Monday, April 23, 2012

Senandung Rindu...negeri di bawah bayu!

Telah aku khabarkan berita percutian aku kepada pihak pengurusan lebih awal. Sebenarnya, aku dah bising sejak tahun lepas. HARUSLAH! Kalau tidak, cuti tak diluluskan. Merana aku dibuatnya dan mereka yang lain, bergembira? Mana boleh? Ini tidak adil. Hahahaha. Berdrama pulak! Maaf. Inilah bahananya kelas asas lakon terlebih (bak kata Fatimah Sri). Masa encik Namron dan kak Abby mengajar dulu, tak nak serius. Sekarang? Haish.

Hari yang dinanti tiba juga. Destinasi kali ini, Sabah. Merentas laut China Selatan seluas 531.1 kilometer persegi yang memisahkan semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Sebelum itu, hampir seminggu juga aku termenung. Macam-macam yang aku fikirkan. Macam-macam filem pulak yang aku tonton. Ditambah pula, macam-macam mimpi yang mengganggu. Sakit betul. Sangat sakit. Apa-apa pun, aku serahkan segala-galanya kepada Allah. Dia Maha Kuasa. Ok. Tamat sesi melalut.

Sebelum aku teruskan, perlukah setiap perincian aku nyatakan di sini? Barangkali, tak perlu.

Setiap kali percutian, pasti ada pertambahan bilangan ahli keluarga. Kali ini, Firdaus. Sudah tentu tidak ada masalah untuk Firdaus. Sebaliknya, masalah kerana kekurangan tempat letak kereta. Oppps. Bukan di rumah, tapi di lapangan terbang! Hampir setengah jam, 3 buah kereta (yang dipandu aku, abang Zamri dan Firdaus) berpusing-pusing mencari tempat kosong. Disebabkan kepala semakin buntu, waktu semakin sempit, aku meluru terus ke kaunter.

Pasangan 'honeymoon' Ayuz-Firdaus atau lebih glamer FirSha

"Saya nak tinggalkan kereta, bermalam di sini. Tapi tak ada tempat kosong!" 
Kataku sambil cuba membuat muka comel.

"Cuba Zon C. Situ memang khas untuk kereta yang bermalam di sini," 
jawab pakcik yang menjaga kaunter.

"Habis, saya dah lama terpusing-pusing dalam ni. Tak kena bayar?" 
Aku buat muka keliru pula kali ini.

"Terserah kepada mesin tu. Kalau dia telan, maknanya kena bayar. 
Tapi kalau dia muntah balik... tak payah."

Hish, buat lawak pula. Aku pun angguk, senyum sikit dan ucap terima kasih. Si pakcik ikut belakang aku.

"Hah, cubalah tekan. Keluar tak?" soalnya, beria-ia.

"Eh, dia muntahlah."

"Tak payahlah bayar."

Aku senyum dan laju berlari menuju ke kereta.

"Hati-hati di tempat letak kereta ya cik. Selamat bercuti!"

Amboi, sangat mesra pula pakcik ni. Sayangnya, aku tak ada masa. Kalau tak, mungkin aku 'culik' gambarnya dan letak di sini supaya orang dapat lihat pemilik wajah yang aku sedang ceritakan ini. Alhamdulillah, sempat sampai tepat pada waktunya. Aku harus berterima kasih dan mengucapkan tahniah kepada dua juruterbang bertugas. Bukan senang untuk aku duduk dengan tenang setiap kali dalam penerbangan. Namun, berbeza dengan kali ini, selesa dan tenang. Mungkin sekali disebabkan cara pesawat yang aku naiki berlepas, sangat ‘licin’. Apabila bermula dengan baik, maka semua yang datang selepasnya lebih bagus lagi.

Muka sedih sebelum menaiki pesawat?
 Berada dalam gumpalan awan, secara tidak langsung mendekatkan aku kepada pencipta yang agung, Allah subhana wa taala. Awan-awan di atas ini adalah tenunan paling sempurna. Ketinggian ini juga membuatkan aku tidak berhenti mengingatkan Dia setiap saat. Subhanallah. Sukar memilih kata yang tepat untuk menggambarkan setiap rasa yang menetap dalam hati. Lebih indah apabila aku berada dengan orang paling penting dalam hidup aku. Umi dan abah.

Sepertimana ia berlepas, begitulah kelancarannya mencecah semula ke bumi. Pertama kali aku berasa selamat di sepanjang penerbangan. Alhamdulillah. Kalau tak, saat pertama berlepas pun aku dah takut. Maklumlah aku gayat. Ketinggian bukanlah sesuatu yang aku suka. Berada di tingkat 4 pun aku dah gerun, inikan pula berada beberapa ribu kaki dari paras laut. Tapi, macam yang pernah aku katakan, selagi ada umi, abah dan Allah, segala ketakutan lenyap. Insya-allah. 

