Thursday, January 17, 2013

Sibuk sampai tersampuk! Arrgghhhh...

Dah berapa hari aku tak kemaskini blog ini. Woit, macam ada banyak blog pulak. Hahaha. Ini pun sekadar nak menitipkan sebaris dua ayat. Sekurang-kurangnya, aku tak membiarkan Fantasi Itu Duniaku kosong tanpa pengunjung setia >>> AKULAH TU!

Lebih kurang macam ni, tapi aurat tertutup ya! Lalalala

Banyak sangat kerja... alhamdulillah. Sekurang-kurangnya, akal aku tak mati! Harus terus berfikir dan berfikir. Tak mahu asyik mendengar sahaja. Opppsss. Baiklah, sebelum tersampuk hal yang tidak bersangkut, aku cabut!

Di pejabat, berdozen-dozen artikel. 
Di rumah, bersepah-sepah manuskrip.
Di pejabat, telinga ditemani YOUTUBE,
Di rumah, dihiburkan M Berganda (Miqhail-Mierza).

* dalam usaha untuk memecahkan rekod sendiri; 12 artikel dalam sehari tapi malangnya, setakat hari ini pukul 6:15 petang, hanya 10 artikel mampu disiapkan. Adakah ini kesan peralihan siri (bakal berlaku dalam 12 hari lagi - Insya-allah) yang harus aku akur? Ahhhhh... tidak!

Friday, January 11, 2013

Had

Mesin bola tenis!
Salam hari Jumaat yang penuh keberkatan. Hah, pasti semua dah pernah melihat mesin ini malah tahu kegunaannya. Betul, bukan? Ya, ia digunakan khas untuk sesi latihan tenis. Hmm, apa pula kena mengena dengan entri aku kali ini? Ada. Takkanlah, suka-suka hati aku nak muat-naik gambar ini tapi tidak ada kaitan. Buang masa namanya!

Pernah tak kalian kaji, bagaimana mesin ini berfungsi? Bola itu dilontarkan dan pemain harus memukulnya. Kalau tak dipukul, maka bola terlontar jauh. Sama ada ianya akan kembali atau tidak, terpulang kepada pengutip bola. Hahaha. 

Baiklah, maafkan aku kerana mula melalut. Memang itulah kebiasaannya. Sebelum bermula, aku pasti akan melalut entah apa. 

Sebenarnya, apa yang berlaku pada mesin bola tenis ini turut terjadi dalam kehidupan manusia seharian. Bola itu adalah umpama kata-kata yang dilafazkan. Adakalanya, kata-kata itu akan kena tepat ke atas 'hati' orang yang mendengarnya. Kalau ia sesuatu yang sedap didengar, maka ianya tidak akan kembali kepada penyampainya. Sebaliknya, kalau kata-kata itu mengoyak hati orang mendengarnya, maka terimalah balasannya. 

Apa yang menghairankan apabila, setiap lafaz kata diberikan balasan yang menyakitkan. Seakan menunggu peluang mulut dibuka. Lebih sakit lagi apabila kata-kata balasan disampaikan secara sindirian sekaligus menimbulkan persepsi bahawa, lebih baik diam dari bercakap. 

Cuma persoalannya sekarang, apakah masalah yang melanda sehingga ada sahaja serang balas dilancarkan. Cara terbaik untuk mengelakkan perkara menjadi rumit adalah berdiam diri. Biarlah orang mentertawakan tindakan diam membisu yang penting tidak timbul perbalahan. Biar kalah di mata manusia, tapi Allah menghitung setiap kesabaran yang kita pegang.

Aku teringat akan pesan seseorang, 

"Kalau kau tiada perkara baik yang ingin dilafazkan, lebih baik berdiam!" 

* mungkin akan sampai ke satu tahap di mana kesabaran dan kemarahan diterjemahkan menerusi kebisuan. Sekiranya kebisuan itu terjadi juga, jangan pula menuduh kesombongan menguasai diri. Orang tidak akan membuat sesuatu tanpa ada punca dan sebabnya.

Thursday, January 10, 2013

LATAR : Satu KEGAGALAN!

Sebelum aku teruskan dengan entri kali ini, suka untuk ditegaskan di sini bahawa, ia bukan bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak. Cuma, ianya satu luahan. Sekiranya ada pihak terasa dan rasa perlu tindakan susulan diadakan, cuba-cubalah pertimbangkan. 

