Friday, July 31, 2009

Hadiah Dari Rehal






Hadiah-hadiah yang comel ini semuanya diberi oleh adikku Rehal Nuharis. Ambik kau, sekali dia bagi... terduduk dibuatnya. Macam borong hadiah pulak. Terasa-rasa diri dihargai. Ewah...!!! Bak kata empunya diri, tugasan (macam denda pun ada jugak ni) sama seperti yang lepas-lepas. Disebabkan mood aku dah kembali ok... (tadi melayan blues sebab dengar lagu-lagu blues nak dapat mood menulislah katakan.... hampeh!) jadi aku dengan senang hati, menjawab seperti biasa. Tunggu ya dik, kalau tak puas hati tak taulah den nak buek camno lae...


Nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi awards:
* Penulis muda yang aku kagumi*
Dia menulis dengan bakatnya sendiri. Umur jauh lebih muda, bakat jauh lebih besar dari bakat dan saiz badan aku. Boleh dikatakan berganda.

* Murah sangat dengan senyuman *
Susah nak tengok dia masam muka. Masa di Aswara dulu, kalau rasa-rasanya mood kurang, tengok aje muka dia, mesti aku pun ikut tersenyum.

* Baik hati dan hormat orang lain *
Mulut dia mungkin sedikit tajam, kalau bercakap tak ingat-ingat kiri kanan tapi hatinya baik. Baik sangat suka bantu orang lain dan yang paling penting dia menghormati pendapat dan pendirian orang lain.

* Suka melawak *
Masa saat-saat genting dulu (baru-baru patah hati), dia antara orang yang akan buat lawak dan buatkan aku lupa masalah dan kesedihan aku ketika itu. Benda serius boleh jadi kelakar dengan adanya dia (tambah pulak kalau dia sama-sama dengan Roy... kecoh dibuatnya)

* Bakat dia lebih besar pada saiz hidung dan badan dia *
Nuharis yang aku kenal, bakatnya bukan sekadar menulis. Macam-macam ada. Kalau nak dengar radio tapi tak ada siaran, budak ini boleh menyanyi. Suara dia pun boleh tahan, nak dengar lagu apa? Datuk Siti, Jaclyn atau Faizal Tahir. Semua dia boleh tau! Dia pun pakar memasak. Alahai, kenyanglah perut isteri dia nanti.

* Rajin bertanya dan selalu berusaha buat yang terbaik *
Dia tak segan bertanya. Aku ingat lagi, dia akan tanyakan pendapat setiap kali ada idea baru. Bukan dia tak yakin diri, tapi memastikan idea dia boleh diterima. Dan percayalah cakap aku, idea dia memang hebat-hebat. Yang dah diterbitkan jadi novel itu baru sikit. Ada banyak lagi yang masih dia tak keluarkan.

Nyatakan 9 fakta tentang diri sendiri:
(Bab ni yang malas... nampak macam cinta diri sendiri... ahakz)
# Lurus Bendul #
Abah baru cakap tadi...
"abah tipu pun kau percaya? Jangan selalu macam tu Izan, senang orang mainkan kau nanti. Memang betul cakap abah, memang aku selalu kena tipu. Sedih betul!

# Sedih sorang-sorang #
Tak guna tunjuk pada orang lain. Bagi aku, aku tak suka susahkan orang lain dengan masalah dan kesedihan aku. Kesedihan aku tak penting pun kalau nak dibandingkan dengan masyarakat dan saudara kita yang sedang berjuang demi Islam. Jadi, kesedihan yang aku ada tak sehebat kesedihan atau masalah yang orang lain alami. Insya-Allah!

# Suka Senyum #
Senyum itu satu sedekah paling senang dan murah. Kalau kita boleh ubah dunia dengan satu senyuman, apa salahnya senyum? Tak bukan!

# Sedang Berubah #
Aku sedang cuba memperbaiki diri sebagai seseorang insan dan tak mahu lagi bergelar manusia. Manusia yang hanya pandai makan, tidur... tidur dan makan. Hidup insan bukan sekadar itu. Kalau tidak, apa gunanya kita jadi khalifah di muka bumi ini. Betul tak?

# Cepat Marah dan memang sensitif #
Ini semua orang dah tahu. Cepat marah tapi, tak sampai beberapa minit lepas tu, dah ok. Entahlah, kena banyak istighfar ni. Belajar kawal kemarahan. Dah buat pun. Kat tempat kerjalah, aku dapat kawal marah tapi sampai rumah, susah betul nak kawal. Cepat sangat hilang kawalan. Kenapa agaknya?

# Mudah mesra #
Bak kata orang, masuk kandang lembu mengembu, masuk kandang kambing mengembek. Pandai-pandailah bawa diri. Kalau sombong tak guna. Abah selalu pesan, tak guna kita hidup sombong, sebab diri kita ini pun pinjaman dari Allah. Jadi, mudah-mudahlah bergaul mesra dengan orang. Opps, mesra ya... bukan GEDIK!

# Tertutup #
Percaya atau tak? Aku dah 26 tahun, tapi gerun sangat bila terdedah atau berbincang secara terbuka tentang hal-hal "dewasa". Aku juga pantang dengar orang mencarut atau guna kata-kata kesat sebab abah dan umi dah ajar sejak aku kecik jangan mencarut. Jadi bila aku dengar orang mencarut ada dua perasaan yang ada. Geli, dan kalau lelaki yang cakap... aku takut! Kenapa ya?

# Termenung #
Sebab itu wujudnya ayat Fantasi Itu Duniaku. Dalam alam fantasi ciptaan mindaku sendiri sahaja aku dapat jadi apa juga tanpa sekatan atau halangan.

# Masih Mencari #
Sedang mencari-cari siapakah Romi kepada Baiduri. Ada memang ada tapi masih kabur-kabur. Hanya Allah saja mampu jelaskan kekaburan itu. Mungkinkah Imaan itu Romi atau Romi itu Imaan? Tapi, persoalannya siapa Imaan? Hihihi, nak pinjam ayat Datuk Siti... biarlah rahsia. Ewah....

Pilih 10 penerima seterusnya bersama description:
(Bukan tak nak beri, tapi bila beri ada yang tak terjawab...bosan!)
Roydy – buku akak ni dah penuh, bila nak bayar hutang!
Jiha – Tak puas hati hari itu dia tag aku benda yang aku tag dia
Salwa – Sama macam Roy! Bila nak bayar Tag akak hah!
Nurul Mardhiah - Sama macam Salwa! Bayarlah Tag akak dik
Shana Zahar - Budak yang sedang gembira dan bahagia.
Hanny Esandra - Nak jugak Tag budak ni...
Kak Umaira - antara nama wajib di Tag!
Kak Qaseh - Lama tak tag....
Amoh - teringin nak tag dia...
Man - Macam Roy,Salwa dan Nurul.Bila nak bayar ni?

Sesiapa untuk seseorang

Bukan seseorang untuk sesiapa ... tapi sesiapa untuk seseorang!

Sejak kecil aku suka sangat tonton dan baca kisah tentang hubungan persahabatan. Bagiku, itu satu-satunya perhubungan yang murni selain dari hubungan kekeluargaan yang telah ditetapkan untuk kita.

Hubungan yang paling indah. Mungkin aku masih jauh dan janggal dengan rasa kasih... tapi aku sudah akrab dengan rasa sayang. Dan itulah kurniaan Allah pada diriku. Sayang yang terlalu melimpah ruah. Dan aku terlalu bertuah. Sayang itu tidak terbatas. Sayang semua, merangkumi hidupan atau sekadar makhluk yang tiada bernyawa.

Aku tak fikir perasaan sayang itu salah. Tak, itu bukan jenayah atau kesalahan besar. Benar, aku selalu kecundang dan kecewa kerana sayang. Sayang aku itu selalu didusta. Ditipu dan dibohong. Aku kecewa tapi hanya sementara. Sebab sayang itu juga datangnya dari Allah. Kurniaan tak berbayar dan tak perlu diusahakan. Ia datang dan terbit dari hati. Alhamdulillah, dengan memikirkan itu, marah atau benci dalam hati tak akan lama.

Tak aku nafi, aku diracuni dengan pelbagai kisah persahabatan. Hingga terkadang aku mahukan sebuah persahabatan yang kekal hingga akhir hayat. Mungkinkah akan terjadi?

Pernah dengar ayat ini....


"sesuatu yang paling indah dalam persahabatan, biarpun terpisah seribu batu, hakikatnya kita bersatu...
jarak hanya pemisah jasad, tapi bukan hanya jarak, malah masa dan usia tidak pernah wujud kerana kau selalu hadir dalam hati seseorang yang bergelar sahabat..."


Percayalah..., itu ayat yang aku percaya dan pegang sentiasa. Dan pada sahabat-sahabat... aku sayang kamu dan kamu tahu siapa kamu. Pada teman dan rakan-rakan, terima kasih kerana sudi berkenalan dengan aku.


* Hidup ini satu perjalanan paling singkat. Apa gunanya persengketaan dan pergaduhan? Perjalanan sesingkat ini, abadikanlah dengan kasih sayang yang abadi - Imaan*

Kenangan dan Hati yang Bangsat!

Sumpah. Aku tak tahu apa yang perlu dititipkan dalam entri kali ini. Sebenarnya, ada rasa yang berbalam. Jauh, jauh dalam hati. Gila? Gila agaknya hati ini. Bebal dan degil. Tak faham-faham. Sudah... maksudnya sudah. Hentikan saja. Bodoh... dan bodoh sangat. Hati ini dah jadi terlalu bangsat. Bangsat? Kenapa? Entahlah. Kosong dan penuh sampah.

Salah,
Salah kalau meratap kesedihan?
Beremosi,
atau terlebih emosi?

Matilah....
kebumikan saja segala kesedihan yang berpaksikan nama sialan!
Hiduplah...
hati berhak untuk kegembiraan dan berikan makna pada senyuman!

Hakikatnya...
bila senyuman tak bermakna, kau hidup berlandaskan hipokrasi
Sejarahnya...
kau perlu bungkus dan campak jauh

Kenangan yang mati hidup kembali
Persetankan kenangan itu
Apa perlu kau bangkitkan kematian?
Apa untungnya jiwa terus didera?
Tak!
Inilah ketagihan
Ketagihan sekeping hati mati

Kau tahu ia menyakitkan
Kau tetap terus mahukan lagi
Pedih...
pedih kenangan itu
Kau tetap mahukan ia hidup
Itulah hati... bukan akal

Akal...
Kebal dan waras mampu menutup segala pintu-pintu kenangan.
Hati...
Ya! Hati degil dan terlalu bangsat!
Hati membuat aku mati!
Mati... mati... mati dan mati berkali kali

* sekadar luahan rasa pada hati yang dah lama mati!
Dan jenazahnya tak tersempurnakan....

Tuesday, July 28, 2009

Bercakap dengan Imaan...

Pernah tak kalian berada dalam keadaan hati dan akal berperang?
Siapa pemenang antara keduanya?

Walau siapa juga pemenangnya, luka dan parut dalam hati akan terus terpampang jelas. Entahlah, terkadang hati terlalu degil. Biarkan masa saja yang mengubati luka itu. Aku bukan mahu berbicara tentang luka. Aku mahu berbicara tentang seseorang yang benar-benar aku rindu.

