Hijrah...biarlah dari yang buruk kepada yang lebih baik
Hijrah itu adalah perpindahan
Hijrah bukan hanya pada tempat
Hijrah itu juga bergantung pada niat, akhlak dan budi
Maal Hijrah atau Awal Muharam adalah hari yang penting bagi umat Islam. Ia merupakan tarikh yang menyaksikan peristiwa penghijrahan Rasulullah Nabi Muhammad s.a.w dari kota Mekah ke kota Madinah. Ia juga merupakan permulaan tahun baru bagi sekalian umat Islam. (Bukan 1 Januari tu!) Pelik bin Ajaibnya, orang-orang zaman sekarang (tak kiralah yang tua ataupun muda sama je!) lebih mengira peralihan tahun yang ditetapkan kalendar yang dikatakan lebih universal (sambut serentak konon-kononnyaā¦ala-ala masyarakat majmukā¦).
Bila saja tiba 1 Muharam, aku teringatkan zaman persekolahan. Cikgu-cikgu sibuk memilih murid-murid yang berkebolehan untuk membuat persembahan dan mampu menarik perhatian orang-orang yang hadir di Majlis Sambutan Awal Muharam. Baik di peringkat sekolah sampailah ke peringkat antarabangsa. Kadang-kadang ada antara pelajar yang mempunyai tanggapan lain tentang Maal Hijrah. Ada dikalangan pelajar yang menganggap Maal Hijrah adalah satu upacara untuk bersuka-suka. Peristiwa yang sebenar gagal untuk dihayati.
Bila aku dah meningkat sedikit dewasa, lain pula ceritanya. Baru-baru ini, ketika aku dan beberapa teman lain duduk dalam bilik mesyuarat. Ketua aku mengeluh,
Aku hanya tersenyum. Sekali lagi diingatkan, senyuman itu bukanlah bersifat sinikal. Cuma ābanggaā dengan penghormatan yang diberikan oleh mereka. Mungkin ramai yang akan menganggap perkara ini memang lumrah. Tetapi kenapa hari yang paling penting dalam kalendar Islam dipandang sepi? Ada yang tidak sabar menanti kehadiran 1 Muharam tapi niatnya lain.
Berbeza pula kalau ditanya tentang 1 Januari. Pasti ada yang beria-ia memasang azam. Konon-kononnya nak buang tabiat lama. Nak cuba ubah diri dari yang buruk kepada yang baik. Tak kurang juga, dari yang buruk berubah kepada TERUK!
āTahun baru ni aku ada azam baruā¦ nak tukar awek baru,ā
Berbalik kepada Maal Hijrah. Setiap kali disebut Maal Hijrah perkara yang terlintas dalam kepala adalah perpindahan. Memang benar. Namun, ia bukan hanya sekadar perpindahan tempat yang boleh dilihat secara fizikal. Malah ia boleh lebih dari itu.
Seringkali aku ingatkan dia, kalau tak suka tak payah jadikan orang tu sebagai bahan umpatan. Alhamdulillah, bila dia ingatā¦ dia dengar kata-kataku. Bila dia lupaā¦habis segala umpat-mengumpat keluar. Pernah juga aku berpesan kepadanyaā¦

āhmm, awal Muharamā¦ cuti umum. Malaysia ni banyak sangat cuti umum.ā
Aku lihat ke dalam matanya. Ternyata dia benar-benar hampa. Aku tak pasti adakah dia hampa kerana tidak dapat bekerja kerana cuti umum atau, dia tidak tahu kepentingan 1 Muharam. Bukan niat aku untuk bersifat sinikal, tapi adakah dia perlu menegaskan ayat itu? Lain pula ceritanya bila aku duduk dalam sekumpulan kawan-kawan aku.
āCuti Muharam ni, kau nak ke mana? Shopping ke tengok wayang?ā
āTengok wayanglahā¦ ada cerita baru,ā
āTengok wayanglahā¦ ada cerita baru,ā
Aku hanya tersenyum. Sekali lagi diingatkan, senyuman itu bukanlah bersifat sinikal. Cuma ābanggaā dengan penghormatan yang diberikan oleh mereka. Mungkin ramai yang akan menganggap perkara ini memang lumrah. Tetapi kenapa hari yang paling penting dalam kalendar Islam dipandang sepi? Ada yang tidak sabar menanti kehadiran 1 Muharam tapi niatnya lain.
ā1 Muharamā¦. yea, cuti! Boleh joliā¦habiskan duit lagiā¦ā
Berbeza pula kalau ditanya tentang 1 Januari. Pasti ada yang beria-ia memasang azam. Konon-kononnya nak buang tabiat lama. Nak cuba ubah diri dari yang buruk kepada yang baik. Tak kurang juga, dari yang buruk berubah kepada TERUK!
āTahun baru ni aku ada azam baruā¦ nak tukar awek baru,ā
Berbalik kepada Maal Hijrah. Setiap kali disebut Maal Hijrah perkara yang terlintas dalam kepala adalah perpindahan. Memang benar. Namun, ia bukan hanya sekadar perpindahan tempat yang boleh dilihat secara fizikal. Malah ia boleh lebih dari itu.
Aku teringat kepada salah seorang kawanku (dekat di mata dekat di hati...., jauh di mata, kawan pun terus mati!). Awalnya, dia adalah antara orang yang sentiasa ingat-mengingati. Maksud aku di sini, selalu menegur kesalahan dan kesilapan yang orang lain lakukan. Aku suka dengan caranya yang pandai menjaga adab sopan seorang gadis Melayu. Tutur kata pula mudah memikat orang yang mendengar. Satu saja perangai dia yang tak berapa aku gemar. Suka mengutuk orang.
Seringkali aku ingatkan dia, kalau tak suka tak payah jadikan orang tu sebagai bahan umpatan. Alhamdulillah, bila dia ingatā¦ dia dengar kata-kataku. Bila dia lupaā¦habis segala umpat-mengumpat keluar. Pernah juga aku berpesan kepadanyaā¦
āManusia ni diberi kesempatan untuk berubah, biarlah dia macam tu sekarangā¦insyaAllah kita doakan dia akan berubah kepada yang lebih baik. Jangan pula dari perangai yang baikā¦ berubah jadi perangai dajal pulaā
Dia hanya diam. Mungkin, tidak mahu bertekak dengan aku. Hubungan kami pun jadi semakin renggang dan aku sendiri kurang periksa, apa yang membuatkan kami berjauhan. Sehinggalah ke satu hari, aku dapat tahu dia sudah banyak berubah. Aku kecewa kerana hijrah yang dipilihnya adalah hijrah dari perkara baik kepada perkara yang buruk.
Memang benar aku kecewa. Tidak pernah aku sangka dia akan memilih jalan itu. Dari cantik bertudung litup, berubah kepada wanita cantik dengan rambut gerbang ala-ala Zaiton Sameon. Mungkin, disebabkan perubahan yang melanda dirinya itulah yang membuatkan hubungan kami sudah tidak seperti dulu.
Jadi aku tinggalkan hari ini dengan perkataan hijrah itu sendiri.
Manusia memang digalakan untuk berhijrah.
Hijrah itu akan membawa satu dimensi baru dalam kehidupan kita.
Tapi jikalau hijrah itu mencondong ke arah keburukkanā¦

pandai-pandailah mengatur langkah untuk kembali semula ke arah yang benar.
Wallahualam.