Lebuhraya LATAR Gambar dari Koleksi Bas dan Truck
Kalau diselak semula senarai tajuk entri dalam blog ini, pasti ada yang terserempak dengan beberapa entri yang khusus tentang luahan masalah kesesakan yang dialami sebilangan besar penduduk Rawang. Agak lama juga entri sama tidak kembali. Mungkin kerana pengendalian Majlis Perbandaran baru yang peka terhadap masalah rakyat. Terima kasih, kerajaan Selangor!

Perjalanan menjadi lebih mudah untuk para penduduk Bandar Tasik Puteri semenjak adanya laluan alternatif yang menyambungkan Kuang terus ke kawasan perumahan Bandar Tasik Puteri tanpa perlu mengikuti jalan besar dan lebih jauh. Kewujudan lebuhraya LATAR juga sangat memberi kebaikan dan keselesaan kepada pengguna jalanraya khususnya kepada mereka yang menggunakan lebuhraya ini untuk berulang-alik pergi ke tempat kerja.

Namun di setiap kebaikan itu pasti ada kelemahan. Kelemahan pula harus disusuli dengan tindakan untuk memulihkan keadaan. Memang benar, LATAR memberikan kemudahan tetapi timbul perkara tidak relevan yang seharusnya tidak berlaku. Masalah yang dimaksudkan adalah susur masuk dan keluar di Kuang. (Sesiapa yang menggunakan LATAR pasti maklum dengan permasalahan ini)

Dari Kuang, ada disediakan susur keluar. Sama ada menuju ke Kuala Lumpur, Selayang, Jalan Duta atau Shah Alam. Masalah yang timbul pula, tiada susur masuk di lokasi sama! Lazimnya, setiap lebuhraya ada menyediakan susur keluar-masuk tetapi tidak di Kuang. Para pengguna harus mengembara lebih KM untuk bertemu dengan susur masuk yang ada di Kota Puteri. Bayangkan, pengguna LATAR yang rumahnya terletak di Kundang tetapi harus mengembara ke Kota Puteri. Berapa pula masa yang harus diambil? Bagaimana pula dengan kos petrol? Bayaran tol? 

Memang benar, kalau ada tol tentu ada bayaran dikenakan. Namun, adakah harga RM2 dengan jarak yang tidak sampai 5 KM berbaloi? Dari tol Rawang (Taman Rimba Templer) ke tol Kota Puteri, menelan belanja sejumlah RM4 dengan adanya 2 hentian tol. Kalau dibuat perbandingan antara perjalanan dari tol Rawang ke tol Jalan Duta, belanja yang dikeluarkan baru berjumlah RM3.60 dengan 2 perhentian R&R berbanding LATAR tadi yang hanya ada satu di Kuang (itu pun masih tidak lengkap sepenuhnya).

Disebabkan bayaran yang tidak relevan ini, ditambah pula susur masuk yang tidak sesuai membuatkan ramai pemandu mengambil langkah sendiri; menjadikan susur keluar Kuang sebagai susur masuk (perhentian R&R Kuang). Secara tidak langsung, ia mengakibatkan kecelaruan dan adakalanya boleh mengundang kemalangan. 

Pihak berkuasa juga cuba mencegah kesalahan jalanraya ini dari terus berleluasa dengan memberikan saman kepada kenderaan yang menggunakan susur keluar ini sebagai susur masuk. Ya, mungkin ia cara yang terbaik untuk menghalang kesalahan ini dilakukan berterusan dengan sengaja dan dalam masa yang sama menghindar kemalangan. Tetapi, adakah ia ADIL apabila kenderaan pihak berkuasa sendiri menggunakan susur keluar ini untuk bergerak masuk ke kawasan Kuang? Adil? Hmm. Undang-undang dan peraturan diwujudkan bukan untuk berat sebelah. Betul, bukan?

Apakah cara terbaik bagi memulihkan keadaan dan dalam masa yang sama memberikan kebaikan kepada semua pihak? Perlukah saman dikeluarkan atau pihak LATAR sendiri mencari inisiatif membuka susur masuk ke Kuang? 