 Mierza... gelagat si nakal ni dalam pesawat. Ish ish ish
Tiba di lapangan terbang Kota Kinabalu, masing-masing tak sabar menjamah keindahan bumi di bawah bayu ini tetapi perlu melaporkan diri di kaunter dulu. Dalam ramai penumpang, aku orang terakhir meninggalkan kaunter. Kenapa? Mungkin sebab aku tak suka berebut atau memang sejak azali aku sentiasa ketinggalan? Hahaha. Itu aku perlu jawab pada diri sendiri. Bahana menimpa kerana ingatan seringkali berpusat dalam ‘dunia’ sendiri! Apa yang berlaku di sekeliling adakalanya sukar dicernakan membuatkan tindakan semerta menjadi lambat. Betul?

Abah sentiasa yang pertama!

Kenapakah Along? Gembira sangatkah atau tak sabar nak pergi Pasar Filipina? 



Aku lambat di sini. Kenapakah? Haish.
Aku kira sesiapa juga sangat alahan apabila janji tidak ditepati! Itulah yang terjadi apabila 6 orang dewasa dan 2 kanak-kanak terpaksa menunggu kenderaan yang mengambil kami lambat. Terpaksa berkelah sebelum kenderaan tiba. Kalaulah jarak Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur dekat, dah lama aku pandu kereta sendiri. Tak perlu tunggu lama di lapangan terbang. Sempat jugalah lampin pakai buang si Mierza ditukar! Hahaha. Lucu bila diingatkan operasi menukar lampir Mierza depan lapangan terbang. Awal-awal lagi dah buat kontroversi si kecik sorang ni!

Operasi menukar lampir Mierza. Hahaha.
Hampir setengah jam berdiri menunggu kenderaan tak kunjung tiba. Ajaibnya, sebaik kenderaan tiba, tak ada pula yang merungut. Bagus juga kerana kita tidak tahu kesusahan yang dihadapi orang di pihak sana dan tidak perlulah marah berpanjangan. Mungkin ada sebab tersendiri yang terlalu peribadi. Yang penting, kenderaan tetap sampai dan terima kasih kepada saudara Don kerana memberikan perkhidmatan yang cukup baik. Sepanjang berada di sini, semua berjalan lancar. Tahniah dan terima kasih kepada pasangan penganjur Along dan abang Zamri kerana bijak memilih agensi pelancongan. Lebih baik berbanding Langkawi dulu! Hahaha.

Double Angah! Ambik kau! Sama degil! Sama montel? Lalalala
Sampai sahaja di Kondominium Marina, segala lelah sepanjang penerbangan tadi dilepaskan. Buat apa yang sempat sebab masing-masing tidak sabar mahu berpeleseran di pekan Kota Kinabalu. Kami diberikan kebebasan untuk bersiar-siaran sendiri tanpa dipandu pemandu pelancong yang bertugas. Petugas yang ditugaskan menggalas tanggungjawab membawa kami sekeluarga melancong di pekan pada hari itu, abang Zamri dan Firdaus dengan dipandu ‘mastermind’ Along. Jangan tak tahu, Along tahu semua tempat menarik di sini. Itulah gunanya internet. Along dah buat tinjauan lebih dulu. Jadi, tidak ada masalah untuk kami berjalan-jalan dan tempat pertama yang Along tak sabar nak pergi, Pasar Filipina.

Pemandangan di luar kondominium Marina...


Wow, motor besar... teringatku kepada...
Memang bagus. Tahu nak ke mana tetapi arah nak dituju kabur? Hahaha. Harus diingat, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu bukanlah tempat yang sama. Tetapi, aku berani katakan di sini, Kota Kinabalu jauh lebih bagus. Oh ya, ini bukan kata-kata orang lupa diri tetapi menghargai keindahan dan mendahulukan hakikat ya! Jangan taksub sangat dengan apa yang kita sudah terbiasa dan yang kita ada. Menghargai sesuatu dan berkata yang benar adalah lebih baik dan itulah yang aku katakan di sini, Kota Kinabalu jauh lebih baik.

Pemburuan Pasar Filipina hampir menemui jalan buntu. Disebabkan keinginan Along yang menggunung (lebih tinggi dari Gunung Kinabalu), akhirnya berjaya juga kami sampai ke Pasar Filipina. Umpama budak-budak dihantar ke kota Disneyland (kecuali Miqhail yang anti-Disney) semuanya menggila dengan hidangan pasar ini, terutamanya aku! Tambah pula perut yang berkeroncong (bukan kecorong seperti yang dikatakan anak jati Sabah, si Adam AF) kami pun berhenti mengisi perut. Sangat menarik. Ikan-ikan bakar yang saiznya boleh tahan besar tetapi harganya taklah semahal ikan di Pelabuhan Perhentian Klang.

