Saturday, November 24, 2012

28 Oktober Tetap Indah; Angry Bird & Barbeku

Hampir sebulan berlalu, akhirnya aku relakan entri ini menetap di ruang Fantasi Itu Duniaku.

Alhamdulillah, selagi kita berjalan di atas paksinya, segala ketentuan Allah bisa diterima. Diasuh sejak kecil oleh umi dan abah, aku kekal bertahan. Biar dunia kucar-kacir, tetapi jangan sesekali dalam hati, Allah  tercicir! Tarikh 28 Oktober lalu, sepatutnya membawa transformasi dalam kehidupan aku. Namun, seperti yang kita sedia maklum. Perancangan itu di tangan manusia, penentuan muktamad di tangan Allah subhana wa ta'ala!

Tema ANGRY BIRD
Dunia aku tidak berhenti kerana hal itu. Sedikitpun tidak mengganggu objektif diri, kerana hati telah terasuh untuk tidak runtuh. Cukuplah sekali, aku pernah memberi ruang dalam hati kepada seseorang yang belum pasti aku miliki. Sedekad menanti, akhirnya dia pergi tanpa peduli hati ini yang dilukai. Parutnya, masih mekar di sini. 

Ayam... yum yum yum
Sejak hari itu, aku mengajar diri untuk tidak mengasihi. TIDAK AKAN SESEKALI selagi akad tidak termateri. Ya, itulah yang sering aku pesan pada diri. Alhamdulillah, hati dan diri ini sentiasa mengerti. Sesiapa sahaja yang menghampiri, hanya hadir pada mata. Tidak pernah aku izinkan sesiapa menceroboh atau menembusi terus ke dalam hati. Bukan mudah untuk aku mengucap SAYANG, CINTA atau KASIH tetapi tidak susah untuk aku lafaz kalimah, "BENCI!"

Disebabkan kehadirannya seketika (umpama kilat di malam hari), pemergian dia tidak dirasai. Sekali lagi, terima kasih kepada hati. Pengalaman mengajar diri untuk tidak terlanjur mengasihi seseorang tanpa ada sebarang ikatan yang hakiki. Tidak pula aku nafi, pemergiannya layak ditangisi. Apa-apapun, ia takdir dari Illahi. Allah lebih menyayangi. Pemergian diiringi sedekah dan semoga diampunkan segala dosanya. Segala-gala janji pasti dihisab dan akan dimakbulkan Allah di sana nanti. Insya-allah.

Allah menyayangi aku, kerana itu ujian sebesar ini diberi. Allahu Akbar. Alhamdulillah, kerana Allah sentiasa ingat padaku.

Sebagaimana yang aku katakan di awal tadi, tiada perkara yang bisa menghentikan perjalanan dunia dan waktu dalam hidupku melainkan satu perkara; keluargaku. Kehadiran mereka di sisi membuatkan aku lupa tentang isi alam yang lainnya. 

Kebetulan pada tarikh yang sama, ada majlis sambutan hari lahir kedua-dua anak buah kesayanganku yang aku gelar; nyawa dan duniaku Miqhail (4 tahun 26 Okt) dan Mierza (2 tahun 24 Okt). Lebih meriah lagi apabila abah dan Firdaus (adik iparku) buat barbeku. Zahirnya, aku tidak diberi masa untuk meratapi kerana aku sendiri tidak mengizinkan ia terjadi. Bukankah meratap itu adalah HARAM dan perbuatan yang berdosa?

Jadi, di ruangan ini, aku mahu kongsikan antara hari-hari paling gembira dalam hidupku.
 
Sedap... rugi tak dapat rasa!

Wah wah wah, tengoklah senyuman abahku!
Wanita-wanita paling anggun
Aku pun turut membantu! Pakai baju kurung merah lagi tu!
Pose dalam tak sedar! Hahaha
Kek Angry Bird... semuanya Burung Kemarahan!
Birthday BOY; Miqhail-Mierza
Miqhail, the angry bird
Mierza... the hungry bird? Hahaha
Don't play with your food Miqhail!
Dia memang suka makan...
Famili bahagia
Ramai betul lelaki dalam keluarga ni, kan? Hehehe
Alahai mak buyong sorang ni!
Ganas tak? Huahahahaa...
Along, dah tak sabar nak makanlah tu. Umi, senyum yang bermakna!
Apalah yang abah fikirkan tu?
Udang, kegemaranku selalu...
Aku paling suka daging! Daging lembu!!!
Antara hasilnya. Sekejap ada, sekejap lagi... dah takda! Hahaha
Hidangan sampingan, hasil tangan Ayuz!
Ambik kau! Sedap wooo!!!
* aku insan tabah dan kuat kerana selagi berpegang teguh pada iman, ujian sebesar manapun bisa ditempuhi dengan senyuman. Sesungguhnya, senyuman sewaktu dugaan akan diberi ganjaran paling manis. Dan ingatlah, setiap kesusahan yang diberikan Allah, akan dihadiahkan dua kesenangan. Insya-allah. Kepada mereka yang bersimpati pula, terima kasih tapi aku tak selemah yang kalian sangkakan.

Friday, November 23, 2012

Al-Kahfi dan Kisah Seorang Wali

Cukup, cukup sudah, 
cukuplah dua entri saja...hahaha.