Setelah hampir sebulan tak dengar khabar berita, akhirnya semalam Imaan muncul. Dia sms padaku. Lega rasa hati. Aku mengadu segala peristiwa yang berlaku. Termasuklah satu perkara yang sentiasa bermain di ruang hatiku. Sebenarnya sudah berkali-kali dia ingatkan padaku. Hal seperti ini tidak perlu difikirkan lagi. Berikan saja tanda noktah agar tidak lagi mengganggu ruang emosiku.

Aku sudah cuba, tapi tanda noktah itu kerap berubah menjadi tanda koma. Membuatkan hati kembali berdarah. Dan itulah aku. Sukar untuk memberikan tanda noktah itu. Aku dan Imaan berbual tidak lama. Tetapi masih cukup melepaskan rindu. Dia masih tetap sibuk dengan usahanya memajukan bangsanya. Aku doakan moga dia berjaya dengan niat murninya.

Sebelum aku menyudahkan entri ini, aku terpanggil untuk berkongsi sama sebuah lagu yang menjadi perhatianku sejak kebelakangan ini. Tidak, bukan kerana ketinggian bahasanya tetapi bait-bait ayatnya yang cocok dengan emosiku. Harap kalian faham emosi yang hadir setiap kali mendengar lagu ini.


Issues : The Saturdays
Klik sini untuk dengar lagu

Sometimes
I Feel like I'm going out of
My mind,

Boy the way you do me is a
damn crime,

But then you smile at me
and its all right,

With you there aint nothin' in between,
Every time that I walk out the door,

Tell myself I can't take it no more,
Theres a part of me won't let you go

Keep saying yes when my minds saying no,

Chorus:
Me and my heart we got issues,
Dont know if I should hate you or miss you,
Damn, I wish that I could resist you,
Can't decide if I should leave you or kiss you.
Me and my heart we got issues, issues, issues.
We got issues, issues, issues.

Its so wrong, boy you leave me hangin' for so long,
You empty out my love until its all gone,
You change the words but still it's the same song,
I'm tired of the melody.

Change my number and throw out your clothes,
But my feelings for you,
it still shows,
I keep building the walls round my heart,
But then I see you, and it all falls apart...

Chorus:
Me and my heart we got issues,
Dont know if I should hate you or miss you,
Damn, I wish that I could resist you,
Can't decide if I should leave you or kiss you.
Me and my heart we got issues, issues, issues.
We got issues, issues, issues.

Why fight it, cant hide it
Truth is I think I like it,
Confusion, illusion
Still I dont know which way to go.

Chorus:
Me and my heart we got issues,
Dont know if I should hate you or miss you,
Damn, I wish that I could resist you,
Can't decide if I should leave you or kiss you.
Me and my heart we got issues, issues, issues.
We got issues, issues, issues.


Dan hati ini terus keliru...


Monday, July 27, 2009

Pemergian Satu Lagi Permata...


Kata orang,
Kita tidak akan menghargai seseorang itu selagi tidak merasa kehilangannya....

Al Fatihah...
Semoga rohnya dicucuri rahmat.



Aku tahu dia melalui karya-karya iklan PETRONAS. Setiap kali tiba musim perayaan atau apa-apa sahaja iklan atas nama PERTRONAS, pasti tidak ketinggalan untuk aku tonton. Melalui iklan-iklan PETRONAS ini membuatkan aku dapat membaca pemikirannya.

Aku kenal dia buat pertama kalinya melalui filem SEPET. Antara filem Melayu yang masih segar dalam ingatanku. Tak aku nafi, filem SEPET adalah filem kegemaranku. Waktu itu, baru aku kenal siapa Yasmin Ahmad. Waktu itu baru aku tahu, dialah pemikir di sebalik iklan-iklan PETRONAS.

Seperti biasa, aku menunggu iklan PETRONAS untuk perayaan Aidilfitri tahun ini. Mungkin, tidak ada lagi iklan PETRONAS sentuhan ALLAHYARHAMAH YASMIN AHMAD. Mungkin, kali ini iklan PETRONAS sudah tidah ada serinya lagi tanpa pemikir ini.

Pemergian Yasmin Ahmad ku iringi dengan bacaan Al Fatihah....
semoga rohnya dicucuri rahmat....

Buat Kak Umaira dan adik manis Hanny

Dalam diam-diam, aku telah diserang hendap oleh dua orang sekaligus. Kak Umaira dan Hanny. Aku rasa, semua pun tahu yang aku memang suka terima Tag. Jadi, aku pun tak suka hutang lama-lama. Pada kak Umaira dan adik Hanny, terima kasih kerana sudi pilih Romibaiduri...



2) nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini

Kak Umaira...
> antara penulis dan kenalan yang paling banyak beri nasihat paling bernas <
> tak pernah merendahkan orang lain... <
> antara isteri dan ibu yang berjaya <
> punyai anak-anak yang comel <
> kalau senyum memang manis <
> kakak yang sempoi <

Hanny Esandra
> budak yang happy go lucky... <
> kecik-kecik cili api... cubalah tengok kalau dia marah.... <
> suka sangat dengan froggy... <
> cekal dan tabah <
> berbakat besar dalam dunia penulisan <
> ambil berat... <

3) setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri
bab ni yang lemah sikit ni....
> periang... <
Tak suka terjun memikirkan masalah. Hidup ni singkat, jadi hadapi dengan senyuman.
> rajin .... rajin bercakap <
Sebelum kenal seseorang... aku ini antara orang yang paling berat mulut. Tapi bila dah kenal, aku orang yang paling susah nak tutup mulut. Pot pet pot pet 24 jam.
> suka kongsi masalah orang lain <
Aku tak suka tengok orang lain masam muka, atau bermuram seorang diri. Adakalanya perasaan sedih dan gelisah akan hilang kiranya diluahkan. Aku memang suka dengar luahan hati dan berkongsi cerita dengan sesiapa saja sebab suka dan duka itu perlu dikongsi. Barulah hidup ini lebih ceria.
> perahsia... <
Ironi, betul tak? Aku tak suka kongsi masalah dengan orang lain melainkan orang yang benar-benar rapat dengan aku dan orang-orang yang aku percaya.
> pemalu... <
Pada awak perkenalan saja.... lepas dah kenal, aku ok. Tapi masih ada juga perkara yang aku malu nak lakukan. Apa dia? Rahsia... hahaha
> pecinta...<
Aku mudah sayang dan mencintai apa sahaja yang memberi makna baru dalam hidup. Segala-gala yang disekelilingku dan memberi makna mendalam. Apa saja... termasuklah haiwan, kanak-kanak dan juga bakat seseorang.
> pemberontak... <
Tak nak cakap panjang tentang yang ini. Siapa yang kenal aku lebih tahu dengan sikap aku yang satu ni.
> pencari... <
Kebenaran, cinta dan apa sahaja yang boleh dicari. Aku tak suka dengar khabar buruk dan jika khabar buruk itu sampai ke pengetahuanku, aku akan cari kebenarannya terlebih dulu. Aku memegang satu prinsip, aku tak mahu makan apa saja disuapkan. Teliti dan kenali isinya lebih dulu supaya mudah untuk dihadamkan.
> pemaaf... <
Aku memang mudah memaafkan, dan sebab itu juga aku tak keberatan meminta maaf.


4) anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka
1 - Shana Zahar
(adik aku... saja nak bagi dia hutang banyak-banyak)
2 - Roydi Rokidy (
budak nakal yang berbakat besar)
3 - Jihadah (
wartawan berjaya)
4 - Hafirda
(Selalu diTag dia tapi tak berpeluang nak Tag dia)
5 - Rehal Nuharis
(Tegas... dan berani)
6 - Salwa
(Cekal dan tabah)
7 - Nurul Mardhiah
(lama tak dengar cerita)
8 - Man
(berbakat besar!)
Itu ajelah sebab memang dah pening nak ingat nama-nama lain.

Thursday, July 23, 2009

1 MALAYSIA! Aku keliru dan jadi bangang!

Renung-renungan....
Kata orang....
Bapak borek... anak rintik.

Tapi sekarang, ada sedikit kelainan....
Bapak rintik.... anak Tsunami.

Sudah agak lama rasanya aku tidak mengasah bakat mengutuk dan mengkritik aku. Sejak diberi amaran oleh beberapa orang yang benar-benar menyayangi aku. Terima kasih atas amaran kalian tetapi aku tidak fikir aku mampu bertahan sekarang. Tambahan pula di saat-saat genting yang meragut nyawa. Nyawa? Ya, nyawa. Nyawa manusia, dan bukannya nyawa haiwan pengakibat Influenza H1N1.

"Jangan kutuk sebarangan Shahaini, jejas nama dan reputasi awak sendiri nanti,"

Ya! Ayat itu membuatkan aku akur. Namun, sejak kebelakangan ini, kepala aku naik hantu setiap kali menonton iklan sebuah tv kabel berbayar (berapa banyak tv kabel berbayar kat Malaysia ni? Faham-faham sendiri!)

Sebenar-benarnya, aku bosan... jemu dan masih bangang. Aku tak faham apa itu konsep 1Malaysia. Macam biasa, bila dah mula konsep '1' maka pelbagai kempen yang akan menggunakan konsep '1'. Tak payahlah aku senaraikan sebab aku tahu, rakyat Malaysia semuanya peka dan sensitif tentang semua yang berlaku di sekeliling mereka.

Aku... terang-terang katakan, aku bukan pengipas, bukan pengampu dan bukan juga penghawa dingin badan besar itu. Banyak kali aku cakap, aku tidak akan sesekali berkhidmat atas tiket k*******. Sebab? Kau nak tahu? Tak perlu... ini bukan sudut untuk 1 SUARA LUAHAN RASA.... kalau nak merasa duduk dalam *.S.*, kau buatlah. Kebebasan bersuara .... TERHAD. Tak percaya? Buat pemerhatian sendiri, jangan malas asyik nak disuapkan terus ke mulut!

Apa? Melayu mudah lupa? Kenapa perlu tunding bangsa Melayu sahaja? Bukan Melayu... tapi bangsa manusia yang mudah lupa!

Beberapa bulan lepas aku didatangi dengan dua buah permintaan dari seorang penerbit.

"Shahaini, tolong buat proposal untuk tele-movie dan drama bersiri, berkonsepkan 1Malaysia,"

"Saya perlukan masa... sebab... saya sendiri tak faham konsep 1 Malaysia....,"

"Apalah yang susah sangat...? Satu Malaysia tentang semua bangsa Malaysia... duduk harmoni, bantu-membantu,"

"Saya cuba, sebab saya kena fahami lebih dulu,"

Kedua-dua proposal sudah aku serahkan. Tunggu saja jawapan kemudian. Aku perlu akui, tidak ada aku atau otak aku dalam proposal itu. Sebab aku masih buntu. Buntu sebab...

Agak-agaknya, selama hari ini kita duduk bukan dengan semangat 1 Malaysia ke?

Apa? Dulu kita menindas bangsa-bangsa lain? Membuang mereka kerana agama, bangsa atau kasta?