Sebagai pengguna jalanraya, jujur aku katakan yang lebuhraya LATAR ini merupakan satu kegagalan. Sebagai seorang warga negara Malaysia pula, aku rasa pihak bertanggungjawab harus mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak kejadian ini dari terus berlaku dan peraturan dicabuli; lebih baik perbetulkan dari akar umbi. Apabila kelemahan berjaya dibaiki, aku pasti kejadian sama tidak akan berulang. 

Tidak, aku bukan pengguna kerap LATAR tetapi seringkali menghadapi masalah setiap kali berada di simpang susur keluar Kuang kerana kenderaan-kenderaan yang menggunakan susur itu sebagai susur masuk. Fungsi lampu isyarat tidak bererti kerana kenderaan yang menggunakan susur ini tunggu peluang untuk merempuh masuk tanpa hiraukan pengguna jalanraya lain, sama ada mencuri peluang untuk masuk ke simpang atau pun mahu lari dari pihak berkuasa yang juga ada masanya mengekori dari jalan yang sama. Lucu? Hahaha.

* umi selalu tanya, kenapa aku tak guna lebuhraya saja, lebih cepat sampai ke rumah. Aku hanya cakap, tak selesa. Aku lebih sanggup guna jalan Sungai Buloh-Bandar Rahman Putera-Tasik Biru dan masuk ke Bandar Tasik Puteri. Walaupun lambat, tetapi aku rasa selesa dan selamat. Selesa sebab ada ramai orang. Selamat? Duit aku tak habis! Kedekut? Bukan kedekut tapi berjimat! Aku guna LATAR pun, bila betul-betul dah sesak!

Wednesday, January 9, 2013

Sesuatu Yang Tidak Sempurna...

Setiap manusia pasti ada perkara yang wajib dilakukan sebelum memulakan hari yang baru, apatah lagi apabila hendak keluar dari rumah. Begitu juga dengan aku. Bukan aku sengaja untuk tidak melakukannya, tetapi kesuntukan masa. Hendak cari masa di pejabat untuk melaksanakannya, aku tak mampu. Tambah pula dengan kehadiran tetamu yang tidak diundang. Yang datang bertandang tapi tak pulang-pulang.

Maaflah, bukan berniat untuk menjadi tuan rumah yang kurang adab dan sopan. Tapi, apakah relevannya datang dan menghabiskan masa di pejabat orang lain tanpa berbuat apa-apa juga tanpa sebarang urusan? Bukankah ianya menambahkan masalah. Itulah tabiat manusia. Suka menambahkan masalah dari mencari cara untuk mengurangkannya. 

Berbalik kepada perkara yang tidak sempat aku lakukan sebelum keluar dari rumah tadi, berharap agar punya ruang waktu untuk melaksanakannya sebelum menjelang 12 malam. Sungguh tidak sempurna rasanya diri, melangkah keluar tanpa melaksanakannya. 

Kalian pula bagaimana, ada apa-apa perkara yang tidak sempat dilakukan tadi? Kalau ya, sama-samalah kita cari masa dan ruang untuk melaksanakannya. Cuba untuk tidak mengulangi kelalaian yang sama. Ayuh, kita berjanji! Boleh?

Kitab yang paling lengkap; Al Quran
* Rumah yang tidak dibaca dengan ayat Al-Quran di dalamnya seumpama kubur yang gelap, sunyi dan sepi! - petikan dari blog Mr Saipol Barin

Tuesday, January 8, 2013

Warkah Cinta... pertama!

Kalau baca tajuk, pasti ada macam-macam emosi yang turut menyusul. Gembira, sedih dan nak tergelak pun ada. Yalah, surat-menyurat ini dah kira ketinggalan zaman. Maklumlah, dunia sekarang semakin canggih. Apa guna surat? Apa kelasnya guna setem, beli sampul surat. Tunggu jawapan pula, berbulan-bulan. Ah, menyusahkan. Lebih relevan pakai SMS, Twitter, Facebook dan macam-macam lagilah ruang laman sosial.

Apakah isi dalamnya?
Namun, ada sesuatu yang sangat indah terukir di halaman kertas kosong. Di situlah terletaknya usaha dan kesungguhan orang yang menulis. Lebih istimewa atau nilai yang tiada tandingannya berbanding Twitter, Facebook atau segala mak datuk laman sosial tadi, ianya tak dapat dibelek, dipeluk cium, diletak atau lekapkan terus atas muka dan singgah di dada!

