SEBISA RACUN ATAU SEMANIS MADU, MANA SATU KAU PILIH SEBAGAI RATU HATIMU?
Mereka diumpamakan seperti madu,
Mereka juga mampu membunuh seperti racun yang berbisa.
Aku selalu mendengar kisah wanita dipermainkan lelaki. Jarang sekali aku mendengar kisah wanita memperlekehkan lelaki. Sehinggalah aku berkenalan dengan Imaan (perkenalan jarak jauh sejak
Beberapa minggu lepas, ada sesuatu yang terjadi dalam hidup Imaan. Ia turut mengganggu persahabatan yang terjalin antara kami. Puas aku memujuk supaya dia menceritakan masalah yang dialaminya (aku tak sanggup masalah itu akan menjadi punca aku hilang sahabat). Akhirnya Imaan meluahkan masalahnya kepadaku. Sebaik sahaja aku mendengar kisahnya, aku tidak tahu untuk memberi respon. Menangis atau sekadar bersimpati? Buat pertama kali aku menyalahkan wanita. Imaan telah ditinggalkan kekasihnya, Rose. Memang adat orang bercinta, tidak semua berakhir dengan kegembiraan. Bak kata dalam sebuah lagu āpencinta adalah pasangan yang berenang di lautan, adakalanya mereka berjaya sampai ke tepian dan ada juga yang terkandas di tengah lautanā.
Setelah
Aku sentiasa mahukan yang terbaik untuk Imaan kerana dia insan yang baik. Imaan tidak suka mendengar aku dalam keadaan murung dan akan
Sekiranya aku di tempat Imaan, aku sendiri tidak pasti apa yang akan aku lakukan. Imaan tidak pernah serik dipermainkan cinta. Aku bertanyakan Imaan, adakah dia rela melepaskan Rose sepertimana dia melepaskan para kekasihnya sebelum ini?
āKalau kita mencintai seseorang, kita perlu biarkan ia pergi.
Sekiranya cinta itu masih ada, dia akan kembali.
Sekiranya dia tidak kembali, anggap sahaja cinta itu bukan milik kitaā
Aku bertanya lagi, adakah dia sanggup berdepan dengan Rose di masa akan datang?
Mungkin bukan bercinta tetapi aku mahu terus berkawan dengannya.
Benar kata Imaan. Aku juga pernah melakukan perkara yang sama. Walau apa jua yang terjadi adalah kehendak Allah. Hubungan antara manusia tidak patut berakhir begitu sahaja. Aku mengharapkan, satu hari nanti kau bertemu dengan cinta sejati. Insya-Allah.
Aku tinggalkan hari ini dengan lirik lagu kegemaranku.
Jangan Ada Benci nyanyian Casey.
Andainya ada di antara kita nanti,
Berubah hala serta memungkiri janji,
Jangan ada benci,
Suka dan duka dilalui,
Jadikan kenangan di sudut hati,
Andainya cita-cita tidak kesampaian,
Ikatan murni terputus di pertengahan,
Jangan dikesalkan,
Jangan lantaran kegagalan,
Kita berdendam saling bermusuhan,
Ungkit-mengungkiti, sakit-menyakiti,
Memusnahkan diri,
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba,
Kadangkala yang berlaku,
Di luar kemampuan kau dan aku...