Satu Malaysia... masih adakah lagi hak keistimewaan orang Melayu?

Bila menyentuh tentang hak keistimewaan orang Melayu, pasti ada saja yang bidas....

"Orang Melayu dah naik lemak... asyik nak sabsidi, nak bantuan. Usaha sendiri tak mahu."

Mangkuk! (Marahlah ni...), cuba tengok petani. Itulah dia dulu... itulah dia sekarang. Peraih mengaut untung, petani hutang keliling pinggang. Siapa peraih? Apa yang diraih? Duit? Apa yang petani dapat? Apa yang petani raih? Kalau bantuan pun diungkit-ungkit, (sedangkan itu hak...) usaha mereka membanting tulang berhenti setakat hasil diserahkan pada peraih? Tak patut.

Makin menggatalkan mata, bila kita terpaksa TERLALU MENJAGA HATI... bangsa lain. Kenapa? Agak-agaknya kenapa?

Lihat filem... lihat lagu... lihat drama....

Tak sah kalau tak ada watak bangsa lain.
Kalau tengok drama.... filem... dan lagu bangsa lain....
mana bangsa kita?
Setakat jadi light-man....
Bukan aku nak menyalahkan konsep satu Malaysia tapi... kenapa terlalu lemah baik sangat kita untuk menjaga hati orang lain. Kenapa?

Bangsa lain makin celupar mencabar, mencemuh... kita terus diam. Kita ada budi, kita ada akal dan paling penting... kita ada Iman! Ya, aku tahu. Iman.

Adakah si sipolan sedang berusaha untuk mewujudkan bangsa Malaysia? 1 BANGSA, 1 BAHASA, 1 BUDAYA, 1 NEGARA!!!!

1 BANGSA
(Bangsa Malaysia)
1 BAHASA
(Bahasa Malaysia? Melayu+Cina+India+Inggeris+Punjabi++++++++)
1 BUDAYA
(Budaya Malaysia? Melayu+Cina+India+Inggeris+Punjabi+Rempit+Drift+Ah Long+Judi+Rogol+Bunuh+Bom Orang+Tolak Orang???)
1 NEGARA
(Malaysia ... jangan sesekali pisahkan Sabah dan Sarawak kalau benar mahukan 1 MALAYSIA!)


Kadang-kadang aku terfikir, pihak yang bertanggungjawab melaga-lagakan bangsa Malaysia adalah bangsa Politik.

Hatimu Hatiku Jadi Satu



Alhamdulillah, akhirnya menjengah juga 'Hatimu Hatiku Jadi Satu' di blog Fajar Pakeer. Terima kasih kepada warga FP yang sentiasa memberi peluang kepada kami (terutama sekali saya, penulis setahun jagung, masih lagi merangkak-rangkak) penulis-penulis baru.

Terus-terang aku katakan, kisah mini novella ini adalah nukilan jiwaku. Lahir dari emosi dan perasaan seorang aku. Benar! Ia benar-benar salah satu karya yang paling aku sayangi. Harap semua akan terhibur dan faham perkara sebenar yang tersembunyi di sebaliknya.


Novel ini juga aku dedikasikan khas untuk seorang guru yang sentiasa ada bersamaku, malangnya... dia tidak berkesempatan melihat karyaku ini... allahyarham Tuan Haji Zubir Ali. Terima kasih....

Wednesday, July 22, 2009

Padan Muka Aku!

Jumpa doktor. Dua kali dalam minggu ini. Semalam, konon-kononnya kebal sangat. Minta diberi suntikan saja. Tak mahu ubat sebab yakin sangat, suntikan lebih mujarab. Selesai jumpa doktor, gagahkan diri balik ke pejabat. Banyak kerja nak buat. Temujanji perlu diberesi secepat mungkin. Keadaan telinga, masih boleh tahan. Suam-suam kuku. Semalam, sebelum jumpa doktor, aku sempat balik rumah. Umi dan abah bengang juga (tahap dewa...!!!), buat apa masuk pejabat sedangkan telinga masih tak sihat. Aku dengan penuh bongkak cakap...

"Sekejap je, nanti eloklah. Lagipun kerja kat pejabat tu banyak,"

Abah dan umi merelakan aku pergi. Ya, aku sampai pejabat dalam pukul 12.45 tengah hari. Hampir masuk waktu rehat. Tak apa, yang penting niat aku betul. Sempat terima panggilan dari sahabatku Ayshah. Macam biasa, aku tak boleh tak jawab.... (walau dalam hakikatnya telinga aku sensitif terima frekuensi bunyi yang terus menusuk ke gegendang). Macam biasa juga, dia sempat melawak, (tak perlulah tahu ya.... rahsia... ahakz). Masa inilah telinga aku menjadi-jadi sakitnya, tapi aku berlagak macho. Tak nak simpati orang. Kalau sakit pun orang tak akan faham sebab orang lain tak merasa sakit telinga macam aku ni. Tepat pukul 1... aku masuk bilik (surau), lepaskan sakit dan tidur. Alhamdulillah, sakit aku reda dan aku kembali ke meja, sambung tugasan.

Seperti yang aku katakan, orang lain tak akan faham jenis sakit aku ini sebab aku sendiri tak faham kenapa telinga aku seringkali diserang virus. Apa juga anggapan orang terhadap aku, aku pijak saja ke tepi. Aku yang sakit, bukan kau. Sepanjang-panjang pagi aku menahan sakit, aku cuba senyum... nak lupakan makhluk yang menumpang hidup sekaki di lubang telinga aku. Kalau sesiapa yang rapat dan memang kenal aku, tahu yang aku tak suka tunjuk sakit. Tapi mereka masih boleh cam, yang aku sedang menahan sakit. Itu yang membuatkan aku rindu dengan sahabat-sahabat aku. Tak perlu cakap, mereka dah faham. Bila dah sakit, peratusan untuk naik angin memanglah cepat.

Satu -
tengah tahan sakit, berusaha menahan sakit. Kau faham-faham sajalah macam mana keadaannya bila kau menahan sakit.
Kedua -
Kerja yang serabut, otak aku pun buntu. Macam yang aku selalu cakap 'otak aku tak center' maksudnya bukan setakat pemikiran dan akal aku yang tak betul, emosi aku pun begitu.


Jadi, bila sekali jentik saja... aku terus melenting. Namun, Alhamdulillah. Aku berjaya kawal diri. Kalau ikutkan angin, dan emosi yang tak ketentuan, mahu jadi langsuir aku semalam. Walaupun aku tahu, kemarahan seseorang itu bukan dipaksikan atas nama aku, tapi yang mendengarnya aku. Telinga aku dahlah nak expired, emosi aku lagilah bergoyang. Jadi, memang macam peluru berpandu saja hati. Tapi, seperti aku katakan. Alhamdulillah, aku dapat kawal diri. Aku pernah ingatkan diri aku berulangkali. Malah setiap kali aku melangkah keluar dari rumah. Aku keluar untuk cari rezeki. Perasaan dan emosi perlu aku kawal, kerana aku tahu bila-bila saja aku marah, aku akan jadi monster (bak kata Ayuz), mulut aku lebih tajam pada hujung pedang, dan muka aku lebih huduh dari segala yang huduh di muka bumi ni. Jadi, itu yang aku selalu pesan pada hati.

"Jangan mudah sangat makan apa-apa yang orang katakan... baik atau buruk jangan terus telan, kunyah habis-habis, baru nilai... sedap atau tak!"

Dipendekkan cerita yang dah pun panjang. Aku balik ke rumah. Sampai di rumah, macam biasa umi dan abah tanya sama ada aku ok atau pun tidak. Aku angguk saja. Malam, dapat panggilan dari Ayshah dan sms dari Harvinder. Maaflah buat dua-dua sahabatku ini. Bukan aku tak mahu jawab tapi tahap kesihatan telinga aku berada dalam tahap kritikal. Aku sukar mendengar, kepala pun pening, suhu badan tak menentu, sekejap panas... sekejap sejuk. Nasib baik kamu berdua sahaja (antara yang banyak-banyak tahu aku sakit telinga semalam) yang betul-betul menghormati keadaanku dan emosi aku. Ya, keterbatasan itu hanya setakat perbualan, tetapi dengan teknologi (yang konon-kononnya tinggi tahap dewa) kita berhubung juga melalui sms dan YM. Terima kasih atas nasihat kalian (tapi kalian pun tahu, aku sudah tidak percayakan ubat!).

Bahana sakit telinga merebak ke hari ini. Aku tak mampu bergerak. Badan pun panas (kena jangkitan influenza H1N1 ke? Tak mungkin!!!) Masuk ke bilik air, ada darah yang keluar dan meleleh. Ya Allah. Mungkin ini sebab yang Kau beri padaku agar aku merehatkan diri seketika. Aku capai telefon bimbit, sms pada majikanku. Sempat juga aku ingatkan pada dia tentang temujanji esok hari. Aku rehat dan berbaring semula sebelah Miqhail yang masih tidur lena.

Tengah hari, bila aku yakin dah boleh memandu, aku ajak umi temankan aku ke klinik. Kali ini aku tunduk. Aku minta ubat pada doktor.

"Ini kali kedua awak sakit telinga dalam masa 2 bulan," ujar doktor.
Aku angguk saja. Sakit telinga amat, seakan-akan ada binatang berkuku tajam sedang berjalan-jalan dalam rongga telingaku.

"Doktor, kenapa saya saja yang selalu kena jangkitan di telinga... bukan sekali dua kali. Saya rasa dah setiap bulan macam wajib aje kena jangkitan. Sakit sangat, tak tahan saya dibuatnya," aku mengadu sebab memang dah tak tahan sakit.

Sejak dua hari lepas juga aku tak lalu makan sebab tak boleh mengunyah. Sakit... sakit sangat.

"Awak mandi lama sangat agaknya, itu yang lubang telinga awak lembap, mudah virus masuk dan membiak," ujar doktor itu buat andaian.

"Sepuluh minit dalam bilik air, mandi. Normal la tu doktor," balasku, sebenarnya tidak puas hati.

"Agaknya, awak banyak sangat dengar gosip-gosip jahat ni... kurang-kurangkanlah dengar benda yang tak berkenaan," kata doktor itu pula.

"Hanguit hang!" aku tak cakap kuat, sekadar dalam hati saja. Masih ada hormat pada doktor yang bukan dewa di depanku.

"Saya tak bergosip, orang lain bergosip, mengumpat... tak pulak sakit telinga ya doktor," balas aku.

Doktor diam dan ketawa kecil. Apa dia ingat aku suka lawak sebegitu. Aku tanya sebab aku betul-betul nak tahu. Kalau aku nak dengar orang buat lawak, pandai-pandailah aku pergi wayang tengok filem Melayu kat pawagam. Semua genre pun nampak lawak. Seram, romantik, aksi... semuanya lawak saja! Sekarang, kalian faham kenapa aku benci pergi klinik atau hospital setiap kali aku sakit? Ya! Sebab doktor-doktor beginilah yang membuatkan aku rasa bangang setiap kali menatap muka mereka. Seksa... bertambah-tambah sakit aku dibuatnya!