Mierza, mengamuk tak sudah. Laparlah tu!
 Satu yang menjadi masalah, was-was. Apabila was-was, maka haruslah ditinggalkan bukan dimakan. Jadi untuk meyakinkan hati, umi berpesan supaya mencari kedai makan yang tidak meragukan. Jadi kami mencari gerai yang ada pengunjung dan pekerjanya memakai tudung. Dengan pesan umi itu, terduduklah kami di sebuah gerai. Satu lagi perkara yang perlu aku katakan di sini, orang-orang Kota Kinabalu sangat ramah dan mesra. Aku sebagai pelancong pun jadi segan sebab susah nak senyum. Apabila makanan dihidangkan, aku hanya tenung nasi putih dalam pinggan sehinggalah ditegur pengunjung yang duduk bersebelahan dengan aku.
Nyam nyam... lazat!
Harga ikan bakar... nilailah sendiri murah atau mahal.
Kuah-kuah ini, dimakan dengan ikan bakar ni. Kalau nak pedas, tambah cili api ini pula.” 
Katanya sambil tersenyum.

Sebab itulah dia (orang kedai) beri pinggan kosong banyak untuk kuah-kuah dicampurkan dengan ikan bakar. Tak bercampur dengan nasi putih.”

Terima kasih.” Itu saja yang aku boleh cakap. Kelu. Haish. Buat malu muka aje!

Dia pun senyum dan kembali berbual dengan rakan-rakan yang lain. Entah kenapa aku boleh bertanya…

Yang hijau itu, apa?”

Oh, ini rumpai laut. Rasanya sedap, cubalah.” Balasnya bersungguh-sungguh.

Sepertimana biasa, aku seorang sahaja yang BERANI mencuba makan rumpai laut. Wah wah wah, sungguh sedap. Rasa macam nak beli stok sebulan bawa balik rumah. Tapi, mustahil. Sebab, aku seorang saja yang makan. Yang lain, pandang saja. Umi pula tanya…

Sedap ke? Kau tak rasa apa-apa bila makan rumpai tu?”

Sedap, tak rasa apa-apa pun. Rasa lendir macam bendi masin.” Balasku.

Umi pun tahu bendi adalah satu-satunya sayur yang aku tak berapa gemar. Tapi, lain pula dengan rumpai laut ini. Sedap sangat! Hahaha. Maaf ya cik bendi.

Rumpai laut... sedap. Cubalah!
Apa yang ditemui di sini dan sukar di Kuala Lumpur, pengemis kanak-kanak dan wanita. Bukan aku maksudkan tidak ada di KL tetapi di sini terlalu ramai. Ada yang mengikut kami ke mana juga. Ayuz dan Firdaus pesan, jangan beri apa-apa kerana kalau dah beri kepada seorang maka yang lain-lain akan turut datang dan tidak akan beredar selagi duit tak diberi setiap seorang dari mereka. Hmm. Mirip Indonesia dan India. Aku patuh pesan Ayuz. Lagipun, aku tak bawa banyak duit. Cukup sekadar beli barang dan kudapan. Kalau tak mencukupi, bila-bila masa aku boleh mengadu ke ATM tapi aku paling malas nak ‘bercinta’ dengan mesin ni. Hahaha.
Ada ramai lagi seperti adik ini, terus mengekori!
Usai mengisi perut, Along dan Ayuz meneruskan misi membeli cenderamata. Aku bersama umi, abah dan Miqhail kembali semula ke van. Sebelum itu, umi sempat singgah ke gerai makanan ringan. Habis diborongnya macam-macam kudapan termasuklah keropok cincin. Kebetulan ketika itu sudah masuk waktu maghrib. Pukul 6 tapi sudah gelap macam pukul 7! Oh ya, aku di Sabah bukan di Kuala Lumpur. Walau dalam Malaysia perubahan tetap ada. Atmosfera berbeza membuatkan aku keliru. Pukul 8 malam, dirasakan seperti pukul 10 malam.

Along, tekun membelek mutiara di Pasar Filipina.
Kembali ke kondo. Aman. Lebih-lebih lagi dengan pemandangan indah berhadapan dengan laut. Dalam gelap malam yang pekat, kelihatan lampu-lampu kalimantang dari bot-bot kecil. Sesuatu yang sukar dinikmati di Kuala Lumpur. Malam berlalu dengan tenang. Tenang? Sepatutnya tenang dan boleh tidur nyenyak tetapi ia sangat jauh dengan realiti kerana Miqhail enggan tidur. Dia tidak terjejas dengan perubahan. Semua nyenyak dibuai mimpi tetapi si Miqhail terus berjaga sampai kira-kira 1-2 pagi? Anak buahku memang budak pintar. Pintu ditutup rapat, dia boleh buka! Disebabkan itulah aku dan umi berjaga untuk pastikan dia tidak bermain dan buka pintu cermin menuju ke balkoni. Sangat merbahaya kalau dia seorang saja berjaga!