Gila!!!
Siapa buat benda macam tu? 

Eleh, jangan nak membongak! Kalau tak nak mengaku sudah. Tapi, aku dengan jujurnya mengaku pernah buat benda-benda gila tadi! Surat pertama aku terima dari peminat misteri, sewaktu di sekolah rendah. Lebih tepat lagi, darjah 4 (SK Bandar Baru Selayang ; tahun 1994). Hahaha. Lucu, kan? Tapi waktu ini, aku tak buat perangai gila nak cium atau peluk surat yang ditulis atas halaman buku latihan. Lagipun, bukanlah aku jenis yang suka sangat dapat surat-menyurat semacam itu tapi, terkejut juga. Maklumlah, di sekolah rendah dulu aku memang ganas. Siapa tak kenal, tomboi BBS; orang selalu panggil aku Shafiq sebab serupa dengan watak Shafiq dalam Cili Padi. Ingat lagi tak? Tak ingatlah tu!

Hahaha... ada tak macam muka aku?
Dusta dusta dusta

Saat bertemu dengan surat itu, bermulalah misi aku mencari empunya tulisan tanpa diketahui oleh kawan-kawan yang lain. Nak jadi Sherlock Homes persendirian. Agak lama juga aku mencari siapakah orangnya. Hampir seminggu atau lebih. Sampailah aku didatangi sendiri oleh orangnya. Mak aih, orang yang selalu bergaduh dengan aku. Atau lebih tepat lagi, orang yang selalu aku tulis namanya dalam buku peraturan sebab selalu buat pasal dalam kelas. Oh ya, ketika itu aku bertugas sebagai penolong ketua kelas kepada Mateen Zayani. Agak-agak, Mateen ingat lagi tak kepada pembantunya ini?

Hmm, kalau nak diikutkan isi kandungan surat itu agak lucu. Tapi, biarlah aku seorang sahaja yang tahu apa yang diluahkan dan siapa pula orang yang meluahkannya. Si penulis surat itu tak lagi aku jumpa setelah beranjak ke sekolah menengah. Maaflah, memang aku tak suka dia sebab... NAKAL TAHAP GABAN! Menyakitkan hati. Hmm. 

Selepas surat dari dia, banyak lagi surat yang aku dapat. Tapi, kedatangan surat-surat seterusnya lebih kepada persahabatan. Terharu. Tak sangka ramai yang mahu aku jadi kawan mereka tapi tak tahu bagaimana nak mula. Hal yang satu ini, bukan setakat berlaku di zaman sekolah rendah tapi berlarutan sehingga aku belajar di akademi dahulu. 

Bagi pengetahuan kalian, bukan susah untuk mendekati aku. Cuma, ada ketikanya perwatakan luaran membuatkan orang terus mengandaikan aku ini... sombong. Satu sahaja yang aku boleh katakan, "tak kenal maka tak cinta!" Lalalala...

Itu semua tentang surat orang lain untuk aku. Bagaimana pula surat dari aku sendiri? Maksud aku, warkah cinta pertama dari aku buat seseorang. Ditulis kira-kira 15 tahun dahulu. Ya, masih tersimpan rapi tetapi telah aku buang baru-baru ini. Baru sahaja aku ketemu, tahun lepas (2012). Lucu apabila membaca isinya, tapi sedih jika dikenangkan memori di sebaliknya. 

Benarkah begitu? Hmm.
Surat itu aku buang kerana ia sudah tidak bererti dan ingin menjaga hati orang yang hadir kemudiannya.

Antara warkah dan mesej pendek di twitter, FB atau sebagainya, aku lebih memilih tulisan tangan yang lahir ikhlas terus dari hati dan perasaan yang putih. 

Kepada yang bertanya, kenapa aku tiba-tiba bercerita tentang warkah cinta pertama; salahkan lagu ini kerana aku mendengarnya tadi. Hahaha. 

 

* Kalaulah aku miliki seekor burung merpati putih, pasti surat ini sudah lama sampai kepada si dia! Tak begitu? Ya, memang betul Twitter pun guna burung biru, tapi tak sama nilai sentimentalnya sayang! Hahaha. 

Kabootar ja ja ja!