Sekarang ini, aku melanguk depan komputer riba, selak-selak apa yang perlu dan gatal tangan nak mengisi blog aku ni. Aku harap, telinga aku (dalam masa yang sama... otak dan emosi) akan kembali tenang dan normal seperti sedia kala. Insya-Allah.

Dari Kak Sarnia Yahya...

Kepada kak Sarnia... terima kasih daun keladi, kalau ada boleh beri lagi...
Perkara2 yang perlu anda lakukan ialah:

1) COPY gambar amal Islam di bawah
Ditanggung beres

2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama.
Macam mana nih, aku dah lah tak kenal ramai orang.... tapi takpe, aku bubuh ikut suka hati aje. Jangan marah ha....

1. Hanny Esandra
2. Roydi Rokidy
3. Shana (wajib... budak paling banyak hutang dengan aku nih, hahahaha)
4. Salwa
5. Jiha
6. Nurul Mardhiah (N)
7. kak Afna (tau dia tak layan, tapi nak jugak)
8. kak A.R.A (dia ni pun banyak hutang... tapi tak kisah, bagi jugak... hahahaha)
9. kak Umaira (nama wajib...)
10. Ayshah Tahar (kau jawab!!!! Aku tak nak terima sebarang alasan!)

3) Itu sahaja..senang dan mudah.

Monday, July 20, 2009

Apa Viva Il Divo tu?


Ada orang tanya aku, (banyak kali...) apa itu Viva Il Divo...

Kalau nak tahu sangat.... sila tonton video yang di bawah...



Ada seseorang tertinggal... Nurul Mardhiah....

Lupa nak beritahu, yang belakang tu Roy... Roydy Rokidy... tengah menghayati wataklah tu... hihihi

Manis sekali senyumannya. Betul tak?

Sunday, July 19, 2009

Bercampur baur...

Hari ini, macam-macam yang aku rasakan. Perasaan yang bercampur. Peristiwa yang berlaku pun berbilang juga perasaan dan emosinya. Sebenarnya, aku tak tidur semalaman. Satu, mungkin sebab bilik tidurku yang comel itu sudah dicerobohi seorang pecinta. Dan sebab kedua, aku terlalu teruja untuk terjun kembali (sebentar saja) ke bidang yang pernah ku alami beberapa bulan yang lalu. Kewartawanan.

Sudah hampir tiga bulan aku bekerja di syarikat baru. Selama tempoh itu, aku lebih banyak menghabiskan masa di pejabat. Menulis dan menyunting artikel-artikel dan teks. Kalau ada sesi temubual pun, yang sudah dilakukan temujanji lebih awal dan bertentang dua mata. Kali ini, aku diberi peluang untuk merasai sendiri suasana kemeriahan autoshow dan dalam masa yang sama, audioshow. Aku dikira bertuah kerana tempat pertandingan dijalankan di sekitar Rawang, iaitu di Bukit Sentosa.

Seawal pukul 8 pagi aku dah bersiap sedia untuk bertolak. Hati sedikit berat kerana tidak dapat turut serta ahli keluarga yang lain pergi menghadiri majlis cukur jambul anak pakcik saudara aku di Kampung Chubadak. Lebih terkilan lagi sebab, mereka semua terus singgah menziarah atuk. Namun, aku tahu, mereka pasti faham tentang tugasan yang sedia aku galas. Sejak dari mula aku berkecimpung dalam dunia kewartawanan (dulu lebih kepada bahagian famili, kesihatan dan juga hiburan), sudah aku khabarkan kepada umi dan abah serta adik-beradikku. Alhamdulillah, mereka memahami dan terus memberi sokongan.

Tujuan sebenar kedatangan aku (yang ditemani majikanku), untuk menemubual dua individu yang terpilih untuk segmen show-off sistem audio kereta masing-masing. Malangnya, kedua-dua mereka lambat sampai ke tempat pertandingan dan bilangan pengunjung pula teramat ramai. Meriah betul, dan terasa-rasa seperti sedang berkunjung ke karnival Jom Heboh! Jadi, aku tidak mahu pulang dengan tangan kosong. Malah majikanku juga beritahu supaya tugasan hari ini ditukarkan dari segmen show-off kepada liputan untuk segmen event.

Aku pun melancarkan misi. Melawat satu kereta ke satu kereta yang lain. Nasib baik semasa aku berkunjung ke kereta-kereta tersebut, kesemuanya dalam proses memanaskan enjin. Kuranglah bunyi dentuman tapi masih jelas kedengaran. Aku juga sempat berbual dan beramah mesra dengan peserta pertandingan. Seronok mendengar luahan hati mereka dan kegembiraan mereka menunjukkan kehebatan sistem audio masing-masing. Aku tertarik dengan sebuah kereta k-car yang comel dengan bunyi hon lagu The Godfather. Asyik betul.

Seperti biasa, aku selalu saja bertanyakan soalan yang mungkin tidak sepatutnya ditanya.

"Berbaloike duit berhabis berpuluh-puluh ribu dengan ganjaran hadiah yang ditawarkan?"

Seorang peserta gelak besar, "duit ciput sangat kalau menang sekalipun, tapi yang penting saya minat,"

"Isteri tak bantah hobi mahal ni?" tanya mulut celuparku.

"Lebih baik saya berhabis duit di kereta dari habiskan duit cari perempuan lain,"

Memang benar juga apa yang dikatakan peserta itu. Aku juga turut tertarik dengan seorang peserta yang turut bertanding. Dia jauh lebih bertuah berbanding peserta-peserta lain kerana, si isteri menemani si suami dengan penuh syukur. Aku bertanyakan soalan yang hampir sama dan ini pula jawapan yang aku terima....

"Kereta ini dah macam anak... saya rasa tak salah kalau nak berhabis duit pada anak,"

Jawapannya membuatkan aku teringat kepada Romi. Ya! Romi, kereta kesayanganku. Dialah nyawa dan dia jugalah buah hatiku. Sudah hampir 5 tahun aku dengan Romi. Ketika dia masih dalam jagaanku, sedikit calarpun aku boleh naik hantu. Sekarang? Romi banyak parut, kesan geseran. Mungkin sekali dari lori!

Disebabkan 2 individu yang aku perlu temubual datang lewat, aku sempat bertukar-tukar nombor dengan peserta. Aku juga pulang sedikit lewat dan sedikit terkilan kerana temujanji dengan dua individu tersebut terpaksa dibatalkan. Mungkin, di hari yang lain.

Pulang ke rumah, tidak ada sesiapa. Aku seorang saja sebab mereka semua menziarah atuk pula. Aku ambil kesempatan ini, bermanja-manja dengan Jojo dan Jaanu. Sudah lama aku tak luangkan masa bersama-sama mereka. Aku dapat rasakan perbezaan pada Jojo dan Jaanu. Kedua-duanya makin besar tapi, Jojo tak selincah dan senakal dulu. Lebih banyak menghabiskan masa dalam rumahnya. Puas aku membelai tangan dan kakinya. Dia jengukkan wajahnya tapi matanya tertutup rapat. Ya Allah!

Jojo tak sihat. Matanya bengkak. Aku usap berulang-kali kaki dan tangannya dan sesekali aku gentel jari-jarinya. Ada tindak balas tetapi lemah. Hati aku sudah mula bergetar. Teringat aku pada CJ. Keadaan sama pernah menimpa CJ dan akhirnya, dia pergi meninggalkan aku. Aku tak mahu keadaan berulang kembali. Aku tak mahu kehilangan Jojo dan aku hanya mampu berdoa, agar dia akan kembali sihat.

Abah atau Umi...


Tengok tu..., muka aku mirip abah!


Nak dijadikan cerita, Ahad lepas aku, umi, Along dan Miqhail keluar memburu untuk mencari kedai menjahit baju. Baju untuk hari raya. Al-maklumlah, kena tempah cepat-cepat kalau tak jadi macam kisah dulu. Aku tak sempat beraya dengan baju baru, tapi dengan baju raya tahun sebelumnya gara-gara kain yang aku beri untuk dijadikan baju kurung dah terkoyak! Lebih tragis, bukan saja terkoyak, hilang pun ada.

Stok kain-kain tak dapat hantar ke tempat selalu sebab dah tak terima. Tempahan terlalu banyak dan si tukang jahit khuatir tak siap tepat pada tarikh yang ditetapkan. Kami merantau pula ke Sungai Buloh. Bila tanya harga, boleh kerat leher mahalnya. Jadi kami pergi ke Selayang. Alhamdulillah..., masih ada yang sudi terima.

Sudah hampir empat tahun Selayang ditinggalkan, tapi sukar untuk aku menerima kenyataan yang Selayang sentiasa dekat di hati. Tambah pula, hatiku pernah tertinggal di situ. Cerita yang aku ingin kongsi bersama bukanlah cerita atau kenangan aku di Selayang... tapi kisah yang agak menarik perhatian aku untuk kongsi bersama.

Itulah perangai Ayuz dari dulu sampai sekarang... memekak 24 jam...


Bukan kisah politik atau yang sewaktu dengannya, tapi ianya berkisarkan aku juga. Aku masih ingat masa aku masih kecil. Sekitar umur aku 2 tahun ke belasan tahun, mana-mana aku pergi pasti orang akan cam aku sebagai anak Aan (abah aku!), sebab muka aku memang iras abah. Sehinggakan ada orang pernah suruh aku dan abah masuk pertandingan wajah seiras, tak lama dulu. Namun, bila aku dah meningkat dewasa (awal 20-an..) wajah aku dikatakan seiras dengan Umi. Aik, ini kes pelik? Aku tak nampak pun persamaan muka aku dan umi.

Bukan niat aku tak mahu disamakan dengan umi. Kalau mereka kata wajah Along dan Ayuz mirip Umi, itu aku boleh percaya. Terutama sekali Ayuz, wajah dia yang ada ala-ala Arab (sebab umi ada keturunan Arab, Syed). Aku pula memang nampak macam Tibet sejak kecil lagi, sebab keturunan minang memang nampak macam cina. Wajah aku pula dikatakan saling tak tumpah dengan muka arwah moyang (mak kepada atuk Zainal aku) dan ada sedikit campuran muka arwah wan serta serba sikit wajah abah. Along pula, memang sah-sah nyata, ada campuran muka abah dan umi.

Bila si tukang jahit mengatakan wajah aku iras umi aku memang amat terkejut. Tak sangka... (serius, muka umi memang cun dan lawa, keturunan Arablah katakan!), aku pandang umi dan Along. Entahlah, mungkin ada, cuma aku saja yang tak perasan.


Kini! Along dan aku sempoi, Ayuz pulak memang pantang jumpa kamera!



Tuesday, July 14, 2009

TAG dari 2 Adik Manis

Masa untuk membayar tag-tag...
dari dua adik-adik manis,
Hanny dan Hafirda...
Terima kasih
1. Sila copy paste award ini di blog anda:
Beres adik-adikku... terima kasih


2. Sila copy paste award ini di side bar blog anda.
Yang tu kena fikirkan kemudian kot...


3. Passkan kepada 5 rakan anda:
1) Roydy
2) Airul
3) Jiha
4) Salwa
5) Shana (dah lama tak bagi!)

Monday, July 13, 2009

Kenapa? Jangan Takut dan Bersabarlah...