Mohon jangan terasa. Ayat di atas ditujukan untuk diri sendiri. Cukuplah dua entri berturut-turut, aku melalut dan menyembang tentang filem. Sekarang tiba waktunya untuk berkongsi hal yang lebih serius dan bermakna. Tambahan pula, di hari Jumaat ini, penghulu segala hari. Perlu diingatkan ya wahai teman sekalian, jangan terlalu mengikutkan perkara yang lara! Binasa jawabnya.

Mari kita bermula semula...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Bukankah cantik maksud ucapan tersebut? Salam sejahtera ke atas kamu! Ia bukan sekadar ucapan malah doa kesejahteraan sesama hamba Allah. Lebih afdal kalau diucapkan penuh dan selengkapnya, bukan? Tapi, kalau nak jimatkan penggunaan huruf khususnya di twitter, As salam pun sudah memadai. Cuma mahu diingatkan, tolonglah elak menggunakan singkatan A' kum, Sekom, Salamz... Ini bukan nampak moden, tapi serabut dan langsung tak beri sebarang makna. Aih!

Salam Jumaat!
Sebenarnya, pagi-pagi lagi aku baca beberapa artikel tentang perkara sunat dilakukan pada hari Jumaat. Perkara yang remeh, (sebab Jumaat sentiasa hadir dalam seminggu) ia seharusnya dilaksanakan saban minggu. Cuma, adakalanya sifat manusia yang telah dijadikan sejak azali, pelupa atau lebih jujur lagi, MALAS! 

Terus teranglah, berapa ramai antara kita baca surah Al-Kahfi setiap Jumaat? Tak perlu jawab. Renung-renungkan sendiri. Kalau ada yang terasa, mohon maaf tapi pertanyaan itu bukan sekadar untuk kalian, sebaliknya kepada diri aku juga. Justeru, aku terpanggil untuk berkongsi sedikit tentang kelebihan membaca surah Al-Kahfi dengan memetik beberapa blog yang boleh dipercayai kandungannya; UAI Ustaz Azhar Idrus dan ILoveIslam.

Terdapat beberapa kelebihan khusus disebut Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi. Antaranya 
1) pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat 
2) dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.

Selain itu, terdapat beberapa hadis tentang kelebihan dan kebaikan membaca surah Al-Kahfi;

Abu Sa`id Al-Khudri radhiallahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam bersabda:

“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat,
maka ALLAH terangi ia dengan cahaya diantara dua Jumaat.”  
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)

Ali meriwayatkan daripada Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat,
nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari,
daripada segala fitnah yang melanda, dan jika 
keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara 
daripadanya” 
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

Daripada Abu al-Darda’ bahawa Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi,
pasti terlindung daripada dajjal” 
(HR Muslim 809)

Imam Ahmad berkata daripada Abi Darda', Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam, baginda telah bersabda:

"Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan
surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal."
 [Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah]

Imam Ahmad berkata daripada Abi Darda', Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam, baginda telah bersabda:

"Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,
maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal."
 [Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i]

Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam bersabda: 

"Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
 [Hadis Riwayat Ahmad]

Daripada Umar berkata, Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam bersabda: 

"Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, 
maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. 
Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Kalau sesiapa nak baca surah Al-Kahfi, boleh klik di sini. Ada terjemahan sekali. Lebih afdal baca dan faham ertinya, betul tak?

Bercakap tentang surah Al-Kahfi ini, mengingatkan aku kepada sebuah kisah yang pernah diperdengarkan oleh seseorang dahulu. Ya. Aku lupa siapa orangnya atau di mana aku dengar tapi yang penting, aku masih ingat isi kandungan cerita. Kisah tentang seorang wali yang menjadi mangsa umpatan dan juga fitnah (erti dalam bahasa Melayu - tuduhan). Kenapa pula aku mahu berkongsikan cerita ini? Apa kaitan dengan surah Al-Kahfi? Aik, tunggulah dulu. Baca dan fahami, kemudian cuba kaitkan.

Kisah seorang wali yang menjadi mangsa umpatan kepada seorang hamba Allah. Nak dijadikan cerita, hamba Allah ini menyedari kesalahannya dan memohon maaf kepada wali tadi. Wali Allah sedia memaafkan tetapi dengan syarat; sediakan sebiji bantal yang dipadatkan dengan bulu burung. Hamba Allah tadi, menurut dan menyediakan sarung bantal mengikut syarat yang telah ditetapkan. Setelah itu, si wali meminta agar hamba Allah tadi mengoyakkan sarung bantal itu, lalu berterbanganlah bulu-bulu burung tadi ke udara. Kemudian, si wali meminta hamba allah itu untuk mengutip kesemua bulu-bulu burang yang berterbangan agar dimasukkan semula ke dalam sarung bantal. 

Bulu burung umpama umpatan...
Mustahil bukan? Ya. Itulah yang terjadi. Hamba Allah itu tidak dapat memenuhi permintaan si wali tadi

Maka berkatalah si wali (bukan ayat yang sebenar tapi lebih kurang inlah isinya, sebab aku antara ingat dan tidak. Maaf ya!) 

Begitulah umpamanya perbuatan mengumpat. Dosa mengumpat telah diampunkan. Tetapi, bayangkan bulu-bulu burung yang berterbangan tadi seumpama umpatan yang telah didengari oleh orang-orang lain. Adakah umpatan itu hanya berakhir di situ atau ia terus tersebar meluas. Sesungguhnya, adalah mustahil untuk dikutip dan dikumpulkan semula. 

