan sebagai berani, kan? Berjalan merentasi jambatan
(walau terkedek-kedek) seorang diri!
 |
Sebelum tahu yang dia perlu merentasi jambatan Tamparuli! |
 |
Apabila terpaksa berjalan di atas jambatan...haish, Kesian... |
 |
Pemandangan dari bawah... |
 |
Pemandangan dari atas, tengok jambatan tu. Bahaya bukan? |
Sumpah.
Kalaulah aku di tempat si Jainin ketika itu, pasti aku tak dapat
tahan gelak. Yalah, jambatan itu bukanlah satu perkara besar bagi
mereka. Ia kegunaan hari-hari. Tidak ada soal takut pun pernah muncul
dalam hati mereka. Berbeza dengan kami ini. Naik jambatan pun jarang,
inikan pula nak menyeberangi sungai dengan ketinggian itu.
Percayalah, ia bukan sesuatu yang mudah. Melepasi jambatan itu pun
sudah dianggap perkara besar, tau!
Kita
tinggalkan jambatan Tamparuli dan menuju pula Rumah Terbalik. Tidak
seperti yang kami lalui sebentar tadi, kawasan ini sudahpun dipenuhi
pengunjung. Apa-apa pun, nasib sentiasa menyebelahi kami (sepanjang
berada di sinilah) sebab kebetulan ada tempat kosong. Bertaburanlah
turun masing-masing menuju kaunter untuk membeli tiket. Harga tiket
untuk seorang, RM10 kira okeylah. Macam-macam ada di sini. Ada kereta
diparkir terbalik. Paling seronok, rumah ini dibina dengan konsep
rumah tradisional. Barang-barang dan perkakas semuanya terbalik,
kecuali penyambut tetamu. Aku kira, kalau penyambut tetamu pun
terbalik mesti seronok. Hahaha. Mengarut!
 |
Nombor kereta siapalah ni? |
 |
Boleh baca tak? |
 |
Keluarga tunggang-terbalik? Hahaha. Taklah, ini keluarga COOL! |
 |
Memang sesuai untuk dia, mungkin itu yang dia nak sampaikan! |
 |
Ketuk gong, minta izin masuk... |
 |
Ketuk gong, minta izin nak menyibuk! Hahaha... |
 |
Pemandangan sisi... |
Membaca
entri ini sahaja sudah pening, bukan? Inikan pula kami yang tak
berhenti bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain. Jadi, untuk
memberikan injeksi tenaga, Jainin menghantar kami ke kondo, bersedia
untuk makan malam di gerai terbaik pekan KK. Menariknya, kami boleh
buat tempahan sebelum datang. Taklah perlu menunggu apabila sampai
nanti dan terus menjamu selera. Selesai membersihkan badan dan
seperti yang dijanjikan, kami dibawa ke Tanjung Aru melihat matahari
terbenam. Sayangnya, inilah satu perkara yang tak sempat kami
saksikan. Mungkin disebabkan jalan sesak, membuatkan kami tidak
sempat ke Tanjung Aru tepat pada waktunya. Di sini kami berpeluang
bergambar sakan. Sakan. Ya. SAKAN.
 |
Atuk dan uncle sibuk buat pesanan (makan malam), Miqhail sempat bergambar dengan ikan lumba-lumba di Segama Waterfront... ish ish ish |
 |
Masya-allah... indahnya |
 |
Tenang dan damai... |
 |
Aku suka gambar ni... sebab aku yang tangkap! Hahaha. |
 |
FirSha... ya, tahu! |
 |
Ada macam muka tibet? Tak ada! Kenapa ada yang kata aku dari Himalaya? Dusta! |
|
|
|
 |
Apa yang pelik di sini? |
|
 |
Matahari terbenam yang sempat dirakam abang Zamri (dalam van yang sedang bergerak) |
Destinasi
seterusnya sebelum sesi mengisi perut, kami singgah pula ke Perdana
Park. Kalau di Kuala Lumpur ada KLCC yang mempersembahkan air pancut
berirama, di Kota Kinabalu ianya boleh ditemui di Perdana Park.
Jujur, aku tak layan air pancut berirama di KLCC. Ramai sangat orang
asing (aku tak bangga tentang hal ini) yang suka memandang senget!
Tolonglah, KLCC dah jadi terlalu asing bagi orang KL sendiri! Hancur!
Terkesima sebentar melihat tarian air pancut ini, ditambah pula
dengan lagu Sabah dengan bait-bait āTinggi-tinggi gunung Kinabalu,
tinggi lagi cintaku padamu!ā buatkan aku leka dan masuk ke dunia
aku sendiri. Hahaha. Apabila tiba waktunya, kami pun bergerak kembali
semula ke pekan Kota Kinabalu untuk makan malam. Dalam hati, aku nak
lebih lama di sini tapi kata perut, aku nak makan!
 |
Tinggi-tinggu gunung Kinabalu... |
|
|
 |
Tinggi lagi cintaku padamu! |
 |
Apabila air menari! |
 |
Memandanglah manusia dengan kagum! Kagum? |
 |
Ya, kagum... termasuklah Double M yang lebih teruja dengan padang permainan mini! |
Bergerak
ke Segama Waterfront. Makanan siap terhidang. Tunggu buka mulut dan
makan aje. Makanan di sini pun sedap. Sampaikan aku rasa, bukankah
elok kalau ada simpanan tali perut berlebihan, taklah membazir
makanan yang tak habis. Disebabkan itu juga, abah dan aku cuba
menghabiskan stok hidangan makanan di depan kami. Selesai mengisi
perut, pengembaraan disambung lagi. Along masih tak puas membeli
belah di Pasar Filipina. Bagus juga, sebab umi pun nak beli apa yang
dia nak. Aku pula duduk di luar dengan melihat gelagat orang-orang
Sabah. Sekali lagi, benarkah aku di Malaysia? Tenang seperti di
Langkawi tapi jauh lebih bersih. Langkawi tak sebersih Kota Kinabalu.