Pernah tak sesiapa antara kamu yang rasa nak menangis dan menjerit bila dah tak mampu untuk berkata-kata sebab tak diberikan peluang?

Pernah tak rasa macam nak tendang, orang yang kau tahu dan nampak potensi mereka tapi malangnya mereka buat tak endah dan tak sayang langsung bakat tu?

Ada tak sesiapa rasa macam nak penerajang saja orang yang tak faham-faham perasaan sayang kita pada mereka?

Ataupun, pernah tak sesiapa rasa nak tampar, tumbuk dan sepak diri sendiri sebab mudah sangat sayang orang? Bukan sayang bermaksud nak bercinta atau apa tapi... sayang sebab kau kenal, tahu dia seorang yang baik dan yang paling penting... kau sayang bakat yang ada padanya dan sampai satu tahap kau ingin bertanya mereka....

Kenapa kau tak nampak apa yang aku nampak pada kau?

Susahlah nak cakap tapi ia gabungan perasaan bimbang, risau, gelisah ... kalau boleh tak nak apa-apa buruk terjadi pada orang tu... dalam hati kau mahu apa juga yang dia rancang atau hajati akan tercapai. Kau risau sebab kau tahu!

Ah... biarlah ia menghurung otak aku sendiri, sebab aku seorang saja yang faham, sebab aku seorang saja yang rasa!


Sebenarnya inilah perasaan aku sekarang ini. Aku dah jumpa berpuluh-puluh orang dengan perangai yang sebegini. Aku tak nafikan, dulu aku pun begitu juga. Abaikan bakat dan anugerah yang telah dikurniakan pada aku.

Masih jelas dalam ingatan, dewan kuliah utama ASK (DKU) jadi saksi segala kedukaanku. Di situlah air mata aku pernah menitis untuk pertama kali. Bertanya pada diri, menyalahkan diri sendiri. Kenapa aku tak begitu? Kenapa aku tiada peluang sebegitu? Bolehkah aku jadi seperti dia? Mengapa lambat sangat aku berjaya? Mampukah aku jadi orang yang aku cita-citakan? Bolehkah karya aku nanti diterima pakai? Betulkah aku ini ada bakat atau perasaan aku sendiri saja? Siapa nak baca karya aku? Orang lain dah menempa nama, aku bila lagi? Dah terlambatkah untuk aku berusaha dan berjaya seperti orang lain? Memang! Banyak sangat soalan yang membebani kapasiti otak aku ketika itu.

Sehinggalah aku dikejutkan oleh kata-kata perangsang dari Fatimah. Biarlah dia dan aku saja tahu kata-kata itu. Terlalu peribadi. Dan Alhamdulillah, berkat dorongan dan yang paling penting, kesabaran aku berjaya juga bertatih-tatih di bidang penulisan.

Jadi, bila aku berjumpa dengan orang yang berbakat besar tetapi langkah mereka ditahan oleh ketidakyakinan mereka terhadap diri sendiri, aku terus teringat akan diriku yang dulu. Kalau boleh aku mahu sampaikan pada mereka, jangan tahan dan hadkan diri hanya kerana takut kegagalan dan juga musuh terbesar sesuatu kejayaan adalah kesabaran. Tanpa sabar, semua usaha tak akan menjadi. Sudahnya semua impian dan cita-cita tergadai dek kerana takut dan tidak sabar.

Semua kejayaan perlu dimulakan dengan satu titik permulaan. Tolak tepi segala perasaan takut dan tidak yakin diri. Cuba! Cuba bermain dengan risiko. Selagi tidak ada langkah permulaan yang pertama, tidak akan ada pun langkah yang bergelar kejayaan.

Hidup ini adalah satu perjalanan yang panjang. Jika kita terjatuh di pertengahan jalan, bangkitlah. Jangan biarkan kejatuhan itu menjadi sebab untuk kita terus berhenti. Sebaliknya jadikan ia satu peringatan untuk kita berhati-hati sebelum sampai ke destinasi. Destinasi yang aku maksudkan itu adalah kejayaan dan kejatuhan itu adalah risiko yang perlu diambil. Sama ada berjaya ataupun gagal.

Walau apa juga yang terjadi... risiko dan kegagalan pasti akan muncul dalam hidup setiap insan. Jadi, sebagai insan kita perlu berani hadapinya. Jangan takut mencuba dan melindungi diri dari kegagalan. Tanpa kegagalan manusia tidak akan berpeluang untuk belajar. Tanpa kegagalan manusia tidak akan bertemu kejayaan. Malah, setiap kejayaan yang bakal diperolehi perlu diiringi dengan sabar yang tinggi.

Usaha demi usaha perlu diteruskan kerana kejayaan tidak akan datang dalam sekelip mata. Aku percaya, kejayaan yang cepat diperolehi akan menyogok manusia untuk leka dan mudah rasa bangga diri. Maka cepatlah juga dia akan melihat detik kegagalannya. Berbeza pula dengan manusia yang mendaki satu persatu anak tangga ke mercu kejayaan kerana dia lebih menghargai setiap langkah yang diambilnya dan akan berusaha lebih keras lagi untuk mengekalkan kejayaannya itu.

Kesimpulannya, jauhkanlah dari dua sikap takut dan tidak sabar ini, kerana ia hanya membantutkan usaha manusia. Bagi aku, manusia yang berjaya adalah manusia yang bersabar dan terus berusaha tanpa perlu berhenti. Berhenti hanya akan membantutkan kejayaan seseorang. Wallahualam.

Sunday, July 12, 2009

Rindu Di Hati…


Kalau tengok tajuk, tentu ramai yang dah tahu rindu yang aku maksudkan. Masuk bulan 7, genap setahun aku bergelar bekas pelajar ASK/ASWARA. Dalam masa setahun ini, macam-macam juga aku telah lalui. Awal dulu, memang susah juga nak sesuaikan diri yang aku bukan lagi pelajar dan tidak ada lagi mereka-mereka yang berkongsi minat dan jiwa yang sama. Lama-kelamaan rasa itu hilang dan tiba-tiba ia muncul semula.

Kenangan lalu semakin menghambat. Rindu aku amat kuat pada rutin harian dan semestinya menghabiskan masa bersama enam orang lagi insan yang semestinya satu aliran dan juga minat yang sama. Viva El Divo tetap di hati. Biarlah ada masanya taufan Katrina melanda tetapi hubungan persahabatan nyata lebih hebat menangkis anasir busuk yang bisa merobohkan hubungan suci murni ini.




Hari ini, perasaan rinduku amat kuat. Terasa-rasa bagai semalam semuanya berlaku. Melihat telatah Roy dan Airul yang tak sudah-sudah buat kami yang lain ketawa. Terutamanya Roy, mana bisa aku lupa gaya mimiknya, meniru pensyarah kami… dan Airul pula dengan lawak ratapan anak tirinya. Fatimah pula dengan pemikirannya tapi kegilaannya menyamai tahap kegilaanku. Beza umur saja, lain dari itu… aku dan Fatimah memang serupa. Pengetahuannya yang luas memang senjata yang boleh membisukan orang lain. Salwa dengan sikap naïf dan polosnya. Mudah percaya dan selalu tertipu dengan usikan kami. Jiha dengan yakin diri yang adakalanya berani-berani takut. Dan N membunuh dengan ayat-ayat bahasa Melayu yang amat puitis dan indah didengar. Aku pula, jadi kakak yang memerhati dan menegur serba sedikit dan berkongsi pengalaman hidup. Adakalanya, aku pun lagi gila dari mereka semua.




Ketujuh-tujuh kami, bila dah bersama dunia rasa bagai tiada batasnya. Aku pula rasa dengan mereka aku dapat menjadi diri aku yang sebenar. Tak perlu bersembunyi di sebalik diriku sendiri sepertimana yang sedang aku alami sekarang.

Tawa, ria, jerit-pekik, riuh-rendah… berlakon, menari dan menyanyi sesuka hati. Saat itulah yang aku nantikan. Bebas untuk menjadi diri sendiri. Tapi, ia dah berkubur. Ia perlu dikuburkan. Kerana aku sekarang berada di dunia realiti. Dunia yang kejam dan membunuh dunia fantasi. Dunia keanak-anakkan aku. Aku perlu… dan harus hadapi realiti dengan berani. Aku tidak mahu dengar lagi kata-kata sumbang mengutuk sikapku yang periang ini. Perangai yang penuh keriangan seorang kanak-kanak sudah tidak relevan dengan aku… wanita berusia 26 tahun. Rindu di hati perlu diganti…. Aku perlu menguburkan aku di dalam aku….


Friday, July 10, 2009

....dan Inilah Dia...


Selama ini ramai yang bertanya di mana aku bekerja? Majalah apa? Syarikat penerbitan apa? Aku hanya senyum dan ketawa sebab masih belum sedia nak kongsi cerita. Ada yang naik bosan bila aku balas 'adalah, nanti ya,'. Aku tak nak beritahu sebab, edisi pertama majalah ini aku rasakan tidak mencapai standard yang boleh buat aku senyum. Edisi yang kedua ini, seakan sedikit terbayar juga usaha kami (seratus peratus hasil kerja aku dan 'doktor grafik' juga semestinya staff yang lain-lain), setelah berhempas-pulas, bagi memastikan kesalahan dan kekurangan berada dalam tahap minima. Baik dari segi isi mahupun iklan (rasanya iklanlah yang paling leceh, pening kepala).

Kepada sesiapa di luar sana yang meminati sistem audio, tak kurang juga pada mereka yang nak tahu apa itu sistem audio dan ICE (In Car Entertainment) jangan lupa dapatkan di pasaran.

* Secara peribadinya, aku suka kulit muka edisi kali ini. Apa pendapat kamu semua, kongsilah!

Thursday, July 9, 2009

Misi Bayar Hutang

Hari ini ada kelapangan sikit, jadi dengan perasaan yang penuh segan (cewah... hehehe) aku harus langsaikan hutang-hutang TAG yang tak terbayar sebelum ini. Harap adik-adikku sekalian berpuashati ya... maaflah lewat sikit. Bukan tak nak melayan, cuma tak ada kesempatan.

TAG PERTAMA - HAFIRDA AFIELA
Hutang tag pertama dari adik comei-putih-gebu iras aku... Hafirda! Bukan apa, dulu masa di ASK, ramai sangat tertukar panggil nama. Okey... ini dia tagnya...harta karun dan khazanah yang akak pikul hari-hari...

Inilah khazanah-khazanahnya... memang banyak barang. Faham-faham ajelah ek.

Nak tag siapa?
Tak ada siapa sebab kalau tag pun mesti dah basi. Lagipun otak beku, tak dapat nak berfungsi. Kalau sesiapa yang melintas blog aku ni, sudi-sudikanlah TAG diri sendiri. Banzai....!!!




TAG KEDUA - HANNY ESANDRA
Hutang tag kedua dari adik kecik manis tapi garang (kecik-kecik cili api gitu) Hanny... akak bayar ni, kalau ada lagi... jangan serik TAG lagi, ewah!