Agak-agak, kalian faham tak apa yang ingin disampaikan wali tadi? Bagi pemahaman aku, setiap pembohongan dan umpatan yang kita lakukan, selagi ada yang mempercayainya, selagi itulah dosa tidak akan dapat dimaafkan. Mungkin orang yang kita umpat sudah memaafkan, tetapi bagaimana pula caranya untuk kita memaklumkan kisah itu adalah bohong kepada orang yang sudah mendengar dan mempercayainya. Selagi orang-orang yang mendengar umpatan (pembohongan) itu percaya, selagi itulah dosa kita tidak dapat termaafkan. 

Nasihat aku kepada semua dan diri sendiri, berhati-hatilah dalam perbualan sehari-hari. Jangan sesedap mulut bercerita selagi kita tidak tahu asal-usulnya. Kalau kisah yang kita dengar itu satu pembohongan dan fitnah semata-mata, maka kita meluaskan lagi sebaran fitnah itu, maka tergolonglah kita dalam orang yang melakukan... fitnah. Jadi, elakkan diri dari bercakap dan bercerita perkara yang sia-sia.

Apa kaitannya dengan surah Al-Kahfi? Memang tiada kaitan tapi, ia sekadar perkongsian. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang melakukan kerosakan di muka bumi dan mengaibkan hamba Allah yang lain.

* baru aku teringat dari mana aku dengar kisah wali ni, radio IKIM.FM. Mulai hari ini dan hari-hari seterusnya, cuba kawal diri yang teman sekalian. Kalau tak dapat elak diri dari mendengar, pandai-pandailah buat tak dengar. Kalau terdengar, jangan gatal-gatal sampaikan pada orang lain pula. Tak baik, dosa tu. Ehem ehem... wartawan, agak-agaknya kerja macam ni ke? Dengar khabar angin? Opppsss... aman, jangan perang!

Thursday, November 22, 2012

Dabangg 2 Reloaded : A Gift To The Fearless Man!

I would love to do this entry in Malay but thought its unfair because most of Salmania understand only one language = Dabanggiri! Kya bhola? Hahaha.

Do you guys remember the date, 10th September 2010? It was on Eid. A celebration of victory. Yes, it was the day that witnessed Chulbul Pandey a.k.a Bad Ass Robin Hood Pandey born into the world. Kamaal karte Pandey Ji, sare record tod diya apne! Yes, the Dabangg's team smashing old records and creating the 100crores club. Fact ; the fastest movie to cross 100 crores back then, within 2 weeks!

Bad Ass Robin Hood Pandey

"When you lose the fear of death. Life begins" - John Roy Hill

Everybody can't get enough from this one Chulbul Pandey. The dare-devil stunt, forever unique and rare signature tucking Ray-Ban glasses behind his collar, wittiest one-liner and the weird but cute way of showing his romantic side to his chulbuli lady love. There's no doubt, Chulbul Pandey is such a phenomenon in Hindi Cinema history!
I never like man with moustache! But, Chulbul ji look extremely good! Auww
Because of Chulbul Robin Hood Pandey, every film in Hindi Cinema make a drastic u-turn and instantly create a new genre altogether! To name a few; Singham (even it was a Tamil remake but the Hindi version was a larger than life in every aspects especially the action sequence), Rowdy Rathore and very much awaiting Aamir Khan-Kareena Kapoor Khan-Rani Mukherjee movie - Talaash! Every filmmaker wants a piece or glimpse of Chulbul Pandey in their movies. Whether his mannerism or his unique moustache (thanks Sonakshi Sinha!)

Few brands benefited with the massive success of Dabangg even unofficially associated; Ray-Ban and  Zandu Balm. Thanks to Munni! Hahaha. Munni se yaad aaya, the music of Dabangg became a huge craze. Indian flavor but well received among the music lovers. The best part is that, Chulbul proved that you don't have to be perfect dancer to enjoy the music! Just dance with your heart.

Munni and Zandu Balm?
Kamaal karte hai pandeyji! Apka Ray-Ban kidaar hai?
Ab, do saal ki baad, Chulbul Pandey wapas aa rahi hai! This time around, Chulbul definitely going to destroy every records and will add another All Time Block Buster for Salman Khan, making him the only Hindi actor with maximum ATBB.

The first trailer of Dabangg 2 Reloaded is out with most prominence tagline 'Fate Loves The Fearless' and instantly grabbing movie lovers attention especially Salmania. Undoubtedly one of the most excellent trailer this year. Short while after the trailer, Dabangg2 team isn't wasting much time and releasing the OST of the movie. The music is absolutely amazing, done by Sajid-Wajid and keeping everybody whistling to Pandeyji Seeti!



 

The song video promo of Pandeyji Seeti is a clear winner; great choreograph by Mudassar Khan (Humka Peeni - Dabangg) and Salman at his best moves ever! Apart from Pandeyji Seeti, of course the most awaited item song, Fevicol Se featuring Kareena Kapoor Khan (can't hardly wait for Bodyguard couple shaking their legs together!Hahaha) is on my list. But not to forget, the Udd Udd Dabangg in reloaded version. Can't help but keep nodding my head to the beat. Cautious, do not listen and drive because it's very dangerous unless you are DABANGG enough to speed over 140km/h like I did. So, please stay safe! Lol. 

