Hatinya PEREMPUAN?
Sebenarnya, sudah agak lama ruangan blog ini tidak aku kemaskini dengan sepenuh hati. Sentiasa sibuk dengan ruang so-sial yang lainnya, twitter dan facebook. Eh, dua saja? Ya. Sikit? Ini pun dah cukup. Buat apa daftar dalam banyak ruangan so-sial? Nak menambahkan sosial atau sial? Hahaha. Cukuplah dua. Itu pun dah tak terlarat.
Rindu pula rasanya hendak kembali aktif berblog seperti waktu dulu. Hampir setiap hari, ada saja yang mahu aku paparkan di ruang ini. Ruang milik persendirian aku. Walaupun disediakan oleh pihak yang tertentu tanpa sebarang bayaran, tetapi aku tetap anggap ianya satu ruang privasi aku. Di mana tiada batasan atau sekatan luahan emosi mahupun pemikiran. Pendek kata, kalau tak suka, tak ada siapa paksa baca. Kalau baca dan terasa, itu bukan salah aku. Salah kalian sendiri. Kalian ada pilihan sama ada membaca atau 'jangan ambil peduli'. Habis cerita.

Ada banyak perkara yang mahu aku kongsikan. Satunya, percutian aku tempoh hari bersama keluarga ke Pangkor. Lama juga tidak bercuti. Maklumlah, masing-masing sibuk. Along pula baru sihat, dan Miqhail dah pun sedikit besar. Tak banyak kerenah. Senang dibawa ke sana ke sini. Tetapi, hari ini bukan itu yang mahu aku ceritakan. Mungkin di ruangan yang akan datang. Aku mahu mendahulukan kisah yang membabitkan hati.
Bila bercakap soal hati, pasti ada masalah. Hati yang terlalu bermasalah, boleh buat manusia mati bak zombie. Oh, bukan zombie yang seangkatan Kak Limah itu ya. Hmm. Masih belum berkesempatan menyaksikan buah tangan terbaru Mamat Khalid. Baiklah, berbalik kepada masalah hati. Apa penyelesaiannya? Bawalah diri dekat pada Allah. Dengan keizinan-Nya, pasti tenang sentiasa.
Bila berbicara tentang masalah, teringat pula aku pada satu soalan yang diterjah salah seorang temanku. Pada mulanya, dia meluahkan masalahnya. Entah bagaimana, dia bertanyakan pula pada aku, sama ada aku ada masalah atau tidak. Soalan yang membuat aku terdiam sekejap.
"Setiap manusia dilahirkan dengan masalah. Bayi yang baru lahir pun ada masalah. Masalah, macam mana nak minum susu? Macam mana nak bercakap dan macam mana nak makan? Betul tak?" balasku kembali.
"Pandailah kau!" bentak si temanku yang memang tak puashati dengan jawapan ikhlas aku.
Cuba fikir. Betul tak jawapan aku itu? Lalalalaaa...

Setakat hari ini, Alhamdulillah, tiada masalah yang aku hadapi tanpa sebarang penyelesaian. Mungkin juga aku ini jenis yang suka, biarkan sesuatu perkara itu berlalu bersama angin yang menderu. Kasar atau pun lembut. Yang pasti, ia pasti akan berlalu. Kalau ada masalah sekalipun, aku tidak akan biarkan ia menjadi barah yang melumpuhkan objektif diri. Yang penting, masih ramai perlukan aku. Untuk itu, aku perlu kuat. Kalau aku lemah, maka terpadamlah harapan yang diserahkan ke atas pundakku. Harapan. Itu tanggungjawab yang perlu dilaksana.
Sudah genap 28 tahun, 25 hari dan 22 minit aku hidup di muka bumi ini (setakat entri ini dibuat). Itu belum lagi ditambah dengan perjalanan hidup aku di alam roh dan alam rahim (10 bulan, terlebih bulan bak kata umi dan abah). Setiap langkah yang diambil mengundang kesan baik dan buruk. Jadi, di mana-mana saja dan bila-bila masa saja aku terdedah kepada masalah. Begitu juga dengan kalian. Antara banyak-banyak perkara yang pernah aku tempuh, mungkin satu sahaja perkara yang memang tidak dapat aku 'kuasai'. Perhubungan. Ya. Hubungan dengan berlainan jantina.
