BILA MELANGKAH KE DEPAN, JANGAN LUPA MENOLEH KE BELAKANG
Semalam dikenang, hari ini merancang dan esok hanya Dia yang tahu.
Orang bijak pandai ada mengatakan ātinggalkan semalam dan terus melangkah ke depan.ā Secara peribadi, aku menghormati kata-kata itu tetapi aku mempunyai pandangan yang sedikit berbeza. Tanpa semalam, tidak ada hari ini. Semalam untuk dikenang dan bukan untuk terus ditinggalkan. Bukan pula bermaksud untuk dikenang selalu tetapi sesekali kita perlu menoleh masa lalu. Semalam mencatat pengajaran dan merupakan āguru yang terbaikā untuk membantu kita melangkah di keesokan harinya.
Hari ini bila aku berdepan dengan diriku sendiri melalui cermin, ingatan kepada zaman kanak-kanak mula ābangunā dari dalam diri. Meronta-ronta untuk keluar. āMemoriā zaman kanak-kanak itu ingin hidup untuk seketika. Aku duduk, dan memerhatikan sahaja memori itu menari keluar dari dalam diriku.
Peristiwa lucu yang aku ingat sehingga hari ini ialah kejadian aku bertumbuk dengan dua orang pelajar lelaki di luar sekolah. Sebelum tercetusnya pergaduhan itu, aku sedang menikmati sarapan pagi. Manakala adikku dan kawan-kawanku yang lain sedang bermain getah (permainan yang amat popular di kalangan pelajar perempuan sekolah BBS dulu). Dua orang budak lelaki datang dan menganggu adikku, Ayuz. Macam biasa, Ayuz hanya tahu menjerit dan menangis. Aku pula pantang dengar adik aku menangis. Aku tak sempat menjamah habis makanan dan terus bangun mendapatkan dua budak lelaki itu. Aku ada beritahu kepada kawan-kawanku, aku tak tahu untuk bercakap ātidakā atau ājanganā tetapi tangan aku memang lebih laju dari mulut. Jadi satu penumbuk aku lepaskan ke perut budak tu diikuti dengan tendangan (di tempat yang agak sensitif). Malangnya, cermin mata aku dirampasnya(masa tu aku rabun, cermin mata tebal), dia membalas tumbukan tetapi berjaya dihentikan oleh seorang pemandu bas. Pemandu itu beri amaran kalau kami terus bergaduh, kami bertiga akan dilaporkan kepada guru besar.
Pergaduhan itu tidak tamat di situ. Budak lelaki itu mencabar untuk kami bertarung secara adil. Itupun melalui kelab tae-kwando. Aku sahut cabaran itu (semata-mata ingin menamatkan pergaduhan). Aku sertai kelab itu hanya untuk sebulan. Sebelum perjumpaan tamat, āsirā memilih dua orang pelajar untuk berentap. Budak lelaki itu (bertali pinggang hijau calit biru) menawarkan diri dan mahu aku (bertali pinggang putih) menjadi pasangannya. Sebaik sahaja āsirā beri tanda mula, budak lelaki itu terus menyerang tapi kaki aku lebih cekap, aku menendang dan tepat mengenai perutnya. Budak lelaki itu jatuh, secara tak langsung aku menang. Budak lelaki itu bangun dan berbisik ke telinga aku ākau menanglahā. Bagi aku pula, ini bukan soal menang atau kalah tapi soal maruah. Semenjak dari hari itu, tidak ada sesiapa pun berani mengganggu Ayuz. Kalau adapun, pasti ada āmata-mataā yang mengadu pada aku. Keesokan harinya, sebelum aku sempat bertindak, budak-budak yang mengganggu Ayuz akan datang minta maaf.
Jika aku tidak menoleh hari semalam, maka banyak perkara yang kelihatan kabur hari ini dan hari esok mungkin akan terus berkubur. Wallahualam.