Chipkaale Saiyaan Fevicol Se
Dabangg 2 is a complete album; a blend of fun, energetic and romantic songs. Dagabaaz Re and Saanson Ne are the most melodious number in Dabangg2. Honestly, for me Dagabaaz Re is a redefined version of Tere Mast Mast Do Nain from Dabangg. Another tremendous performance by Rahat Fateh Ali Khan and Shreya Ghoshal (Tere Mast Mast Do Nain & Teri Meri-Bodyguard). But my most favorite is Saanson Ne because after ages Sonu Nigaam back as Salman's playback singer. His voice perfectly suit Salman. Furthermore, Saanson Ne was directed by hit duo Vinay Sapru -Radhika Rao (Chori Kiya Re Jiya- Dabangg & Lucky-No Times For Love) that too, in Dubai!Wah wah wah, kya baat hai Mr & Mrs Pandey Ji! Itna shararat mat karo!

Mr & Mrs Pandey! Swagat karo apka!


Another 30 days for Dabangg 2 Reloaded, making its way to create another 'holocaust' and all records are in great danger. Kya danger hai boss? The ultimate record is from Salman himself for Ek Tha Tiger! Dabangg 2 : Reloaded is targeting 3 Idiots record as the biggest Indian film at the moment. Chulbul has done his duty, now its Salmania turn to make it bigger than ever!


Releasing worldwide this 21st December, Salmania is ready to create history once again and its a very special gift for the fearless undisputed King of Heart; Salman Khan; whose celebrating his birthday on 27th December!
Uff, kya style hai!
Maa Ki 'jhooti' kasam nahi khaate. 'Jhootiya' saala!
* Congratulation to Arbaaz Khan as Dabangg 2 : Reloaded is his debut as director! Salmania, swagat karo hamara Chulbul Pandey ko! Udd udd dabangg dabangg dabangg!

Tuesday, November 20, 2012

Naan Ee & Howling

Agak lama juga aku nak kongsi cerita tentang beberapa filem yang aku tonton. Oh tidak, ini sekadar perkongsian. Bukan ulasan. Walaupun pernah mendalami ilmu mengulas filem, tapi aku tak rasa wajar untuk berbuat demikian sekarang. Sepertimana aku suka baca ulasan dari mereka yang 'bertauliah' dan berpengalaman, sudah tentu tidak ada orang mahu membaca ulasan sampah dari aku!(Sedar diri dan harap orang yang berkenaan juga sedar-sedarkan diri!)

Sijil, diploma atau ijazah, waima Master dan PHD sekalipun bukan menandakan seseorang memiliki lesen mengkritik, mengulas dan menilai sesebuah karya melainkan pengalaman. Betul tak? Jadi, adalah lebih 'afdal' serahkan pada yang pakar. Terkadang, kecut perut aku baca ulasan dari orang yang dianugerahkan PHD tetapi hasil tulisannya sangat berat sebelah tanpa disokong fakta dan ilmu. Hmm. Apa nak jadi gamaknya tu?

Tidak adil aku membuat ulasan secara terbuka. Namun tidak bermakna aku sudah melupakan segala ilmu yang penat-penat dituntut dahulu. Cuma, aku lebih suka simpan untuk diri sendiri.

Aku memang kurang berkesempatan menonton wayang di pawagam. Satu sebabnya, kerana tugas dan tanggungjawab. Kali terakhir aku menonton di pawagam, bulan Ogos lalu bersama sahabat karib, Fatimah Sri. Ya, tentu sekali filem Hindi; Ek Tha Tiger! Hahaha. Kenapa bukan filem Melayu? Hmm. Belum ada yang menyentuh kalbu membuat aku terpanggil untuk menonton. Kali terakhir filem Melayu yang aku tonton di pawagam, Bunohan. Selepas itu? Belum ada lagi.

Namun, aku tidak melepaskan peluang sekiranya ada tayangan filem-filem hebat di rangkaian kabel berbayar bulanan yang dilanggan. Maksud aku di sini, ASTRO. Lebih tepat lagi, Astro Tayangan Hebat. Aku dan keluarga, tak melayan sangat saluran dari Hollywood. Rosak mata dibuatnya. (Faham-fahamlah maksudnya ya!)

Baru-baru ini, aku menonton 2 filem yang cukup hebat. Hebat untuk aku, tidak semestinya bagus untuk orang lain. Betul tak?

Filem yang dimaksudkan, Naan Ee dan Howling. Satu naskah dari Tamil dan satu lagi dari Korea. Satu persamaan yang mencuit minat aku adalah, kedua-dua filem ini mengangkat haiwan sebagai protagonis. Naan Ee mengangkat lalat, manakala Howling pula mengenengahkan tentang anjing serigala.

Naan Ee
Howling
Naan Ee mempunyai tema yang sangat menarik. Reincarnation (kelahiran semula). Kalau filem-filem lain, tema ini menumpukan kepada kehidupan lampau sebagai manusia dan dihidupkan semula sebagai manusia (imej dan penampilan yang sama : Being Human, Dangerous Ishq, Om Shanti Om, Karan Arjun, Magadheera, Suryavanshi dan banyak lagi), lain pula kisahnya dengan filem tamil arahan S.S Rajamouli (pengarah yang sama mengarahkan filem Magadheera) yang mana protagonis dilahirkan semula sebagai lalat!