Hanya mampu memandang...
Bot-bot kecil yang kelihatan di waktu malam
Tidak sempat tidur secukupnya, bilik kami (aku, umi dan Miqhail) dikejutkan Ayuz yang sudah pun bersiap sedia. Amboi, pantas benar budak sorang ni. Dia dan Firdaus, berpakaian sedondon sudah siap memulakan pengembaraan. Satu bilik lagi (along, abang Zamri dan Mierza) masih tidur. Bagus juga. Biarkan si penganjur tidur, kalau tidak berlaku pelbagai drama. Namun, drama tetap berlaku hari itu apabila si Miqhail susah dikejutkan. Disebabkan aktiviti telah ditetapkan, apa pun terjadi, semuanya harus bersedia pada waktu ditetapkan. Miqhail berjaya disiapkan tepat pada waktunya dan bermulalah pengembaraan kami. Perlukah aku ceritakan bagaimana keadaan pukul 6 pagi di sini? Cerahnya seperti pukul 7-8 pagi!

Hai semua, kami siap awal.
 
Sekitar 6 pagi di Sabah... percaya? Percayalah!
Sebelum meneruskan perjalanan, pemandu kami saudara Jainin membawa kami mengisi tangki terlebih dulu. Tangki perut! Satu lagi perkara yang harus ditekankan di sini, bandar Kota Kinabalu bebas sampah sarap dan sampah masyarakat sehinggakan ada saat aku terfikir, “aku di Malaysia ke?” Sangat bersih! Kedai makan di mana kami bersarapan pula menyediakan makanan yang tak jauh beza dengan apa yang ada di Kuala Lumpur. Memandangkan tunas-tunas lidah sudah terbiasa dengan makanan semenanjung, jadi masakan di Sabah dirasakan biasa-biasa saja. Tambah pula aku ni orang minang, makanan minang jugalah yang TERBAIK! Hahaha.

Sangat bersih dan pemandunya, sangat berdisiplin.

Destinasi pertama, kami dijadualkan ke Gunung Kinabalu kerana menurut Jainin, kalau lewat puncak gunung tidak akan kelihatan. Kebetulan, pada hari itu kaum Buddha ada upacara pembersihan kubur. Jadi, sempat jugalah kami melihat beberapa kawasan perkuburan cina yang dipenuhi dengan kaum keluarga yang membersihkan kubur-kubur. Banyak tempat menarik kami tempuhi termasuklah Rumah Terbalik tetapi perjalanan harus diteruskan ke Gunung Kinabalu dan lain-lainnya akan jadi persinggahan selepas saja misi ke sana selesai.

Perjalanan ke Gunung Kinabalu mengambil masa kira-kira dua jam setengah dan sempat berhenti ke sebuah tempat perhentian yang ada deretan kedai-kedai menjual barangan kraftangan dan cenderamata. Aku ambil kesempatan membeli barang-barang untuk dibawa balik. Tak banyak, tetapi cukuplah untuk rakan-rakan sekerja dan juga sahabatku, Norayshah. Mulanya, Ayshah pesan sumpit. Puas aku cari, tapi tak dijual. Haish, kesian Ayshah. Lain dia minta, lain pula aku beli. Sementara aku, Along dan umi membeli, abang Zamri, abah dan cucu-cucunya sibuk menikmati pemandangan Gunung Kinabalu yang kelihatan jelas. Manakala si Ayuz dan Firdaus meneruskan sesi bergambar.

Samar-samar...

Masih tak kelihatan....
Jambatan yang ditempuh, sebelum sampai ke kaki gunung
Sempat bergambar..
Alamak, hero hindustan telah dijumpai di gunung Kinabalu bah!
Perjalanan diteruskan sehinggalah sampai ke kaki gunung. Subhanallah. Indah sungguh. Kebetulan ada kumpulan pelancong lain yang sudah tiba sebelum kami. Masing-masing tidak lepas peluang bergambar. Memahatkan keindahan pencipta yang maha Esa. Alhamdulillah. Bersyukur. Kami cukup bertuah dapat menyaksikan keindahan dan keanggunan puncak Kinabalu kerana menurut Jainin, sudah beberapa hari puncaknya tidak kelihatan kerana kabus tebal. Indah lukisan Allah yang maha berkuasa. Cantik dan sempurna. Terasa-rasa seakan mahu disentuh, tetapi tangan tak sampai. Nak dipanjat, apakan daya tidak berkemampuan. Cuma dapat menikmati keindahannya itupun menerusi mata yang dipinjamkan Allah.
Begitulah muka keterujaan masing-masing (psst, Along... jangan marah ha!)
Aku dan dia.... ? Dia sentiasa ada. Carilah! Hahaha
Aku suka sangat gambar ni...er, puncak gunung Kinabalu kat belakang tu! Lalalala
Indah sungguh...
Orang penting, Along dan famili
Raja dan Permaisuri hatiku, abah dan umi! Sweet couple forever!
Timpohon View...