1. Copy badge untuk diletakkan diblog anda
~Beres bos~


2. Link @ ceritakan siapa yang memberi award ini
~Adik Hanny... budak paling sempoi, kelakar dan tegas. Calon isteri paling bagus... nasib baik aku tak ada adik lelaki atau abang, kalau tak dah lama suruh dorang kenen budak Hanny ni. Hihihi


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda ditag)
Nak tanya sikit... kalau tag orang lain baru jawab, betul tak? Kalau tak nak tag orang lain, kena jawab jugak ke? Hehehehe...


~Sukar dijangka~
Orang yang cakap, aku tak pernah pulak rasa aku ni sukar dijangka.

~Terus terang~
Tak suka selindung. Kalau tak puas hati terus bagitahu, tapi kadang-kadang ada had juga sebab tahu orang yang mendengar akan jadi MENYAMPAH!

~Bagaikan kelapa~
Betul. Percayalah. Luar keras, isi dalam lembut. Orang tertentu saja yang tahu.

~Suka buat hal sendiri~
Kadang-kadang lebih suka menyendiri. Berkurung dalam bilik. Pakai headphone(sebab itulah telinga ni pekak... full volume!!!) menari, memekak sesorang tak siapa tahu. Kekadang aje umi datang ketuk pintu.

~Pantang nampak kertas dan pen/tangan tak boleh diam~
Yang ini semua orang tahu kot! Terutama masa di ASK dulu. Habis segala benda aku patahkan. Tak pun, aku menconteng buku-buku nota orang. Buku nota Fatimah selalu jadi mangsa.

~Suka baca~
Kadang-kadang tabiat ni tak elok. Macam, tengah memandu... aku suka baca segala papan tanda. Kalau suratkhabar, iklan-iklan pun aku habis baca. Opss.. novel lambat sikit sebab aku ni....

~Kedekut sangat!~
Susah benar nak keluarkan duit. Berhati-hati sangat. Tapi sanggup kumpul duit kalau sesuatu yang berhubung dengan minat aku. Apa minat aku ek?Ala, korang tahu, tak payahlah aku beritahu kat sini.

~Sayang budak-budak~
Pernah aku kena marah dengan mak orang sebab kacau anak dia. Terasa-rasa aku ni macam penculik budaklah pulak. Itulah yang aku tak sabar nak anak sendiri.

~Pemaaf/Pendendam~
Tak boleh nak komen yang ini. Ada masanya aku mudah maafkan orang. Tapi kalau menyentuh isu keluarga dan sentiviti orang yang aku sayang, aku berubah jadi pendendam.

~Susah nak tidur~
Penyakit agaknya. Sejak dari tingkatan 3 dulu, susah betul nak tidur. Dulu sibuk belajar, jadi sekarang ni terbawa-bawa pula dengan buat kerja. Ada hikmahnya tak boleh tidur malam ni. Ahakz...

4. Pilih 6 orang penerima award seterusnya & nyatakan nama mereka diblog -
semuanya dah dikebas Hanny untuk di Tag... jadi sesiapa saja yang melintas di sini, anda amat dialu-alukan untuk menjawab TAG ni...

Monday, July 6, 2009

You Rock My World - ‘DiaShAzwa’

Aku, (Bhin)Dia & Azwa... selepas 10 tahun...


Aku memang tak suka dengan perancangan. Jadi, bila Azwa SMS dan ajak untuk berjumpa ramai-ramai, aku tak berapa pasti sama ada perancangan itu akan berjaya ataupun tidak. Petang Jumaat, Azwa dah pun selamat sampai ke semenanjung (dia belajar di UMS, Sabah). Nasib baik masa dia SMS, aku dah pun ada kelapangan. Kerja aku dah siap dan buatkan aku ada masa untuk menumpukan perhatian pada perancangan untuk pertemuan setelah hampir setengah dekad tidak berjumpa. Kali terakhir aku jumpa Azwa pun masa masih menuntut di UIA Gombak (2004). Pertama kali juga, ketiga-tiga kami (aku, Harvinder dan Azwa) berjumpa selepas sahaja tamat SPM (2000). Lama betul tu!

Pagi Sabtu, (pertama kali aku tidur nyenyak dalam tempoh seminggu ni) aku bangun agak lewat. Pukul 6.30 pagi. Sambung sedikit skrip tele-movie. Kemudian, baca semula manuskrip Mini Novella. Aku suka karyaku yang satu ini kerana ianya benar-benar dekat dengan hati. Beberapa minit lepas tu, aku hubungi Dia(Harvinder). Dia dah siap sedia untuk perjumpaan kali ini. Aku pun begitu juga. Entah kenapa, badan aku tak berapa sihat dan hampir-hampir saja aku nak batalkan perjumpaan hari ini. Mustahil! Peluang untuk berjumpa tidak selalu ada. Jadi, aku keraskan juga hati, redah segala-galanya dan Alhamdulillah, aku muncul juga di kawasan rumah Dia pukul 12 tengah hari.

Malangnya, Azwa dan adiknya, dah pun sampai di Sogo dalam pukul 11.30! Alamak! Rasa bersalah betul. Aku hantar SMS katakan yang aku dan Dia akan sampai lambat sebab masalah tertentu. Bila aku hubungi dia, dia dah pun ronda-ronda KL. Tak apalah,janji dia tak tertunggu-tunggu sebab aku tak suka orang tunggu aku. Aku dan Dia pun bertolak dari kawasan rumahnya. Naik bas RapidKL. Pertama kali naik untuk sekian lama, agak janggal juga. Bukan lupa diri, cuma sudah tak terbiasa dengan rutin menaiki kenderaan perkhidmatan awam. Pemandunya pula, tak payah cakap. Jantung aku ni, kalau boleh tercabut… memang dah lama melayang. Bahaya betul pandu bas. Macam naik kereta Fast and Furious pulak!

Kami berdua turun di Warta. Oleh kerana tak nak lebih lewat dan takut Azwa lama menunggu, aku ajak Dia naik teksi. Pemandu teksi pun lebih kurang 2 x 5 dengan pemandu bas. Kami hampir-hampir menyondol kereta Saga Iswara di fly-over Kepong. Kalau dia tunda pun, biar dia yang bayar! Pukul 12.45 tengah hari sampailah kami berdua di Sogo. Azwa pula masih meronda-ronda di Jalan TAR.

Mungkin kedengaran agak pelik, tapi inilah hakikatnya. Sampai-sampai saja di Sogo, ada jualan murah. Aku dan Dia sikit pun tak terjenguk barang-barang di situ dan terus menuju ke fourt court! Kelakar, betul tak? Beberapa minit kemudian, Azwa sampai dan mulalah episod Jejak Kasih di depan kawasan air terjun di Sogo. Seronoknya berjumpa dengan kawan-kawan lama. Kisah yang tersimpan dari A – Z, semua dikongsi bersama. Sedikitpun tak ada baki yang tertinggal berselang-seli dengan kenangan kisah ketika di waktu persekolahan.

Pertemuan dari pukul 1 sehingga 6 petang seakan masih kurang. Memang masa amat memusuhi pertemuan kami. Sepanjang aku meluangkan masa bersama mereka, ada saja panggilan yang masuk mengganggu ketiga-tiga kami. Azwa ada urusan lain kerana perlu bertemu dengan neneknya pula. Aku pula menerima panggilan dari majikanku, untuk turun padang. Aku harap, majikanku faham sebab inilah satu-satunya hari yang ingin aku luangkan bersama kawan-kawan setelah 9 tahun tidak bertemu.

Akhirnya, terpaksa juga ucapkan selamat tinggal dan mula ambil laluan masing-masing. Namun apa yang pasti, selepas dari hari ini perhubungan kami tidak akan putus. Insya-Allah, dan harap masing-masing berjaya dengan pilihan hati masing-masing. Al-maklumlah, ketiga-tiga kami pernah bercinta, didustai, terluka dan sedang berusaha untuk menemui cinta yang baru. Harapnya begitulah.

Aku dah Dia bergerak pulang ke rumah Dia, di mana aku letakkan Romi. Sebelum balik, Dia ajak ke rumahnya sebentar. Aku pun amat berbesar hati nak berjumpa dengan keluarganya. Jadi, aku pun dengan hati yang teruja (tak kurang juga segan sebab tak tahu penerimaan keluarga dia) mengorak langkah. Saat pintu dibuka, aku dapat lihat mak Dia. Aku tak sangka, kedatangan aku disambut dan dilayan mesra oleh keluarga Dia. Aku sempat menjamah kek (vegetarian) air tangan mak Dia. Sedap! Memang sedap sekali. Keadaan bertambah meriah bila, kak Veena balik. Riuh-rendahlah rumah tu. Aku sempat juga melihat gambar-gambar perkahwinan keluarga Dia sambil mengusik mak Dia,

‘aunty, bila Dia nak kahwin?’

Soalan licik, diajukan semula kepada aku…

‘you bila nak kahwin, soniye?’

Aku tergelak besar. Pertama kali aku terima pujian sebegitu, sebab Dia kata ibunya cakap, aku cantik tanpa tudung. Aku tak pernah terima pun pujian sebegitu. Dan keduanya, aku tak terfikir soalan itu akan diajukan semula padaku. Dalam keseronokan meluangkan masa bersama keluarga Dia yang comel ini, aku terima dua panggilan. Satu dari orang yang …tut tut… dan satu lagi dari majikanku. Alahai, maaflah. Aku memang tak dapat datang ke tempat tu sebab sukar untuk aku tinggalkan kemeriahan di rumah ni. Manakala si abang yang satu lagi sempat suruh aku balik rumah. Katanya…

‘Sha, tak elok anak dara balik lewat malam’

Memang aku tak dengar cakap sehinggalah abah sendiri yang buat panggilan.

‘Izan tak sayang abah, ya? Kenapa tak balik lagi?’

Alamak. Lemah hati aku dibuatnya. Aku pun apalagi, cepat-cepat bersiap pulang ke rumah. Sebelum melangkah keluar rumah, mak Dia datang dan memberikan duit ke tapak tanganku.

‘Eh, aunty tak payahlah susah-susah beri duit’

‘Nahin, ini adat kami… you datang rumah ni pertama kali’

Aku terima saja. Hormati adat kaum Punjabi. Seronok juga hingga aku tanya

‘Boleh saya tidur sini, bila-bila saya nak?’

‘Datanglah, lagipun kat sini tak ada lelaki’ ujar kak Veena.

Aku sempat bergambar dengan kak Veena yang cantik manis. Aduhai, kenapalah mereka semua ni dikurniakan wajah yang cantik-cantik. Terasa-rasa aku berdiri dalam kelompok ratu cantik pula. Dan sebelum betul-betul meninggalkan rumah Dia, sekali lagi mak Dia tanya…

‘bila nak kahwin?’

‘Saya tunggu sesiapa saja masuk minang,’

Jawabku sambil diikuti hilai tawa kami semua. Yang pastinya hari ini memang satu hari yang terlalu menggegarkan duniaku. Mereka berdua membuatkan aku mengimbas kehebatan persahabatan kami yang dulu dan cuba untuk mengekalnya sehinggalah nafas terhenti. (Bhin)Dia dan Azwa… You Rock My World!