Kedengaran lucu bukan? Tetapi itulah filem, making the unbelievable, believable!

Apa yang lebih menarik dalam filem Naan Ee, apabila di permulaan filem, ia dimulakan dengan suara anak meminta ayah bercerita sebelum masuk tidur. Secara tidak langsung, penonton dibawa untuk mendengar cerita si ayah yang mahu menidurkan si anak. Jadi, apa juga yang diceritakan menerusi visual telah tertanam di minda (atau harus ditanam), ia hanyalah sebuah cerita yang tidak semestinya benar-benar berlaku.

Lalat; Fly, Ee, Eega, Makkhi!
Rasanya, tidak perlulah aku cerita panjang lebar tentang isi filem Naan Ee. Tetapi sekiranya berkesempatan dan berminat untuk mengetahui filem ini secara keseluruhan, tak salah kalau cuba menonton di youtube. Pandai-pandailah cari yang ada sarikata! Di sini, aku kongsikan trailer Naan Ee sebagai rujukan. Hahaha.


Aku boleh tonton Naan Ee berulang kali sebab jiwa dan roh filem itu sendiri. Kekuatan yang disuntik kepada Nani (protagonis) ketika hidup sebagai manusia dan setelah dilahirkan semula sebagai lalat. Objektifnya hanyalah satu; melindungi Bindu, kekasih hatinya. Lebih 'jiwang' lagi apabila si Bindu tetap mencintai Nani walaupun hakikatnya mereka tidak boleh bersama kerana dia hanyalah seekor lalat. Bersama-sama, mereka bersatu untuk membalas dendam terhadap Sudeep, manusia yang memisahkan mereka dan pembunuh Nani. Hmmm. Berminat? Cari sendiri. Filem ini bukan sahaja dapat menarik perhatian aku, malah kedua-dua anak buahku, Miqhail dan Mierza. Hari-hari lagu Bindu dinyanyikan. Ah, comel!


Ini lagu yang Miqhail dan Mierza suka ikut... 
Bindu, Bindu... nenje paare!

Beralih pula kepada filem Howling, buah tangan dari Korea. Melihatkan tajuk sahaja, pasti semua dah dapat mengagak filem ini tentu tentang serigala. Ya. Tepat sekali. Namun, apa yang menarik dalam filem ini, anjing-serigala ini dilatih untuk melakukan siri pembunuhan. Hebat?

Sama juga seperti anjing yang dilatih untuk mengesan benda-benda terlarang dan juga penjenayah (atau dalam erti kata yang lain, manusia terlarang? Hahaha) Didalangi oleh dua pelakon handal Korea seperti Lee Na-Young (pernah berlakon dalam satu lagi filem Korea yang aku suka, Lady Daddy) dan Song Kang-Ho. 

Pertembungan 2 watak; Jo Sang-gi, seorang detektif yang terdesak untuk mendapatkan kes berprofil tinggi semata-mata ingin naik pangkat, manakala Cha Eun-young, seorang wanita yang merupakan junior detektif. Jo Sang-Gi yang sentiasa diperlekehkan dengan kes-kes kecil, rasa tertekan kerana diberikan rakan kongsi junior yang juga seorang wanita. 

Kes yang dianggap mudah pada awalnya merupakan detik permulaan kepada satu siri pembunuhan. Dek kerana mengetahui ia merupakan batu loncatan untuk naik pangkat, Jo Sang-Gi mula membuat strategi agar kes itu kekal di tangannya. Walaupun diingatkan berulang kali oleh Cha Eun-young, Jo-Sang tetap enggan memberikan maklumat tentang kes tersebut kepada ahli pasukan yang lain. Lebih menggemparkan apabila mereka mendapat tahu, dalang di sebalik siri pembunuhan bukanlah manusia sebaliknya seekor anjing-serigala!


Kalau nak diceritakan dengan lebih lanjut, mahu tak habis entri hari ini. Jadi, cukuplah perkongsian cerita setakat di sini tentang Howling.

Sepertimana lalat dalam filem Naan Ee tadi, anjing-serigala dalam Howling juga mempunyai sejarahnya tersendiri! Dipelihara sejak dari kecil oleh tuannya dengan tujuan, membunuh kesemua lima orang penjenayah yang memperdagangkan anak gadisnya. Dalam tidak sedar, hubungan antara tuan, anak dan juga anjing-serigala tadi menjadi sangat akrab. Sehinggakan tuannya menganggap si anjing-serigala itu adalah anak kandungnya sendiri. 

Sebagaimana Nani melindungi Bindu, begitu juga anjing-serigala ini melindungi anak perempuan kepada tuannya seperti seorang abang. Dia tidak akan berhenti selagi tidak dapat membunuh kesemua lima orang yang terlibat dalam jenayah memperdagangkan anak perempuan tuannya. 