Tindakan pihak pengurusan menyediakan pondok untuk pelancong dan pengunjung yang tidak berkemampuan untuk memanjat gunung tertinggi Asia ini sangat dihargai. Aku bersama ahli keluarga yang lain mengambil peluang ini menghabiskan masa menikmati keindahan puncaknya sehinggalah lenyap ditelan kabus. Di sini, kami juga dapat berinteraksi dengan penduduk tetap gunung ini termasuklah sekumpulan tupai yang jinak dan memakan makanan yang dihulurkan kepadanya. Leka melihat tupai-tupai ini, ada yang sempat memakan jari abang Zamri kerana tersalah faham. Mungkin si tupai fikir jari itu makanan untuknya. Alahai, memancutlah darah kerana luka gigitan si tupai. Tak mahu menjadi lebih serius kami pun bergerak meninggalkan gunung Kinabalu dan bergerak ke destinasi seterusnya.

Err, kami tak mendaki...
Rombongan Md Zahar ke gunung Kinabalu... eh, abah mana?
Haish... adik, buat apa tu?
Miqhail, meniru cara monyet? Jadi tak?
Si Tupai pantas menerkam makanan
Hei cik tupai, sedap ke gigit jari orang?
Sesungguhnya Miqhail tak mengerti sakit digigit tupai!
Subhanallah...
Kabus yang berarak, cemburu dengan mata-mata yang memandang!
Lantas, menyembunyikan keindahan ciptaan yang Esa!
Destinasi seterusnya, kami ke Hot Spring atau lebih dikenali sebagai Kolam Air Panas. Kali ini, umi dan abah tak turut serta sebab dah tak larat nak menapak. Jadi, aku mengikutlah along dan ayuz yang semestinya ada famili masing-masing. Hahaha. Aku? Berjalan bersama duniaku. Adakalanya terlaju, adakalanya terkaku. Yang bagusnya di sini, sepanjang jalan menuju ke kolam-kolam air panas ini sangat bersih dan teratur. Terserempak beberapa budak yang berjalan dan mengutip sampah-sampah lalu membuangnya ke dalam tong. Sesuatu yang biasa tetapi bagi aku, ia amat diluar kebiasaan kerana bukan senang nak jumpa situasi ini di Kuala Lumpur atau lebih tepat lagi, di semenanjung. Aku taksub dengan kebersihan Sabah. Ada masalah dengan itu?

Jambatan yang sudah tidak digunakan
Damai...
Bersih... 



Ini dari lensa mata Firdaus...
Ini pula, dari Ayuz...
Yang paling penting!
 Kolam-kolam di sini disusun mengikut suhu. Ada yang mampu masuk ke dalam kolam, berendam dan tidak kurang juga yang hanya menjulurkan kaki. Hah, yang itu kumpulan famili aku. Kebetulan ada kolam kosong, merajalela sebentar di tempat orang. Senang mengawal orang dewasa, tetapi bukan mudah mengawal dua tentera Miqhail dan Mierza. Nasib baik Along bertenaga mengawal anak-anaknya, kalau tidak ada yang melecur sebab terjun dalam kolam. Yang paling seronok? Tentulah aku. Julur kaki sambil ingatan merewang ke negara jauh. Meninggalkan sempadan sedar. Hahaha. Ke mana tu? Aku seorang saja yang tahu!

Sesi memanaskan kaki...
Miqhail yang geram nak ikut serta...
Alahai, si comel Mierza... cari Angah ek!
 Salah satu keunikan Sabah adalah bunga raflesia. Bukan senang untuk melihat bunga ini mekar dan bukan semua tempat ada tumbuhnya bunga terbesar dunia tetapi berbau kurang harum ini. Kebetulan, aku terlihat ada papan tanda menunjukan ada dua bunga raflesia sedang mekar. Seperti biasa Jainin membawa kami ke tempat itu yang bukan berada di bawah pengurusan mana-mana Jabatan melainkan dijaga dan diuruskan orang tempatan. Kami difahamkan, untuk melihat sekuntum bunga raflesia dikenakan bayaran RM30 seorang, bersamaan 6 bungkus nasi kukus ayam dara di Kuala Lumpur. Mulanya, ramai yang tak mahu pergi kecuali aku yang berdegil. Biar majoriti mengatakan tidak. Apabila sampai ke kaunter (yang dijaga orang kampung/tuan tanah) Jainin rundin harga dan dapatlah harga RM50 untuk 7 orang dewasa! Haih, sangat bernasib baik. Dengan harga semurah itu, tak seorang pun nak ketinggalan melihat satu lagi keajaiban di Sabah ini.

Ruang informasi

Masing-masing tak sabar dan seperti biasa aku terkebelakang bersama Mierza!
2 bunga raflesia sedang mekar. Satu hampir busuk dan satu lagi dijaga rapi kerana ada sesi penggambaran. Apa-apa pun, kami berpeluang melihat dengan mata sendiri bunga yang menjadi buah mulut umat manusia di dunia. Aku tak boleh komen tentang baunya, sebab memang tak ada bau apa-apa pun dan aku sangat pelik bila orang melabelkan bunga ini sebagai bunga paling busuk? Tentang saiznya, memang tak salah. Ia sangat besar. RM50 diluangkan untuk melihat raflesia selama tak sampai sepuluh minit. Berbaloi. Sangat berbaloi kerana ia menambahkan lagi pengetahuan dan pengalaman. Dalam masa yang sama, memberi sumber ekonomi kepada penduduk tempatannya. Bukankah ia sesuatu yang bagus?