Monday, January 7, 2013

Disergah Izrail?

Cerita bersesuaian dengan gambar, di akhir entri ya! Hehehe. (Gambar Malaysia Terkini)
Dua hari tak menyibuk di ruangan ini. Rasa rindu pula. Biasalah, berhujung minggu di rumah. Lebih gemar mengemas. Eh, mengemas? Hahaha. Entah. Hobi baru agaknya. Habis setiap sudut di rumah, khususnya dapur dan bilik tidur aku kemas rapi. Buat masa sekarang, tiada tempat paling indah dan tenang melainkan bilik tidurku. Ruang imaginasi dan fantasi bergabung jadi satu lalu membentuk duniaku sendiri tanpa sebarang batasan. 

Oh, ya. Semalam, pastinya separuh rakyat Malaysia menghambakan diri depan kaca tv. Tidak mahu diri ketinggalan acara terbesar. Apa lagi kalau bukan; Juara Lagu. Berbeza dengan aku yang awalnya ingin turut serta tetapi melupakan niat itu kerana... Tidur lebih INDAH! Hahaha. Mungkin, seharian sibuk mengemas. Kuak lentang atas katil dari 9 malam hinggalah 4 pagi! Nasib baik tak hidupkan Romi Jr. Kalau tak, berjalanlah bil elektrik bulan ini. Sia-sia membayar, tapi tak digunakan.

27 tahun? Hmm
Sepertimana yang aku jangkakan, tahun ini menjadi milik Yuna menerusi lagu Terukir Di Bintang. Mungkin, kalau arwah Tn Haji Zubir masih ada, dia juga setuju. Kenapa? Aku rasa kekuatan pada liriknya yang sebati dengan iramanya. Mungkin. Aku cuma memberi pendapat dan berkongsi. Tak setuju, tak apa! Lagu tulisan Malique juga punya kekuatan pada lirik. 

Sebenarnya, ada kisah lain yang berlaku pagi tadi. Dalam perjalanan aku ke tempat kerja. Keluar dari rumah, pukul 7 pagi. Memandangkan hari ini adalah Isnin pertama dalam tahun 2013, maka banyaklah kenderaan dan membuatkan jalan sesak. Sangat sesak! Aku masuk ke lebuhraya pun sudah pukul 8:10 pagi. Sah-sah, lambat masuk pejabat. Tapi, tak mengapa. Kalau lewat, aku perlu bayar balik. Lewat masuk 15 minit, balik lewat 15 minit. 

Entah ke mana fikiran melayang, tatkala sedang memecut Lolly pada 120km/j (dah insaf, tak mahu pecut sangat!) kelihatan sebuah Preve merah di belakang. Dia tak menaikkan lampu, tetapi aku cukup faham tindakan pemandu yang dah mula cucuk-cucuk angin, ketika itu benar-benar di selekoh sebelum masuk simpang Hospital Sg Buloh, aku beri isyarat untuk masuk dan menggunakan laluan kedua. Kebetulan, ada seorang penunggang motosikal, tak mahu mengalah. Aku masuk perlahan-lahan cuba tidak melanggar penunggang dan beri laluan kepada Preve. Sedang aku menjaga jarak di antara keduanya (terima kasih Preve yang tak sabar-sabar terus ambil alih laluan aku di laluan pertama) sebelum sempat aku masuk sepenuhnya ke laluan kedua, BMW yang mengekori rapat 'punggung' Preve hampir melanggar badan Lolly!

Preve merah, lebih kurang begini!
Aku mengaku. Jika perlanggaran itu benar-benar berlaku, kesalahan perlu diletakkan seratus peratus di pundakku! Aku kerling cermin sisi, mata BMW mengganas ingin merempuh badan Lolly. Di mana, di situlah kedudukan aku. Waktu itu, aku seakan dibutakan sekejap; mata dan minda. Di telinga, hanya kedengaran kalimah syahadah yang terlafas secara spontan di bibir. Sesaat itu, aku dapat lihat jelas tanah kubur, aku seakan merelakan Izrail menjemput. Entah bagaimana, minda terdorong, mata memerhati penunggang motosikal; agar tidak tercuit, muncung Lolly tidak mencium 'punggung' Preve dan badannya pula tidak dijamah BMW!