Pandangan mata anjing-serigala!
Detektif Cha Eun-yong...
Apa yang membuatkan aku menonton filem ini berulang-ulang kali adalah emosi yang terlahir dari anjing-serigala itu sendiri. Emosi yang lahir menerusi matanya. Malah, interaksi haiwan ini bersama manusia terutama sekali tuan, anak perempuan dan juga detektif Cha Eun-yong sangat memberi kesan. Jadi, tidak melampau kalau aku katakan, hero untuk filem ini adalah anjing-serigala itu sendiri dan pembantunya adalah Cha Eun-Yong. Setiap kali sampai ke scene klimaks, mata aku dah dipenuhi dengan air. Sangat menyentuh. Tak percaya? Tengoklah sendiri! Tapi, puas aku cari capaian di youtube. Maaf, tak ada!

* filem Malaysia pun ada yang mengangkat haiwan, Cinta Kura-kura. Kalian dah tonton? Aku dah. Tapi, sekali sahaja. Komen? Lalalalala....

Monday, November 19, 2012

Doa Adalah Senjata...

Salam Maal Hijrah 
Selamat menyambut tahun baru wahai saudara seIslamku sedunia.

Maaf, agak terlewat. Kelewatan yang bukan disengajakan. Sebaliknya, aku masih lagi terkejut. Benarkah Gaza sedang 'dibersihkan' bangsa durjana? Sejak beberapa hari ini, ruang internet terus dipenuhkan dengan gambar-gambar yang menghancurkan hati tetapi cukup menyalakan api kemarahan. Bangsa bangsat itu terus merajalela! 

Tidak. Aku tidak mahu kongsikan gambar-gambar itu di sini. Biarlah saudara-saudaraku pergi dengan tenang. Kematian yang tidak seharusnya diratapi, tetapi menuntut perikemanusiaan warga dunia khususnya, umat Islam!

Mata dunia terus buta, mendambakan Islam hilang seluruhnya!
Khamis lalu, bersamaan 1 Muharam, sekali lagi umat Islam berpeluang menyambut detik permulaan tahun baru. Lazimnya diraikan dengan mengenang semula sejarah bermulanya perkiraan tahun Hijrah Islam. Berbeza dengan tahun ini, sebelum mencecah hari baru untuk tahun 1434H, umat Islam dikejutkan dengan tindakan binatang Yahudi bernaungkan negara haram Israel. Ya! Bangsa laknatullah yang tidak akan PERNAH berhenti untuk menjadi keji!
Maafkan kebiadaban dalam bahasa dan ayat yang mungkin tertera dalam entri kali ini. Namun, ini bukan kali pertama seorang penulis kerdil seperti aku hilang kawalan. Terutama sekali apabila ia mencuit saudara seIslamku. Sehari sebelum mensyukuri kedatangan tahun baru, bergegar lagi ruang udara Palestine. Tersia lagi nyawa penghuni Gaza! Mendahagakan darah merah yang hangat dalam tubuh-tubuh wanita dan kanak-kanak. Memang peluru tidak bermata, tetapi manusia mengemudinya tidak BUTA!
 
Riwayat Muslim 7523



Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalik batu-batu dan pokok. (Ketika itu) Batu dan pokok akan bersuara 'Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi."

Sangat jelas bahawa Yahudi tidak akan pernah berhenti memerangi umat Islam. Selain barisan para syaitan, Yahudi adalah musuh abadi Islam sehinggalah kiamat kelak. Jadi, tidak kiralah berapa kali rundingan damai diadakan di meja bulat, Yahudi tetap dengan muslihat mereka untuk menghapuskan Islam secara seluruhnya di bumi Palestine. Terkenal dengan sikap tamak, bangsa pelarian seperti Yahudi akan terus menghalau dan merampas hak sekaligus 'memadamkan' pendudukan umat Islam di tanah berdaulat.

Kuasa-kuasa besar (Veto) menikus setiap kali Israel mengeluarkan taring, membedil Gaza. Pelbagai siri tuduhan dilemparkan terhadap Palestine, kononnya menyimpan senjata dan bakal menyerang negaranya. Tindakan paling dayus Israel apabila menyasarkan tembakan dan membedil bom ke atas penempatan orang awam yang dipenuhi golongan wanita dan kanak-kanak. Kanak-kanak yang langsung tidak berdosa!

Anggap sahaja ia satu kebetulan atau satu rancangan yang sempurna. Sebaik sahaja Barack Hussein Obama berjaya menduduki kerusi Presiden Amerika Syarikat untuk penggal kedua dan umat Islam menyambut kedatangan tahun baru Hijrah. Bukankah ia satu perancangan yang sangat menarik? Apa kena mengena dengan kemenangan Obama, tahun baru Hijrah dan serangan ke atas Gaza?

Bukankah Amerika Syarikat itu salah satu kuasa besar dunia. Jadi, mengapakah tidak ada tindakan? 
Kenapa pula Yahudi menyerang Gaza, sedang keesokan harinya adalah sambutan tahun baru Hijrah?

Kebetulan?

Musuh Islam bukan sahaja datang dari satu sudut tetapi di setiap penjuru dunia. Pelbagai kesatuan dan persatuan negara-negara Islam, tetapi Islam terus menjadi umat belasahan. Tidak akan ada yang datang untuk melindungi negara-negara Islam lain. Kelihatan sangat cantik di atas kertas, perjanjian itu dan ini. Malangnya, ia sekadar di atas kertas. Gah atas nama persatuan. Hakikatnya, ia seakan mengalu-alukan perang ke atas umat Islam. Bosnia, Rohingya, Yala, Narathiwat, Beirut, Gaza. Pertumpahan demi pertumpahan darah terus diraikan musuh Islam. Penganiayaan berleluasa.