Raflesia pertama, hampir layu...
Raflesia kedua, mekar tapi...
tiada haruman...
Sangat besar di dunia! Agak-agak boleh bagi kekasih tak? Hahaha.
Seterusnya, kami dibawa pula untuk menghayati kehebatan fauna. Inilah pengalaman yang akan aku kenang untuk satu tempoh yang panjang. Melawat ladang lembu. Ladang lembu yang lengkap dengan proses mengilang susu, Desa. Kali pertama sampai ke sini, seakan berada di New Zealand. Sejuk. Bukan sejuk seperti di Cameron atau Genting. Tetapi sejuk yang sangat nyaman. Tetapi, baunya? Takkanlah tak tahu bau lembu macam mana! Tak banyak masa dihabiskan di sini. Mulanya, aku fikir mahu tunggu lebih lama untuk melihat proses memerah susu tetapi disebabkan masih banyak tempat lagi yang harus kami kunjungi, hasrat itu dilupakan. Apa-apa pun, tetap bersyukur kerana berpeluang menjejakkan kaki ke sini!

New Zealand?
Sabah bah... tak percaya ke?
Ini lembu-lembu di Malaysia ya!
Mesin pemerah susu lembu...
Zahars Sisters dan....erk, Mierza Zamri?
Model susu Desa tak berbayar!
Hero Hong Kong tersesat di Desa Cattle? Hahaha.
Kalau ada kesempatan, cubalah susu segar ni. Memang sedap!
Di Desa Cattle ini, kami sempat memborong susu-susu segar yang mana kemudiannya, hampir habis sebelum sampai ke kondo! Hahaha. Congok. Tak pernah minum susu segar gamaknya! Berbekalkan tenaga yang diperolehi dari susu segar tadi, kami bergerak pula ke Tamparuli. Selama hari ini, dengar lagu jambatan Tamparuli saja. Bila dah sampai, barulah faham betapa pentingnya jambatan ini bagi penduduk sekitarnya sebelum adanya jalanraya. Jambatan yang halus ini menjadi penghubung. Awalnya, aku, abah dan Ayuz hanya turun untuk melihat. Firdaus pula seperti biasa bertugas dengan kamera DSLR untuk menangkap gambar. Bila aku ajak Ayuz untuk menaiki jambatan,

Jambatan Tamparuli
Kau gila? Dah jom, naik van,”

Sebaik menoleh, mahu saja aku gelak kuat-kuat.

Anyah, mana van?”

Tadi, ada.” Jawabku sambil cuba menahan tawa.

Dorang dah tinggalkan kita!”

Apa lagi, jomlah seberang.” Kata abah.

Tak ada pilihan? Hah! Betulah tu. Untunglah Along dan Miqhail tak turun sama. Kalau tidak, bayangkan macam mana nak jaga si Miqhail di ketinggian itu. Haish. Tak nak fikirlah. Sedangkan aku terpaksa berpaut pada lengan abah tapi terketar-ketar juga. Sungguh kejam abah, boleh dia tinggalkan aku dan berjalan terus. Itu pun sebab ada budak kecil berjalan melintasi kami. Kalau tak, abah pun jalan perlahan.

Nasib baik tak zoom muka... (cuak)
Tiba-tiba pula aku teringat adegan filem Indiana Jones. Aduhai! Kenapalah masa ini ada segmen Flashback? Itu belum lagi dicampur dengan jeritan Ayuz yang macam orang hilang suami (padahal suaminya ada di sebelah). Hahaha. Sedang aku bersungguh untuk merentasi jambatan, terlihatlah tubuh seseorang yang kurus dari kejauhan berdiri di hujung jambatan. Eh, abang Zamri? Bila masa dia berjalan melepasi kami? Dengan adanya abang Zamri di situ, barulah aku tahu yang van sudah selamat sampai ke seberang. Eleh, berlagak pula dia berdiri dengan kamera DSLR. Marilah ke tengah, baru syok! Jadi dengan ini secara tidak langsung aku boleh dilabelkan sebagai berani, kan? Berjalan merentasi jambatan (walau terkedek-kedek) seorang diri!

Sebelum tahu yang dia perlu merentasi jambatan Tamparuli!
Apabila terpaksa berjalan di atas jambatan...haish, Kesian...
Pemandangan dari bawah...
Pemandangan dari atas, tengok jambatan tu. Bahaya bukan?
Sumpah. Kalaulah aku di tempat si Jainin ketika itu, pasti aku tak dapat tahan gelak. Yalah, jambatan itu bukanlah satu perkara besar bagi mereka. Ia kegunaan hari-hari. Tidak ada soal takut pun pernah muncul dalam hati mereka. Berbeza dengan kami ini. Naik jambatan pun jarang, inikan pula nak menyeberangi sungai dengan ketinggian itu. Percayalah, ia bukan sesuatu yang mudah. Melepasi jambatan itu pun sudah dianggap perkara besar, tau!