Iya, inilah BMW yang ganas itu
Allahu Akbar, Allah Maha Besar. Tangan dan kaki ini tidak dikawal minda tetapi ada satu kekuatan yang memandu untuk berpindah ke laluan ketiga tanpa mengorbankan Lolly, Preve, BMW dan penunggang motosikal tadi. Alhamdulillah., aku selamat ke susur masuk Hospital Sungai Buloh tanpa sebarang kecederaan. 

Allah mahu menduga aku. Dia tidak mahu aku mati sia-sia dan terlalu mudah. Masih ada banyak dugaan yang telah disediakan untuk aku hadapi. Sepertimana yang abah pernah bilang, Allah akan terus menduga hamba-Nya agar mereka tidak pernah lupa. Ya, aku tidak pernah lupa. Cuma sesekali terleka.

Selepas lega terlepas dari jemputan Izrail, sekali lagi Lolly nyaris dihentam. Bayangkan situasi aku ketika itu? Tangan dan kaki menggigil, tapi tetap ada kekuatan memandu Lolly ke tepi. Syukur, Alhamdulillah. Lolly jadi perisai kepada tubuh dan mindaku yang sudah melembik. Jalan sesak. Lebih sesak berbanding hari-hari sebelumnya. Bila aku toleh ke jalan berlawanan, ada kemalangan berlaku. Hmm. Tidak cakap banyak sambil dalam hati tak putus mengucapkan syukur. Kalau lewat sesaat, pasti aku juga menghadapi masalah serupa. Mungkin, lebih teruk lagi keadaannya dan bisa mengisi ruang depan surat khabar arus perdana di keesokan hari?

* pengalaman disergah Izrail, tiada siapa yang hadir menerpa dalam ingatan melainkan Allah. Mungkinkah, aku sudah bersedia?

Friday, January 4, 2013

Di Bayang Awan & Most Wanted Track

Aku pelik, kenapa orang suka mencemuh apa yang kita suka? Padahal, apa yang disukai kita tak pernah pun mengganggu kehidupan mereka! Betul tak? Jadi, kenapa perlu nak menyibuk? Hahahaha. Ok, aku dah mula melalut. Mereng sekejap.

teringin sangat nak jerit!!!
Sebenarnya, hari ini minda tak tenang. Sakit tak tentu pasal. Nyut nyut. Jadi, melayanlah Youtube sebentar. Kebetulan semalam, terserempak dengan konsert Awie dan Ella di Istana Budaya. Tayangan Astro Best. Mencarilah aku hari ini untuk mendengar sepuas-puasnya. 

Wah, ramai yang komen macam-macam tentang Awie. Suara tak baguslah, dah pancitlah. Hmm, suara dia yang pecah, kau susah... kenapa? Tak cukup dengan itu, banyaklah pula komen tentang hal yang tak sangkut menyangkut. Aku tahu semua itu, tapi ia tak penting. Jujurnya, aku suka pada bakat yang dia ada. Tambah pula, lagu-lagu nyanyian Awie sangat senang didengar. Boleh layan. 

Kalau nak diikutkan, apa juga yang aku suka tak pernah tenang untuk diterima orang. Hah? Kebetulan. Aku juga minat Salman Khan. Lagi teruk komen orang tentang Salman. Senang cerita, aku rumuskan dalam bahasa yang mudah. Salman Khan versi Awie India. Awie pula versi Salman Khan Malaysia. Lantaklah apa yang orang nak cakap. Yang penting, aku tak kacau orang. 

Macam Awie, Salman pun pandai menyanyi. Bak kata Wajid, suara Salman ada irama! Wah wah wah... okeylah. Aku nak melayan dua lagu ini; Di Bayang Awan dan Most Wanted Track. Masing-masing dengan kekuatan suara yang tersendiri. Lagunya pun membawa lirik yang bermakna. Aku saja yang faham.


Bait lirik yang paling aku suka dalam lagu ni...

Aku... rela...
Diri dibasahi
Andainya warnamu suci
Aku... gentar...
Diri disumpahi
Dari bebanan kesilapan


Lagu ini pula, aku suka bahagian ini...

Main terikay senay se ..
Ek hoo si udti udti hai
Jis baat ka darr tha
Jis baat ka darr tha
Wohi baat ..
Teri yaadein teri yaadein
Teri yaadein teri yaadein
Teri yaad satati hai
O teri yaad satati hai
(tak faham? BAGUS!)