Memang benar, Yahudi tidak akan berhenti memerangi Islam selagi belum kiamat. Namun, adakah kita sebagai umat Islam, yang mempunyai kekuatan dan kudrat tidak boleh melakukan sesuatu untuk melindungi satu negara Islam lain? 

Apa guna persatuan dan pertubuhan Islam di ketika ini? 

Mana gerakan kemanusiaan di saat Israel, rejim Zionis angkuh dan sombong melenyapkan umat Islam satu demi satu tanpa mengira golongan tua, wanita dan kanak-kanak?

Di manakah senjata sebenar orang yang teraniaya?

Apakah senjata untuk Islam seluruhnya? 

Doa!

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ
مُعَاذاً إِلَى الْيَمَنِ وَقَال لَهُ : "اِتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُوْمِ ، فَإِنَّهَا لَيْسَ بَيْنَهَا
وَبَيْنَ اللهِ حِجَابٌ

Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam telah mengutus Mu'adz ke Yaman dan beliau bersabda ; 

"Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah." HR Bukhari dan Muslim.

Jelas sekali bahawa tidak ada yang menghalang doa orang mukmin yang dizalimi dan teraniaya. Balasannya pasti akan dimakbulkan Allah. Begitu jugalah doa-doa saudara-saudara Islam kita di Gaza. Sesungguhnya tidak ada senjata lebih berbahaya, melainkan doa mereka. Janji Allah pasti. Kalau bukan sekarang, balasan dan hukuman kepada mereka yang melakukan kezaliman dan penganiayaan semestinya dibalas.

Berbicara tentang doa dan orang yang teraniaya, teringat aku kepada kata-kata seorang ustaz yang pernah aku temui tidak lama dahulu. Sememangnya benar, orang teraniaya merupakan antara golongan yang doanya tidak ditolak. Namun begitu, umat Islam tidak digalakkan mendoakan keburukan kepada umat Islam yang lain. Cukuplah sekadar mendoakan agar mereka (orang yang menganiaya) diberikan kesedaran terhadap penganiayaan yang dilakukan. Allah pasti memberikan kesedaran (yang setimpal) agar menginsafi perbuatan mereka.

Sabda rasulullah sallallahu alaihi wassalam;

"ثَلاَثَةٌ لاَ تُرُدُّ دَعْوَتُهُمْ : اَلصَّائِمُ حِيْنَ يُفْطِرُ، وَاْلإِمَامُ الْعَادِلُ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُوْمِ يَرْفَعُهَا اللهُ فَوْقَ الْغَمَامِ، وَيَفْتَحُ لَهَا أَبْوَابَ السَّمَاءِ، وَيَقُوْلُ لَهَا الرَّبُّ : وَعِزَّتِيْ وَجَلاَلِيْ َلأَنْصُرَنَّكَ وَلَوْ بَعْدَ حِيْنٍ".

yang bermaksud;

“Tiga orang yang tidak ditolak doa-doa mereka. Seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka, seorang imam (pemerintah) yang adil dan doa daripada seorang yang dizalimi. Allah s.w.t. akan mengangkatnya ke atas awan dan terbuka pintu-pintu langit dan Allah s.w.t. akan berkata, “Demi kemuliaanKu, pasti Aku akan menolong kamu walaupun selepas beberapa ketika” (H.R Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi)

Tidak dapat dinafikan bahawa aku hanyalah insan biasa yang mempunyai perasaan marah. Satu nasihat ustaz kepadaku, bulatkan dan serahkan segala-galanya kepada Allah subhana wa ta'ala. Dia Maha Adil dan Maha Berkuasa. Segala-galanya akan dihisab di akhirat kelak. 

* pesan kepada diri dan saudara seIslam lain, biarlah orang melakukan kejahatan terhadap kita. Anggap ia satu ujian dan dugaan dari Allah. Allah menurunkan dugaan dan ujian kepada hamba yang disayangi-Nya. Bersyukurlah dengan segala ujian dan dugaan dari Allah kerana ia memperkukuhkan keimanan. Insya-allah. Teruskan berdoa agar kesengsaraan umat Islam dunia berkurangan dan agar mereka kekal kuat dan tabah di sana! Buat saudara Islamku yang terus dibedil dan dianiaya, sesungguhnya kematian kalian amat didambakan umat Islam seluruhnya. Jihad dan syahid di jalan Allah!

Cermin Diri... Munafik

Diambil dari Bila Jejariku Mula Menari
Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w (صلى الله عليه و سل) bersabda:

"Tanda orang munafik itu ada tiga iaitu;
Jikalau berkata dia berdusta,
Jikalau berjanji dia tidak menepati janjinya, dan
Jika diberi amanah dia akan berkhianat."
(HR Bukhari dan Muslim)

Munafik bukanlah satu perkataan yang asing khususnya untuk umat Islam. Muncul beberapa kali dalam Al-Quran diikuti ertinya. Kalau ditafsirkan dari sudut bahasa (seperti yang termaktub dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat) 
1. Orang yang pada zahirnya mengaku keesaan Tuhan dan kerasulan Muhammad, tetapi sebenarnya tidak beriman
2. Orang yang amalan dan hatinya bertentang dengan apa yang diperkatakannya; kemunafikan perihal munafik, sifat munafik. 