 |
Kami nak makan... |
 |
Jangan lupa, kami pun nak juga! |
 |
Saya nak bergambar dengan FISH! |
 |
Eh uncle, Mierza nak makanlah! Nak makan FISH! |
Kalau
nak diceritakan mengikut kronologi, rasanya lambat lagi entri kali
ini nak habis. Jadi, aku rasa lebih elok aku singkatkan. Satu lagi
destinasi yang paling tidak boleh dilupakan apabila kami dibawa
melawat ke Muzium Sabah. Aku tahu, muzium bukanlah satu tempat yang
menarik untuk dikunjungi. Habis-habis pun, banyak benda yang sudah
diketahui termasuklah sejarah yang boleh didapati dalam buku teks
sekolah dan juga dalam carian Google. Tetapi, Muzium Sabah menawarkan
sesuatu yang lebih dari itu. Cara ia mempersembahkan kebudayaan dan
sejarahnya, sangat meninggalkan kesan.
 |
Muzium Sabah.... |
 |
Tak pasti ni kaum apa... patutnya ditulis... |
Kalaulah
mata ini boleh disambungkan ke slot komputer dan bertindak sebagai
USB, pasti lebih banyak rakaman yang dapat aku kongsikan. Sangat
menarik penyampaian informasinya. Paling aku suka, artifak tulang
ikan paus penemuan kerajaan Sabah yang berjaya mendapat
penganugerahan dari Malaysia Book Of Record! Tulang paus ini sangat
besar. Memang sangat besar! Lebih besar dari gajah. Cuba bayangkan
kalau tulang-temulang ini dipakaikan badannya? Hmm. Kerdil sangat
kita ni. Dah jadi macam semut dengan gajah!
Banyak
lagi benda menarik di dalam bangunan muzium ini termasuklah replika
gua yang menempatkan keranda, pasu menyimpan mayat dan juga
tengkorak-tengkorak simpanan pemburu kepala. Ada rasa gerun, ada rasa
takjub dan ada juga rasa takut? Tengkorak tu! Tengkorak yang mana
datangnya dari pembunuhan kerana pemburuan kepala! Ish ish ish.
Selesai
dalam bangunan, kami bergerak pula ke Kampung Warisan tetapi abah dan
umi tidak turut serta kerana jalan menuju ke kawasan ini tidak
menentu. Berbukit-bukit dan ini menjadi satu masalah kepada abah dan
umi. Tak apalah. Yang penting, kami anak-anaknya akan bawa segala
rakaman untuk dikongsikan bersama. Hehehe. Bukan sahaja untuk tatapan
umi dan abah, tetapi untuk semua yang menziarah ke blog aku. Itu pun
kalau sudi!
 |
Jom...melawat! |
Seronok
betul dapat melawat Kampung Warisan. Pelbagai rumah tradisional
dibina di sini. Kami adik beradik tak melepaskan peluang melawat
setiap rumah. Awalnya memang khuatir juga tambah pula melihat
kebanyakan rumah ini dibina dengan buluh, sampaikan tak terjejak kaki
dibuatnya. Takut roboh, tapi anggapan aku itu segera hilang apabila
terserempak dengan petugas yang saiz badannya lebih kurang seperti
aku. Apalagi, aku naik ke setiap rumah. Setiap rumah ini mempunyai
keunikan tersendiri. Selain dari rumah-rumah tradisional, tempat ini
juga disediakan dengan pelbagai pondok tempat mereka melakukan
aktiviti.
 |
Men of the family! Firdaus dan abang Zamri! |
|
 |
Macam ini rupanya rumah mereka... |
 |
Bertingkat... |
 |
Serupa.... Fong Sai Yuk |
 |
Selamat Tahun Baru Cina? |
 |
Tuan rumah pertama yang salah masuk rumah, jemput tetamu ikut pintu belakang! Lalalala |
 |
Agak-agak, apa yang papa aku cakap ni? - Mierza |
 |
Ya, binaan ini teguh... tak percaya? Inilah buktinya! |
 |
Senjatanya tak pernah tinggal - Mierza |
 |
Tuan rumah menjemput kami masuk, hmmm... mirip Along, kan? |
 |
Rumah panjang... |
 |
Selesai... keletihan! Pasu besar jadi mangsa sandaran? Hahaha. |
Dalam
sibuk melawat setiap rumah di sini dan kerana keterujaan, tak
tersedar kaki tak jejak ke anak tangga. Aku cuba untuk tidak jatuh.
Syukur, aku tak jatuh tapi terseliuh. Hahaha. Tangan pun bercalar
luka. Apa nak buat? Salah diri sendiri, diri sendiri tanggung ya!
Hahaha. Memang banyak lagi tempat dan perkara yang boleh aku
kongsikan, tetapi cukuplah setakat ini. Kalau ada kelapangan lain dan
tergerak hati nak berkongsi, akan aku isikan di entri yang lain.