Tuesday, June 3, 2014

Larian Autism; Miqhail Juara!

Hasil tangan aku, menyokong Being Human di Twitter sempena Hari Austisme Sedunia
Ya, sepatutnya blog ini sudah lama diisi dengan entri yang seharusnya seiring dengan sambutan Hari Autisme Sedunia pada bulan April yang lalu. Aku juga pasti, para pembaca Fantasi Itu Duniaku juga sudah jemu dengan alasan klise (basi) yang diberi, sibuk! Disengajakan atau tidak disengajakan, memang entri kurang 'lazatmya' kerana terlewat dua bulan! Hmm.


Ini adalah kali pertama, aku mengikuti larian. Eh, sebelum itu...larian yang aku maksudkan adalah 'Light Up Austism" program larian amal anjuran  mahasiswa-mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama HOPE, The National Autism Society of Malaysia (NASUM), PERMATA KURNIA serta Akademi Remaja Islam Autisma Malaysia (ARISMA). Ini juga penyertaan pertama Miqhail diikuti Along, dalam bergiat aktif bersama-sama persatuan Autisme di Malaysia.

Mengantuk...
Sempat buat 'trademark' dia tu!
Nampak macam seronok dan tidak percaya, bukan? Aku berlari? Hahaha.

Sebenarnya, memang itu tujuan asal tetapi kehadiran aku pada 6 April lalu hanyalah sekadar peneman dan penyokong setia Miqhail dan Along. Sebelum tiba harinya, aku memang teruja sangat. Maklumlah, bukan mudah untuk mendapatkan peluang seumpama ini. Bangun awal-awal pagi, dan bergeraklah kami (along, aku, Miqhail dan Mierza bersama abang Zamri) dari Rawang menuju ke Taman Tasik Titiwangsa. Difikirkan sudah cukup awal, rupa-rupanya terlewat dan acara larian telah pun dimulakan.

Macam dah tak sabar...
Eh, dia pulak yang lebih...
Walaupun terpaksa berjalan jauh dari tempat meletak kereta (Istana Budaya), along, Miqhail dan aku teruskan berjalan. Ya, kami tidak berlari. Memandangkan larian ini untuk tanda sokongan kepada golongan Autisme dan yang paling penting, memberi ruang untuk mereka bersama-sama menyertainya, maka kami bebas melaksanakan 'larian' tanpa sebarang peraturan. Boleh dikatakan, beberapa kali juga terpaksa berhenti kerana Miqhail yang tidak larat. Kebetulan, dia pun tak sihat. Mierza? Hahaha. Dia dah lama tarik diri dan abang Zamri yang menjaganya. Maka, hanya along, Miqhail dan aku berjalan-jalan berpusing satu Taman Tasik Titiwangsa.
 
Angah dah macam pembantu peribadi! Hahaha
Bersedia...
Jangan tertipu, ini bukan sesudah berlari, tapi baru sampai di tapak permulaan!



Si adik yang turut beri sokongan tapi...
...ada konflik, penatlah apa lagi?
Selalunya, tulis selepas habiskan larian...
tapi...
kami tulis sebelum mulakan larian...
aku pun juga nak...
mencatatkan sesuatu sebagai sokongan!
Beberapa kali juga Miqhail enggan meneruskan tetapi disebabkan dorongan Along, mereka teruskan berjalan dan aku memandang dari belakang dengan memikul tanggungjawab merakam aksi anak-beranak ini. Ya, tugas itu sepatutnya digalas oleh abang Zamri tetapi disebabkan Mierza dah mogok tak mahu bergerak, jadi aku menjadi ganti. Sepanjang perjalanan, beberapa kali juga Miqhail merengek minta aku dukung. Beberapa kali juga Along dan aku memberitahu, bahawa dia perlu berjalan sendiri. Kalau didukung, itu sudah dinamakan menipu. Betul?

kami baru bermula, ada peserta yang dah selesai pun!
katanya, dia haus... jadi, berhentilah dahulu
katanya, dia tak nak Mama, tarik tangan Angah...
katanya, dia sakit kaki...Angah beri Milo,
katanya, kaki sakit...kami berehat tengok kuda dulu...
katanya, kaki sakit lagi...duduklah dulu,
katanya, dia pening dan kakinya sakit, duduklah dengan Angah dulu...
Along, gigih memujuk dan bersama-sama berjalan...
abang nak dukung, katanya pada Along. Duduklah sebentar, menikmati indahnya alam
katanya dahaga, dua-dua minuman dia sapu...
"Sakit kaki, nak dukung. Sayang abang!" Miqhail
Jadi, tidak kisahlah beberapa kali kami berhenti, mengurut kaki Miqhail, duduk bersidaian di bangku sambil memandang keindahan Taman Tasik Titiwangsa, janji Miqhail tetap melaksanakan tugasan hari ini dengan sendiri. Bukan bantuan aku atau Along. Kalau aku dukung pun, tidak bergerak. Semata-mata untuk memenuhkan permintaan dia untuk didukung. Alhamdulillah, ramai yang memberi sokongan. Terharu juga. Terutama sekali apabila disapa oleh pasangan pelancong yang aku percaya berbangsa Inggeris;

"You almost there" kata si wanita sambil diperhatikan pasangannya.

Akhirnya, setelah hampir 45 minit berjalan, Miqhail berjaya menyudahkan larian ditemani Along, mamanya dan aku sekadar memerhati. Sesungguhnya, aku berbangga dengan Miqhail hari itu. Biarlah tiada kemenangan yang dicatatkan dan muncul sebagai peserta terakhir, sekurang-kurangnya dia menyudahkan juga larian. Sangat bangga!

Hampir tiba...
Dekat sangat dah tu...
Hahaha, sempat bergambar dulu...
Ya, kamilah juara!
Miqhail yang keliru... apa semua ni?
Lapar, makan dulu ya sang Juara!
Bangga, kami dan sang Juara!
Sampai di garisan, barulah Miqhail aku dukung dan peluk sekuat-kuatnya. Bangga yang tidak terkata wahai sayangku!

* kisah yang lebih panjang lebar akan dikemaskini di blog Anak-anak dari Syurga...insyaAllah.