Dalam erti kata yang mudah, masyarakat menganggap munafik adalah hipokrit. (Perlu terangkan maksud hipokrit? Semak kamus, jangan malas!)
Menurut Islam, golongan munafik ini bolehlah dianggap sebagai musuh dalam selimut dan duri dalam daging. Kehidupan sehariannya didalangi kepura-puraan. Penampilan mematuhi syarak Islam tetapi dalam diam dia menidakkan tuntutan Allah dan rasul. Malah, setiap kata-kata dan janji-janjinya tidak pernah ditepati. Tidak kiralah dalam beribadat mahupun kehidupan sehari-hari. Amanah yang diberikan pula, dikhianati. Lebih jelas lagi apabila seseorang mengaku bahawa dirinya Islam, mengaku tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah tetapi memperkecilkan segala hukum-Nya. Menolak dan ingkar perintah, sebaliknya melakukan segala larangan. Jadi, pernahkah kalian berjumpa dengan orang sebegini. 

Ertinya :

1. Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.
2. Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.
3. (Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah).

Sebenarnya, manusia-manusia munafik ini berada di sekitar kita sahaja. Bukan susah untuk kita mengenali mereka. Tidak juga susah untuk kita mengelak dari menjadi sebahagian mereka. Tunggu dulu, sebelum sempat menganalisa orang-orang sekeliling, yakinkah bahawa diri kita tidak tergolong dalam golongan munafik?

Menuding jari ke arah lain, adalah perbuatan dan juga kelemahan setiap manusia. Enggan mengukur dan menilai diri sendiri tetapi lebih cenderung menuduh dan mengadili orang lain. Apakah kita yakin tidak pernah melakukan sedikit pun kepura-puraan? Yakin? Tahukah kalian, apa perbuatan-perbuatan orang munafik? Kalau tidak tahu, bagaimana boleh yakin yang kita tidak pernah melakukan kepura-puraan. 

Kebetulan, beberapa hari kebelakangan ini aku terbaca beberapa maklumat dan informasi yang boleh dikatakan berguna untuk seluruh umat Islam. Sebagaimana orang lain, aku juga sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki diri. Bukan hanya dari sudut ilmu, perkembangan semasa kerana apa yang penting adalah dari sudut akidah. Itu yang perlu diberatkan lebih sedikit berbanding hal-hal lain.

Hasil pencarian dan pembacaan telah menemukan aku dengan beberapa artikel menarik tentang Munafik. Di sini ingin aku kongsikan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada diri sendiri dan sesiapa yang sudi membaca laman blog aku ini. Jadi, di bawah ini ada 50 tanda orang munafik. Sama-sama kita semak;


1.  Malas Beribadah Kepada Allah subhana wa ta'ala
2.  Lupa Kepada  Allah subhana wa ta'ala
3.  Melalaikan Solat Fardhu
4.  Mempercepatkan Mengerjakan Solat
5.  Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah
6.  Meninggalkan Solat Jumaat
7.  Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi
8.  Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Makruf
9.  Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan
10. Mengamalkan Riak
11. Hasad Dengki
12. Dusta
13. Mungkir Janji
14. Bakhil
15. Fitnah
16. Mencaci Maki
17. Mengumpat
18. Mengungkit Kembali Pemberian Kepada Seseorang dan Menyakiti Hatinya
19. Mengingkari Takdir Allah s.w.t
20. Mempersenda Kesucian Agama
21. Enggan Berjihad Di Jalan Allah s.w.t
22. Menghina Sahabat Rasulullah s.a.w
23. Menyembunyikan Persaksian Pada Jalan Yang Benar
24. Menangguh Pembayaran Hutang
25. Menipu Dalam Jual Beli
26. Ghasab (Mengambil Tanah Orang Lain Tanpa Hak)
27. Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al-Qur’an
28. Memakan Harta Anak Yatim
29. Membuka Rahsia Orang Lain
30. Berasa Aman Daripada Murka Allah s.w.t  Apabila Melakukan Dosa
31. Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai
32. Menghalang Orang Daripada Mengamalkan Ajaran Islam
33. Suka Kepada Kesesatan Dan Menyesatkan Orang
34. Bermuka Dua
35. Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenarnya
36. Sombong Di Antara Sesama Manusia
37. Suka Membantah Dan Bertengkar Sesama Muslim
38. Melampaui Batas Yang Digariskan Oleh Allah s.w.t
39. Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup
40. Membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat Allah s.w.t
41. Keluh Kesah Apabila Ditimpa Musibah
42. Mengkhianati Sesuatu Amanah
43. Memutuskan Silaturrahim
44. Memecah-belahkan Perpaduan Kaum Muslimin
45. Menghalalkan Perkara Yang Haram
46. Membuat Kerosakan Di Muka Bumi
47. Menuduh Orang Beriman Bodoh
48. Mengubah Dan Menyalahgunakan Ayat-ayat Allah s.w.t
49. Bersumpah Dengan Selain Nama Allah s.w.t
50. Berasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman.

Jika pernah melakukan antara 50 perbuatan ini, sudah tiba masa untuk mengubah diri. Dahulu, kita jahil kerana tidak mengetahuinya. Semoga Allah mengampuni segala kesalahan yang pernah kita lakukan. Sesungguhnya setiap kesalahan dan kerosakan dilakukan di bumi Allah pasti diberikan balasan.