Sepanjang tempoh 28 tahun ini, aku sentiasa ditemukan perempuan yang meminjam topeng lelaki. Kenapa aku kata begitu? Entahlah. Secara zahirnya, aku kenal ramai lelaki yang berhati perempuan. Ini bukan aku yang cakap, tapi mereka. Kata mereka yang bijak pandai ini, kononnya... perempuan berhati lemah, kuat merengek, kuat mengadu, nafsu ratusan, dengki, ada sikap iri hati, cemburu dan tak boleh tengok kesenangan orang lain. Ada perasaan yang ingin berlumba-lumba yang menggambarkan, "AKU BAGUS!"
Oh, itu bukan aku yang cakap. Itu ayat yang pernah diungkapkan oleh puluhan lelaki yang aku 'pernah' kenal. Kenal? Ya. Kenal sekadar kenal. Macam aku kenal Presiden Maldives, Mohamed Nasheed, tapi dia tak kenal aku. Hahaha. Ya. Kenal yang begitu. Ramai juga manusia yang pernah tersenarai dalam kategori 'rakan' tetapi dengan rela hati mereka menjadi sekadar kenalan dan akhirnya bertukar menjadi, "ASING/AJNABEE/STRANGER"!
Aku sudah kebas, bosan dan jemu kerana seringkali ditemukan lelaki berhati perempuan. Mungkin, mereka sepatutnya mendaftarkan diri masuk ke dalam program Pilih Kasih. Di sana, pasti Rosyam Nor pun pening nak pilih sebab lakonan dalam kehidupan sebenar yang mereka lakonkan, lebih 'natural'! Seperti baru-baru ini, aku bertemu kembali dengan seorang kawan lama. Lama yang tak begitu lama, tetapi yang pastinya LAMA.
Seperti kes-kes yang pernah berlaku ke atas diri aku. Aku mudah terbuai dek lakonan cik 'akak' ini. Sehinggalah satu ketika, aibnya terbuka sendiri. Kali ini, aku tak melatah sebab dah lali. Jadi, aku undur dan minta dia faham, aku sudah bosan.
Sudah hampir sebulan, aku matikan hikayat cerita dia. Ah, hidup kembali bebas. Tiada lagi tangisan buaya tembaga yang aku dengar. Tiada lagi soalan-soalan bodoh yang jawapannya sentiasa ada depan mata. Dan seperti hikayat-hikayat lain yang tidak akan mati, si dia tetap muncul. Mengganggu damai. Pelik. Tak faham bahasa, atau dah tidak ada orang lain nak melayan hatinya yang mental. Ops. Sentimental.
Aku kira panas sampai ke petang, tetapi Tsunami melanda di tengah hari. Dia tetap kembali. Tidak. Bukan dengan menghubungi aku, tetapi menggunakan pihak ketiga, keempat dan kelima. Hmm. Lebih takjub aku dibuatnya, dia memerhatikan segala tindak-tandukku. Pada masa inilah, aku memarahi teknologi komunikasi. Dia ada di Facebook. Dia ada di Twitter dan dia mengawasi aku di sini. Aduhai lelaki! Kenapa tidak kau teruskan sahaja hidup? Tolong jangan hiraukan aku. Aku bahagia. Kau sendiri tahu, aku tahu cara untuk membahagiakan diri. Salah satunya, 'matikan' segala-galanya tentang diri kau dalam fikiran, minda, hati dan juga apa yang ada di sekitarku.
Nasihat aku kepada kau... ya, aku tahu kau membaca ini juga. Kalau rasanya tidak sanggup bermain dengan risiko, jangan sesekali bermimpi. Engkau mimpi dalam sedar. Apa juga yang aku buat, tulis, kata, rasa memang tidak ada kaitan langsung dengan kau. Kau hidup dalam ketakutan. Takut pada bayang-bayang sendiri. Buat apa perlu aku bercerita tentang orang yang takut pada bayang-bayang sendiri? Aku juga tahu, tulis atau tidak, kau tetap memikirkan yang buruk-buruk sahaja tentang aku sebab...
Satu, kerana hati kau penuh wasangka.
Dua, kau tidak pernah tahu erti tenang.
Tiga, kau sakit.
Aku kira, ini untuk mereka yang lain juga. Maklumlah, dalam 28 tahun aku hidup, ramai juga orang yang pernah aku sakiti. Sekaligus, mereka sentiasa ingin tahu sama ada giliran aku pula merasa sakit. Maaflah. Mungkin, doa dan harapan untuk melihat aku sedih dan terseksa belum termakbul.
kebetulan...
sama pula macam muka 'dia'.
Hahaha. Ops. Kejamnya aku.
Lalalalaaa...