Kita tinggalkan jambatan Tamparuli dan menuju pula Rumah Terbalik. Tidak seperti yang kami lalui sebentar tadi, kawasan ini sudahpun dipenuhi pengunjung. Apa-apa pun, nasib sentiasa menyebelahi kami (sepanjang berada di sinilah) sebab kebetulan ada tempat kosong. Bertaburanlah turun masing-masing menuju kaunter untuk membeli tiket. Harga tiket untuk seorang, RM10 kira okeylah. Macam-macam ada di sini. Ada kereta diparkir terbalik. Paling seronok, rumah ini dibina dengan konsep rumah tradisional. Barang-barang dan perkakas semuanya terbalik, kecuali penyambut tetamu. Aku kira, kalau penyambut tetamu pun terbalik mesti seronok. Hahaha. Mengarut!

Nombor kereta siapalah ni?
Boleh baca tak?
Keluarga tunggang-terbalik? Hahaha. Taklah, ini keluarga COOL!
Memang sesuai untuk dia, mungkin itu yang dia nak sampaikan!
Ketuk gong, minta izin masuk...
Ketuk gong, minta izin nak menyibuk! Hahaha...
Pemandangan sisi...
Membaca entri ini sahaja sudah pening, bukan? Inikan pula kami yang tak berhenti bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain. Jadi, untuk memberikan injeksi tenaga, Jainin menghantar kami ke kondo, bersedia untuk makan malam di gerai terbaik pekan KK. Menariknya, kami boleh buat tempahan sebelum datang. Taklah perlu menunggu apabila sampai nanti dan terus menjamu selera. Selesai membersihkan badan dan seperti yang dijanjikan, kami dibawa ke Tanjung Aru melihat matahari terbenam. Sayangnya, inilah satu perkara yang tak sempat kami saksikan. Mungkin disebabkan jalan sesak, membuatkan kami tidak sempat ke Tanjung Aru tepat pada waktunya. Di sini kami berpeluang bergambar sakan. Sakan. Ya. SAKAN.

Atuk dan uncle sibuk buat pesanan (makan malam), Miqhail sempat bergambar dengan ikan lumba-lumba di Segama Waterfront... ish ish ish

Masya-allah... indahnya
Tenang dan damai...
Aku suka gambar ni... sebab aku yang tangkap! Hahaha.
FirSha... ya, tahu!
Ada macam muka tibet? Tak ada! Kenapa ada yang kata aku dari Himalaya? Dusta!


Apa yang pelik di sini?
Matahari terbenam yang sempat dirakam abang Zamri (dalam van yang sedang bergerak)
Destinasi seterusnya sebelum sesi mengisi perut, kami singgah pula ke Perdana Park. Kalau di Kuala Lumpur ada KLCC yang mempersembahkan air pancut berirama, di Kota Kinabalu ianya boleh ditemui di Perdana Park. Jujur, aku tak layan air pancut berirama di KLCC. Ramai sangat orang asing (aku tak bangga tentang hal ini) yang suka memandang senget! Tolonglah, KLCC dah jadi terlalu asing bagi orang KL sendiri! Hancur! Terkesima sebentar melihat tarian air pancut ini, ditambah pula dengan lagu Sabah dengan bait-bait “Tinggi-tinggi gunung Kinabalu, tinggi lagi cintaku padamu!” buatkan aku leka dan masuk ke dunia aku sendiri. Hahaha. Apabila tiba waktunya, kami pun bergerak kembali semula ke pekan Kota Kinabalu untuk makan malam. Dalam hati, aku nak lebih lama di sini tapi kata perut, aku nak makan!

Tinggi-tinggu gunung Kinabalu...

Tinggi lagi cintaku padamu!
Apabila air menari!
Memandanglah manusia dengan kagum! Kagum?
Ya, kagum... termasuklah Double M yang lebih teruja dengan padang permainan mini!

Bergerak ke Segama Waterfront. Makanan siap terhidang. Tunggu buka mulut dan makan aje. Makanan di sini pun sedap. Sampaikan aku rasa, bukankah elok kalau ada simpanan tali perut berlebihan, taklah membazir makanan yang tak habis. Disebabkan itu juga, abah dan aku cuba menghabiskan stok hidangan makanan di depan kami. Selesai mengisi perut, pengembaraan disambung lagi. Along masih tak puas membeli belah di Pasar Filipina. Bagus juga, sebab umi pun nak beli apa yang dia nak. Aku pula duduk di luar dengan melihat gelagat orang-orang Sabah. Sekali lagi, benarkah aku di Malaysia? Tenang seperti di Langkawi tapi jauh lebih bersih. Langkawi tak sebersih Kota Kinabalu.

Kami nak makan...
Jangan lupa, kami pun nak juga!
Saya nak bergambar dengan FISH!