Thursday, July 2, 2009

10 Saat yang panjang, Allahu Akhbar!


1 … Allahu Akhbar!
2… Alhamdulillah, aku masih bernyawa!
3… Insaf dan sedar, lunaskan tanggungjawab atas diriku dengan peluang kali kedua yang diberi olehMu.


Semalam, sepanjang hari di pejabat… aku tiada masa untuk bersantai walau untuk seminit dua. Sejak bekerja di tempat baru, aku berubah menjadi seorang insan yang boleh dikategorikan sebagai penagih kerja! Sampai saja pejabat, fokusku seakan tak dapat beralih dari tuntutan tugas. Aku mahu yang terbaik. Bukan hanya sekadar terbaik dari kualiti kerjaku tetapi kepuasan diri juga. Mungkin situasi pejabat yang mendorong aku berubah. Beban tanggungjawab yang dipikul bukan sesuatu yang boleh dianggap remeh. Tugas sebagai editor membuat aku berubah seluruhnya. Kalau dulu, ketika bertugas sebagai wartawan aku lebih banyak bermain, tetapi kali ini aku lebih suka mencabar kemampuanku sendiri. Tak boleh duduk diam. Ada masa lapang, pasti aku cari jalan untuk buat sesuatu. Sehinggakan waktu rehat adakalanya aku tinggalkan dan makan bila-bila ku rasa perlu, sambil-sambil buat kerja. Ya! Aku benar-benar berubah.

Mungkin juga disebabkan rakan kerja yang memacu aku untuk terus beri tumpuan. Ditambah pula dengan majikan yang mementingkan kualiti dan dalam masa yang sama memang ambil berat tentang kebajikan pekerja. Tiga tempat sudah aku sumbangkan tenaga, di sini baru aku dapat merasa peluang untuk bercakap dan keutamaan pada pekerja. Alhamdulillah. Mungkin disebabkan hal ini, aku lebih suka habiskan masa dengan buat tugasan. Kurangkan aktiviti melepak sambil YM dengan kawan-kawan dan aku pernah dimaki oleh seorang kawan. Katanya, aku tak patut buat dia buat panggilan berkali-kali tapi aku jawab dengan beri alasan ‘maaf, akak sibuk sangat ni’. Malah perubahan pada diri aku ini dapat dihidu oleh Along. Memang dia tidak pernah lepas pandang tentang perubahan aku. Dia orang pertama yang tahu segala-galanya. Tanpa perlu aku cakap.


“Kau dah jadi workaholic sekarang ni ya? Siang sibuk kerja pejabat, balik rumah buat novellah…, skriplah. Cukup tidur tak?” soal Along ketika aku bertugas menghantar dan menjemputnya semasa ketiadaan abang Zamri.

“Tanggungjawab manusia bertambah dengan pertambahan usia agaknya,” ujarku dalam tawa.

“Tanggungjawab tak akan habis, ada masa rehat Izan. Jangan paksa diri,” nasihat Along.

“Masa muda inilah kita kena cari rezeki. Selagi kudrat ada, apa aje yang aku boleh buat, aku buat. Aku tak nak lepaskan apa-apa pun sekarang,” jawabku.

“Kau kena fikir kesihatan kau jugak! Masa muda memang tak ada apa-apa kesan. Tua nanti, kau menanggung sendiri,” balas Along.

‘Itu pun kalau aku sempat tua,’ bisik aku sendiri.


Kadang-kadang, apa yang kita kata, apa juga yang kita ucapkan itu umpama satu doa. Sebelum ini, aku pun sering kata pada sesiapa saja, aku ada impian. Impian aku adalah… ‘biar apa pun yang terjadi, aku nak mati sebelum keluarga aku yang lain. Aku mahu rasmikan kematian pertama dalam keluarga Zahar. Bunyinya tak masuk akal, tapi itulah hakikatnya. Memang itu yang aku mahu. Malah dalam doa pun aku bercakap kepada Allah, kalau kau nak tarik keluar nyawa keluargaku, kau mulakanlah dari nyawaku! Kenapa? Sebab aku tak sanggup menangisi kematian sesiapa sebab aku pasti kalau aku mati sekalipun tentu tidak dirasai sangat. Harvinder pernah kata yang permintaan aku tu lebih kepada pentingkan diri sendiri. Ya! Memang aku pentingkan diri sendiri. Memang aku nak mati dulu. Itu doa aku. Tak ada siapa berhak halang.

Semalam aku pulang lewat. Aku pulang lewat bukan sebab menyundal! Aku balik lambat sebab menunaikan tanggungjawab aku terhadap tugasku. Kalau diikutkan hati, tepat pukul 6.30 petang, aku mahu saja tolak kerusi masuk ke dalam meja dan ucap bye kepada semua tugasanku yang tidak akan habis-habis. Namun, aku memikirkan tentang tanggungjawab. Biar pun majikan suruh atau halau aku balik, kalau kerja aku tak habis dan aku rasa perlu untuk aku habiskan. Aku akan sudahkan! Aku akan tangguhkan pula kerja menulis aku di rumah. Aku akan selesaikan dan sambung mana yang mampu sebaik saja pulang ke rumah. Aku tidak kisah tidur pukul 4 pagi atau tidak tidur sehari suntuk. Itu sudah biasa bagiku. Aku pernah tidak tidur lima hari berturut-turut, semata-mata nak habiskan kerja penulisanku. Tanggungjawab aku bukan sekadar pada diri aku. Tetapi merangkumi semua yang ada di sekelilingku. Bagi aku, Allah sudah jadikan kita sebagai khalifah di dunia untuk bertanggungjawab ke atas diri, keluarga, bangsa, negara dan yang paling utama agama.

Aku keluar dari pejabat sambil ditemani rakan sekerja, Rizman. Salah seorang rakan baru yang aku namakan sebagai hikmah terindah dalam hidupku. Aku tahu, dia maklum akan kenyataan itu sebab aku pernah beritahu padanya awal-awal perkenalan kami. Pada dia, aku bertemu dengan seseorang yang sentiasa sedia memberi nasihat dan pengetahuan yang mana tidak pernah aku perolehi dari sesiapa sebelum ini. Selama hari ini, aku sentiasa menasihat, memujuk dan mendengar segala-gala luahan orang. Pertama kali dalam hidup, aku ditemukan dengan orang yang buat begitu pula pada aku. Jadi, aku berani katakan di sini sekali lagi dan berulang-ulang kali yang dia adalah antara hikmah terindah dalam hidupku. Kami berdua pulang pada masa yang sama. Masing-masing pulang dengan kenderaan masing-masing. Bezanya, setiap kali keluar bersama, dia akan bertolak meninggalkan kawasan pejabat lebih awal berbanding aku yang terkedek-kedek mendapatkan Romi.

Semalam seperti hari-hari sebelumnya, aku terpaksa mengundur Romi dengan lebih berhati-hati. Maklumlah, van merah hati Old Town dan kereta Iswara menghalang kelancaran Romi untuk bergerak. Setelah yakin yang punggung Romi tidak akan berlanggar dengan badan Iswara dan muncung depan Romi tidak mencium punggung van Old Town, ku pandu Romi laju mendaki bukit yang agak condong. Di sini, setiap kereta perlu lebih berhati-hati, sebab tidak dapat lihat kenderaan yang datang dari arah hadapan. Aku pula dengan mata yang agak-agak semakin sepet dan mengecil, terus juga memandu. Tak nak kena bebelan bila balik ke rumah nanti. Aku ikut saja rentak kereta Kembara hijau di hadapanku. Aku menguap berulang-kali. Mengantuk. Aku menguatkan lagu nyanyian Beyonce, Halo. Ingatan aku terbang teringatkan seseorang. Aku harap dia selamat, mana juga dia berada.

Tiba-tiba pandangan mataku ditikam dengan cahaya terang. Silaunya benar-benar menyakitkan mata. Sebuah kereta dari arah bertentangan datang laju ke arahku. Badan, kaki dan tangan aku terkaku. Tak boleh bergerak sebab terkejut melihat kereta itu yang menerpa laju di depan Romi.


“Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!” laung aku dalam kereta sekuat-kuatnya.


Tangan aku yang kebas spontan memusing stereng kereta ke kanan dan kaki yang berat tadi pantas memijak pedal brek dan clutch. Aku dapat dengar bunyi tayar kereta aku dan badan Romi memeper ke bahu jalan. Aku dapat rasakan hentakan di bahagian pipi Romi. Aku berhenti bernafas seketika. Mataku pantas melihat cermin pandang belakang dan cuba mengecam kereta yang seakan bayangan malaikat maut yang merempuh dan dahagakan nyawaku. Kereta Proton Wira! Malangnya, aku tidak sempat menyalin nombor platnya. Aku tarik nafas perlahan-lahan. Keluar dari kereta dan kuperhatikan keadaan Romi. Baik. Alhamdulillah. Allahu akbar! Semua atas kehendaknya. Aku terselamat dan kereta kesayanganku cedera ringan. Cat dibadannya sedikit tercarik! Air mata mula membasahi pipi. Aku syukur, aku masih hidup.

Dalam tikaman cahaya yang tajam itu, aku nampak bayang Umi, abah, along dan ayuz. Seakan detik itu adalah detik terakhir dan aku tidak berpeluang untuk bertemu mereka untuk kali akhir. Allahu akbar. Kerana Dia, aku masih mampu bertemu dengan mereka. Alhamdulillah, sepuluh saat yang ku habiskan untuk meyakinkan diri, Romi tidak akan mencederakan kenderaan lain di kotak parkir telah menyelamatkan kedua-dua aku dan Romi. Kalaulah kereta Iswara tiada di situ, van merah hati tidak menghalangku, tentu aku sudah tidak ada di sini. Sepuluh saat yang singkat itu memanjangkan usiaku. Mungkin tanpa sepuluh saat itu, aku akan diratapi ketika ini.

Jikalau aku dibawa menghadap Illahi semalam, seribu satu rahsia akan terus kekal bersama-samaku. Ya! Terlalu banyak rahsia yang aku sembunyikan dari pengetahuan semua orang termasuklah keluargaku sendiri. Hanya Allah tahu segala-galanya tentang aku. Aku tidak suka memberitahu kerana penat untuk membuktikan pada semua orang kebenaran tentang diriku. Adakalanya, kejujuran diri disalaherti. Kau, kau dan kau… tak ada sesiapa tahu rahsiaku. Keadaan membuatkan aku tidak percaya sesiapa dan memendam saja, hati, perasaan dan segala-galanya dalam hati. Apa saja yang aku kongsi dengan kamu semua, hanya sebahagian yang aku rela kongsi bersama-sama. Selebihnya, Allah saja tahu, yang sebenar-benar aku. Hanya Allah tahu. Aku juga pasti, kematian aku tidak mengundang sebarang misteri kerana tidak akan ada sesiapa yang ingin ambil tahu. Jadi, selagi aku masih hidup, rahsia itu akan terus kekal. Tidak akan ada sesiapa yang akan mengetahuinya. Hidup aku memang seperti buku yang terbuka tetapi pengisian hidupku, semuanya hanya Allah tahu. Cinta, sayang, buruk, baik dan suka-duka… hanya Allah tahu.