Macam mana pun orang benci Awie dan Salman,dua-duanya aku minat! Awie sebab suaranya. Salman Khan? Hehehe, aku saja yang tahu. Lalalala.. 

* maaflah kalau terkasar bahasa. OTAK TAK CENTER!

Thursday, January 3, 2013

Barah Otak : Satu Perkongsian

Cik Medula sering mengadu sakit-sakit. Aku pun hairan juga. Mungkin cik Medula banyak sangat berfikir. Tambah pula, tugasan yang memerlukan khidmat cik Medula untuk bekerja keras. Kalau tidak, mutu kerja tergugat. Maklumlah, majalah tempat cik Medula bertugas sekarang sedang menjadi pesaing hebat kepada majalah-majalah sedia ada dan juga menerima persaingan dari yang baru nak menjengah pasaran. Kerja keras dan tumpuan seratus-peratus dari cik Medula amat penting. 

Ini otak manusia dan juga otak cik Medula!
Selain di pejabat, keringat cik Medula diperah sehabis-habisnya di rumah dalam melaksanakan hobinya pula. Apa lagi kalau bukan, lambakan manuskrip. Buat masa ini, semuanya sedang tergendala. Cik Medula beri ruang untuk dirinya bernafas dengan selesa. Alhamdulillah, agak berkesan. 

Namun, cik Medula bukanlah muda usianya. Kebelakangan ini, kesihatan cik Medula kembali tidak memuaskan. Ada masanya pertuturannya terganggu, pandangan kabur-kabur dan juga meloya nak muntah. Pelik, bukan? Kalau dah berkahwin, itu antara simptom-simptom ibu mengandung. Alahai, mestilah aku tahu. Dalam drama selalu tunjuk, bukan? Mustahil cik Medula mengandung sebab dia masih bujang!

Dek kerana aku sangat sayangkan cik Medula, carian di google tentang simptom-simptom tadi terus dibuat. Oh ya, maksud aku, bukanlah tak ada orang sayang cik Medula, cuma sayang aku pada dia melebihi sayang orang lain! Hahahaha. Lucu? Tak. Itulah hakikat. Buat apa aku nak tipu? Tak dapat apa-apa faedah pun.

Aku terbaca beberapa artikel; simptom-simptom barah otak/ ketumbuhan otak/kanser otak. Secara ringkasnya, aku senaraikan seperti yang berikut (ramai malas nak baca padahal, menerusi pembacaan ilmu dan pengetahuan dapat diperolehi!

  • Sakit kepala yang teruk terutama di sebelah pagi berbanding tengah hari.
  • Sakit kepala berterusan diikuti loya dan muntah
  • Pandangan kabur
  • Sering lupa
  • Epilepsi (sawan, kekejangan otot dan tidak sedarkan diri)
  • Gangguan percakapan
  • Kesukaran menggerakkan kaki dan tangan
  • Gangguan ingatan atau perubahan personaliti
  • Kerap diserang sakit kepala

  • Bacaan lanjut, tekan di sini. (Kalau nak tahu, jangan MALAS!)

    Menerusi pembacaan sesingkat ini, aku tak rasa cik Medula berkemungkinan ada masalah barah, ketumbuhan atau kanser! Mungkin, kebetulan. Betul tak? Atau pun, disebabkan banyak sangat keringat cik Medula diperah. Maaf cik Medula, tapi cubalah berehat sementara waktu. Lama lagi aku nak pakai kau! Hahaha.
    DIbedah, dilapah dan inilah dinamakan... pembedahan!
    * Ini sekadar perkongsian maklumat. Bak kata doktor aku, jangan terus percaya maklumat di internet. Anggap maklumat internet ini sebagai pemberitahuan dan peringatan. Sekiranya ada simptom-simptom di atas, sebaiknya buat rawatan dengan doktor. Jangan pandai-pandai jadi doktor sendiri. Hahahaha. Doktor, anda sangat EPIK!

    Wednesday, January 2, 2013

    Diari Hati...

    Diari baru aku!
    Agak lama aku tak menulis diari. Teringin memiliki semula, sebuah diari seperti waktu dulu, jadi diari di atas ini aku beli seminggu sebelum tahun 2012 menghabiskan bakinya. 

