Tuesday, August 6, 2013

Selamat Hari Persahabatan... Sahabat, Friends & Dosti!


Assalamualaikum,

Hari ini terpanggil untuk mengisi blog (setelah hampir sebulan aku tinggalkan). Ada sebabnya kenapa aku bersungguh nak kemaskini blog; Hari Persahabatan Sedunia! Auww...

Sesiapa yang kenal aku (atau pernah mengenali), tahu sangat yang perhubungan yang paling disayangi adalah persahabatan (selain dari keluarga ya, OF COURSE...LALALALA) Pernah diberi pilihan juga di satu ketika dahulu, antara sahabat atau kekasih, siapa yang aku pilih? Hahaha... semestinya aku pilih sahabat dahulu. Betul tak? Hanya yang benar-benar kenal aku sahaja boleh memberi jawabnya>>> Ayshah, Harvindar, Fatimah!




 

  

Hari ini, khas untuk entri ini, didedikasikan khas tujukan buat sahabat-sahabatku yang tidak pernah mengalah untuk sentiasa berada di sampingku. Dalam rendah, sedih, duka, tawa dan gila-gila. KALIAN selalu ada. Juga kepada teman-teman, semenjak dari zaman persekolahan (rendah, menengah), pengajian tinggi dan seterusnya rakan-rakan yang hanya berkesempatan berkenalan menerusi laman maya... aku sayangkan kalian!







Sebelum menyudahkan entri kali ini, aku sertakan beberapa video untuk tatapan sahabatku... I LOVE YOU! Muah...muah...muah

Tiga lagu ini ada maksudnya tersendiri; Viva Forever, Tujhe Khas Fursat Mein, Kenangan Terindah...






Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat, teman dan rakanku. Aku sayang kalian selalu, hubungan ini tidak akan terputus melainkan Allah mengizinkannya. Kepada mereka yang sudah tersisih, maafkan aku kerana sesungguhnya kalian tidak layak untuk dipercayai apatah lagi menjadi seorang rakan, teman atau sahabat.