* Aku pernah mengalami kejadian yang sama beberapa tahun lepas. Ketika itu aku masih menuntut di ASWARA. Orang pertama yang aku beritahu adalah Along. Memang dia saja yang berani aku hubungi sebab aku tahu, Along tak cepat gelabah dan tak akan marah aku kalau apa-apa yang terjadi. Kemudian, dia suruh aku tenang fikiran dan ingat Allah. Barulah aku teruskan perjalanan. Beza kejadian semalam dan peristiwa yang berlaku beberapa tahun lepas, aku ada Fatimah. Orang pertama yang terus datang kepada aku dan tanya...


"Kau ok kak Shai?"


Dan semalam, kosong. Aku rasa seorang sebab aku perlu tunjukkan aku kuat.

Tag dari adikku Roydy

Kali ini aku bangga diberi TAG oleh adikku Roydy. Rindu sangat nak duduk lepak-lepak dengan dia (dan semestinya dengan seluruh geng penulisan). Telatah dan gurau dia yang paling aku rindu. Yang paling utama... pemikiran dia yang sentiasa aku hormati. Aku gembira lihat dia berjaya sekarang. Tahniah dik, usaha kau selama hari ini dah berbaloi.

Jadi, akak tak kisah kalau kau ambil masa jawab TAG yang akak beri. Akak memang suka jawab TAG. Dengan berbesar hatinya, sepertimana besarnya saiz badan akak (chewah!) akak jawab dulu TAG yang awak beri. Opps... pada adikku Hafirda, akak jawab TAG awak yang satu lagi, kemudian ya. Akak tak berapa ingat tentang ambil-ambil gambar ni. Insya-Allah akak bayar hutang dalam masa terdekat ni ya. Jangan kecil atau ambil hati ya.

1. Nama panggilan saya :
Ikut keutamaanlah.
Keluarga panggil Ijan (ala-ala manja),
Izan (kalau nak serius sikit),
Shai @ Kak Shai(lebih mesra),
Sha (adalah...tut..tut..tut)
Shah (nak cari gaduh),
Aini (nampak keperempuanan sikit),
Shahaini (rasmi dan panggilan kawan-kawan yang kenal aku sejak dari zaman sekolah - Ayshah, Faizal, Roshaidah dan Halim),
Shahaini Aizan Md Zahar (rasmi dan bila tok kadi panggil nanti... hihihihi)
Shahaini Aizan Binti Shaharum Bariah (bacaan talkin kemudian hari)

2. Saya sedang mendengar :
You Rock My World(nyanyian Mikaeel... dah dekat seminggu dengar tak muak-muak pun... ahakz!)

3. Kekasih saya sekarang :
Sedang menanti... belum pasti lagi. Tapi yang pasti nama dia dah ada dalam hati. Siapa? Jeng jeng jeng. Tunggu... ahakz!

4. Mungkin saya patut :
Bersikap lebih sopan-santun, lemah lembut sedikit dan murah dengan senyuman. Biar rezeki masuk dan jodoh pun tak lari. Alahai!!!

5. Saya suka :
Diri aku sendiri dan semua orang di sekeliling yang menjana pemikiran aku bukannya mengutuk, dikutuk dan terkutuk. Faham!

6. Sahabat-sahabat baik saya :
Ikut turutan? Ayshah Tahar, Harvinder Kaur Gill, Nurul Azwa Kassim dan Fatimah Sri Anas Puteri (sebab banyak benda yang mereka tahu tapi bukanlah semuanya ya! Yang tahu semuanya hanya aku dan Allah subhanawataala) dan geng-geng penulisan (Viva El Divo)

7. Saya tak faham :
Kenapa dunia ni kejam sangat? Kenapa orang lemah terus dikeji, dihina, dikutuk dan kenapa manusia tidak boleh berfikir sendiri? Kenapa perlu ikut majoriti? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

8. Kerjaya saya sekarang :
Penulis skrip (drama.. sedang merangkak-rangkak ke penulisan skrip filem), novelis, editor, wartawan, dan penulis lirik (insya-Allah sedang berusaha untuk itu). Segala-gala yang berkaitan dengan penulisan. Termasuklah menaip sms... kihkihkih

9. Saya baru kehilangan :
Rasa hormat pada seseorang.

10. Ramai yang berkata saya :
Happy as sunshine! Betul ke? Kalau muka masam, orang kata... mak aih, buruknya muka macam Chin Peng! Ada juga yang kata... maaf, awak ni mualaf, baru masuk Islam ya? Kenapa? Sepet sangatke mata aku ni sampai panggil aku cina?

11. Makna nama saya :
Shahaini Aizan ... tak ada. Tapi kalau Shah - Pemerintah, Aini - Mataku dan Aizan-aku tak pasti lagi. Tapi, ada apa pada nama? Hahahaha... kalau ustaz baca memang kena sepaklah jawabnya!

12. Di suatu tempat, seseorang sedang :
Bercakap seorang diri dan mempersoalkan kenapa Ahmadinejad menang tapi orang tak suka. Seseorang itu adalah AKU!

13. Bila saya terjaga dari tidur :
Kelopak mata buka, terus tatap skrin notebook yang memang sengaja aku biarkan terpasang. Aku tidur-tidur ayam aje sebab kadang-kadang idea datang masa tidur. Datang aje idea, aku taip. Datang... taip, datang... taip. Pelik tak? Tak, sebab aku rasa itu kelebihan yang Allah beri pada aku. Alhamdulillah.

14. Saya paling meluat bila :
Janji tak tepati dan lupa benda yang mereka dah cakap. Aku mungkin pelupa tapi aku ingat setiap kata-kata orang. Jadi, kepada semua pendusta... awas. Baik bercakap benar dan jujur pada aku, kalau tidak padah jawabnya.

15. Saya rasa haiwan yang paling comel adalah :
Kura-kura. Setiap kali usik kepala, dia menyorok. Setakat ni, aku dah pernah bela 5 ekor kura-kura. 2 terlepas... 1 pendek umur... tinggal dua aje lagi kat rumah. Ada niat nak beli lagi satu, jenis kura-kura hutan warna coklat. Hihihi...

16. Aktiviti / program hari ini :
Siapkan tugas di tempat kerja - deadline(memang nak mati dah wo!!) Siapkan skrip telemovie. Nak sambung buat novel Dwilogi Cinta dan novel biasa. Adus! Kalaulah aku dapat beli masa, bukankah baik?

17. Malam ini saya akan :
Siapkan skrip yang nak kena kejar deadline. Esok tu... sempat ke ni?

18. Esok saya akan :
Pergi pejabat... lepak-lepak dengan rakan satu ofis. Siapa lagi kalau bukan Adams Ritzman Abdullah a.k.a ARA. Huahuahua!

19. Sebelum tidur saya akan :
Sebenarnya, susahlah nak cakap aku ni tidur atau pun tak. Tak tentu! Tapi sebelum masuk bilik tidur aku mesti jenguk Miqhail, abah, umi, along dan ayuz. SMS... oh tidak, jauh sekali. Kalau rajin ya aku layan. Kalau malas... biar aja telefon bimbit itu berbunyi. Jangan marah!

20. Perancangan hujung minggu :
Aku hidup untuk setiap saat jadi aku tak merancang. Hidup untuk setiap saat! Yeah! Sebab kalau merancang sangat... tak jadi bak kata lagu hindi tu, Kal Ho Na Ho!

21. Saya sedang menanti :
Bulan Ogos. Dua benda besar akan terjadi. Insya-Allah. Tunggu!

22. Saya rasa kesal bila :
Perlu ingatkan diri berkali-kali tentang tanggungjawab dan pentingkan tanggungjawab. Biarlah orang tak faham, asalkan diri sendiri faham niat diri sendiri. Kalau tak tahan dengan kesibukan aku, kalau nak tarik diri... aku hormati keputusan dia. Masalahnya bukan aku, tapi 'orang' itu. Terima aku seadanya. Fahami aku sedalamnya. Bukan sekadar aku. Titikberatkan tanggungjawab yang aku pikul! Ada faham?

23. Saya sangat berharap bila :
Orang baru diberikan peluang mengikut kemampuan, bakat yang mereka ada. Bukannya kerana duit atau pangkat mak bapak mereka atau pun rupa yang cantik saja.

24. Saya rasa saya seorang yang :
Betullah tu, aku seorang pendengar yang setia. Dan aku juga seorang perahsia. Jadi, aku geram betul bila aku dengar rahsia seseorang itu dari mulut orang lain. Kata rahsia, macam mana pulak ramai orang tahu? Jawab... jangan tak jawab! Yang pasti, bukan aku yang bocorkan rahsia mereka. Mereka yang bocorkan rahsia sendiri. Dan itu yang buat aku macam nak jumpa balik orang tu, sumbat mulut dia dengan kapur! Jangan main tuduh-tuduh tau! Dosa!

25. Telefon bimbit saya :
Jenama SonyEricsson (Dah lama betul aku pakai, jatuh pun banyak kali tapi Alhamdulillah masih sihat dan mampu berkhidmat seperti biasa)

26. Saya sedang merindui :
Semua kawan-kawanku sama ada geng SKBBS, St MARY, CBN, UIA dan juga ASWARA(Viva El Divo). Rindu sangat nak lepak-lepak dan mabuk-mabuk. Ahakz.

27. Umur saya sekarang :
26 tahun. Siapa kata perempuan suka rahsiakan umur? Ha!

28. Pengalaman pahit untuk minggu ini :
Hampir temui ajal. Pahit sungguh.

29. Pengalaman manis untuk minggu ini :
Setiap hari adalah kenangan manis. Hidup dan dapat bernafas dan laksanakan tanggungjawab. Itulah pengalaman manis.

30. Kali terakhir tengok wayang :
Lama jugak. Filem terakhir kalau tak salah Saawariya dengan Fatimah. Lepas tu, banyak tengok kat Youtube! Oppss...

31. Dalam seminggu saya akan up-date blog sebanyak :
Ikut kelapangan. Kadang-kadang tak ada masa langsung, jadi tak tersentuhlah blog aku yang kiut-miut macam aku ni. Kahkahkah... perasannya!

32. Dalam dompet saya ada wang sebanyak :
Hanya aku saja yang tahu. Cukuplah pergi-balik ofis, bayar tol, duit isi minyak dan duit isi perut. Tekalah. Hehehehe...

33. Kali terakhir menonton televisyen :
Semalam. 3 Janda. Itupun sebab balik lewat (pukul 10.30 baru sampai rumah). Duduk lepak sekejap sambil jamah makanan sebelum naik bilik. Sambung kerja...kerja dan kerja sampailah ke pagi.

34. Channel TV kesukaan saya :
Dulu AXN (sebab CSI), sekarang dah tak tengok tv pun. Macam mana pulak ada channel kegemaran?

35. Orang yang anda rasa nak tag :
Sesiapa yang melintas ke blog aku terutama sekali
-Kak Dinaz Salsabila
-Eizda Amani
-Fatin Nabila
-Kak Qaseh Qaisara
-Kak Sarnia Yahya
-Kak Umaira Dzulwidad
-Adam Ritzman Abdullah a.k.a ARA!