    Aku memang suka menulis diari. Diari pertama aku miliki adalah sewaktu berusia 13 mahu beranjak ke 14 tahun. Itupun, hadiah pemberian Angah. Ketika itu, aku baru mengenal pelbagai rasa dan mengetahui ertinya juga; sayang, cinta, benci, kecewa, sedih, marah dan lain-lain lagi. Diari pertama, masih ada di rumah. Tersimpan di satu sudut yang mudah untuk ditemui tetapi tidak pernah diambil peduli.

    Kalau tak silap, kali terakhir aku mempunyai sebuah diari; tahun 2007. Baru terbaca isinya semalam. Hahaha, ada coretan pelbagai emosi. 2007, ketika itu aku masih di ASK. Kebanyakannya, halaman kosong. Hanya beberapa helaian yang berkisah. Biarpun tanpa diari, kenangan dan memori di ASK tersemat rapi dalam ingatan. 

    Bila aku selak-selak kembali, coretan yang ada pada setiap diari mampu buat aku senyum, ketawa dan adakalanya, menangis seorang diri. Kenapa diari? Aku lebih percayakan diari. Bukan disebabkan aku terpengaruh filem 'Bodyguard' atau yang sewaktu dengannya. Tapi, diari tidak akan mengkhianati kepercayaan aku (selagi aku pandai menjaganya dan tidak jatuh ke tangan orang lain!)

    Aku tak bisa mempercayai manusia. Tak ada jaminan mereka menyimpan segala rasa yang ada pada diri. Mungkin, setahun dua, ia boleh disimpan. Namun, siapa boleh beri jaminan, rasa itu tersimpan untuk selamanya? Sebab itulah, aku sukar membuka atau meluahkan rasa hati pada orang sebarangan. Ada cerita yang tidak pernah aku luahkan pada sesiapa, tapi diari aku tahu segalanya. Sepertimana aku berkisah kepada Allah, seperti itu jugalah aku catatkan pada helaian diariku. Bezanya, perlukan dakwat untuk menulis, tetapi dengan Allah, tiada sempadan meluah rasa. Setiap detik, setiap ketika. Selagi aku bersama-Nya, dia sentiasa mendengar resahku. 

    Tahun ini, Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan baik sekali. Harap berkekalan isi yang tercoret di atas helaiannya. Biarpun dakwatnya biru atau hitam, aku tidak mahu isinya merah!

    * Isi hati aku ada dalam diari. Nak tahu apa yang diisi? Tunggulah hingga aku mati! Hihihi...

    Tuesday, January 1, 2013

    2013 ... Tolong Berhenti Buat Lawak!

    Setahun tua...

    Satu soalan yang mahu aku tanya, perlukah mengucapkan "Selamat Tahun Baru"?

    Maaflah, kalau ada ego yang terluka tetapi aku rasa ianya perbuatan yang membazir kredit dan buang masa. Bagi aku, kedatangan tahun baru, sama sahaja seperti perubahan hari-hari biasa. Jadi, kenapa perlu diheboh-hebohkan?

    Benar, kalau disemak semula entri yang pernah aku tulis pada tahun-tahun yang lepas, aku juga seperti kalian, tidak ketinggalan mengucapkan selamat tahun baru. Namun, seperti yang kita biasa dengar. Manusia tumbuh bersama usia untuk menjadi matang. Bukan menganjak untuk menghakis ketajaman akal. Betul tak?

    Tak salah juga, kalau ada yang mengucapkan Selamat Tahun Baru. Aku terima sahaja tetapi malas nak membalas kembali kerana aku tak rasa ia penting. Maaf kerana kejujuran yang satu ini. Cuma, aku juga sudah belajar dengan kehidupan. Berterus terang adalah lebih baik. Biarlah menyakitkan orang, yang penting tidak mencederakan diri sendiri lagi!

    Kepada sesiapa yang sudah memberikan SMS, terima kasih diucapkan. Kepada yang mengutuk, kenapa aku tak balas balik, tolonglah faham. Jangan nak buat lawak kurang cerdik dengan aku!

    * orang bertanya, apa azam tahun baru. Aku jawab; jaga urusan diri sendiri. Agak-agak, faham tak apa maksud disebaliknya? Hahaha. Jangan marah! Gurau!