Eh uncle, Mierza nak makanlah! Nak makan FISH!
Kalau nak diceritakan mengikut kronologi, rasanya lambat lagi entri kali ini nak habis. Jadi, aku rasa lebih elok aku singkatkan. Satu lagi destinasi yang paling tidak boleh dilupakan apabila kami dibawa melawat ke Muzium Sabah. Aku tahu, muzium bukanlah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi. Habis-habis pun, banyak benda yang sudah diketahui termasuklah sejarah yang boleh didapati dalam buku teks sekolah dan juga dalam carian Google. Tetapi, Muzium Sabah menawarkan sesuatu yang lebih dari itu. Cara ia mempersembahkan kebudayaan dan sejarahnya, sangat meninggalkan kesan.

Muzium Sabah....

Tak pasti ni kaum apa... patutnya ditulis...
Kalaulah mata ini boleh disambungkan ke slot komputer dan bertindak sebagai USB, pasti lebih banyak rakaman yang dapat aku kongsikan. Sangat menarik penyampaian informasinya. Paling aku suka, artifak tulang ikan paus penemuan kerajaan Sabah yang berjaya mendapat penganugerahan dari Malaysia Book Of Record! Tulang paus ini sangat besar. Memang sangat besar! Lebih besar dari gajah. Cuba bayangkan kalau tulang-temulang ini dipakaikan badannya? Hmm. Kerdil sangat kita ni. Dah jadi macam semut dengan gajah!

Banyak lagi benda menarik di dalam bangunan muzium ini termasuklah replika gua yang menempatkan keranda, pasu menyimpan mayat dan juga tengkorak-tengkorak simpanan pemburu kepala. Ada rasa gerun, ada rasa takjub dan ada juga rasa takut? Tengkorak tu! Tengkorak yang mana datangnya dari pembunuhan kerana pemburuan kepala! Ish ish ish.

Selesai dalam bangunan, kami bergerak pula ke Kampung Warisan tetapi abah dan umi tidak turut serta kerana jalan menuju ke kawasan ini tidak menentu. Berbukit-bukit dan ini menjadi satu masalah kepada abah dan umi. Tak apalah. Yang penting, kami anak-anaknya akan bawa segala rakaman untuk dikongsikan bersama. Hehehe. Bukan sahaja untuk tatapan umi dan abah, tetapi untuk semua yang menziarah ke blog aku. Itu pun kalau sudi!

Jom...melawat!
Seronok betul dapat melawat Kampung Warisan. Pelbagai rumah tradisional dibina di sini. Kami adik beradik tak melepaskan peluang melawat setiap rumah. Awalnya memang khuatir juga tambah pula melihat kebanyakan rumah ini dibina dengan buluh, sampaikan tak terjejak kaki dibuatnya. Takut roboh, tapi anggapan aku itu segera hilang apabila terserempak dengan petugas yang saiz badannya lebih kurang seperti aku. Apalagi, aku naik ke setiap rumah. Setiap rumah ini mempunyai keunikan tersendiri. Selain dari rumah-rumah tradisional, tempat ini juga disediakan dengan pelbagai pondok tempat mereka melakukan aktiviti.

Men of the family! Firdaus dan abang Zamri! 
Macam ini rupanya rumah mereka...

Bertingkat...

Serupa.... Fong Sai Yuk
Selamat Tahun Baru Cina?
Tuan rumah pertama yang salah masuk rumah, jemput tetamu ikut pintu belakang! Lalalala
Agak-agak, apa yang papa aku cakap ni? - Mierza

Ya, binaan ini teguh... tak percaya? Inilah buktinya!
Senjatanya tak pernah tinggal - Mierza
Tuan rumah menjemput kami masuk, hmmm... mirip Along, kan?
Rumah panjang...
Selesai... keletihan! Pasu besar jadi mangsa sandaran? Hahaha.
Dalam sibuk melawat setiap rumah di sini dan kerana keterujaan, tak tersedar kaki tak jejak ke anak tangga. Aku cuba untuk tidak jatuh. Syukur, aku tak jatuh tapi terseliuh. Hahaha. Tangan pun bercalar luka. Apa nak buat? Salah diri sendiri, diri sendiri tanggung ya! Hahaha. Memang banyak lagi tempat dan perkara yang boleh aku kongsikan, tetapi cukuplah setakat ini. Kalau ada kelapangan lain dan tergerak hati nak berkongsi, akan aku isikan di entri yang lain.

Gambar wajib famili. Kenapakah perlu Mierza dibuat begitu? Hadoi!
Penganjur yang berjaya dengan misi mereka! Terima kasih...
Akhir sekali, pemandu pelancong kami. Jainin. Terima kasih.(sesiapa yang mahu perkhidmatan Jainin, sila hubungi saya!)
Ada makna di sebalik renungan Along ni. Ke mana destinasi seterusnya? Hahaha.
* insya-allah aku akan kembali ke Sabah. Tak puas rasanya untuk menghirup udara segar itu dan menikmati keindahannya. Rindu untuk kembali, sentiasa ada semenjak kaki ini menjejak semula ke semenanjunga. Sabah, tunggu kedatangan kedua aku. Insya-allah, di masa akan datang!